omniture

Shanghai Electric Wind Power Lancar IPO di SSE STAR Market, Menyuntik Dorongan Baharu ke dalam Industri Kuasa Angin Dunia

Shanghai Electric
2021-05-31 09:36 288

SHANGHAI, 31 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Majlis yang diadakan di Bangunan Bursa Sekuriti Shanghai pada 19 Mei 2021, untuk menandakan tawaran awam awal (IPO) Shanghai Electric Wind Power Group Co., Ltd. ("Shanghai Electric Wind Power Group") (688660), anak syarikat Shanghai Electric Group Co. Ltd. ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727.HK), di Pasaran Inovasi Sains dan Teknologi Bursa Saham Shanghai. Penyenaraian ini membawakan era penting dalam sejarah Syarikat, yang berfungsi sebagai tapak pelancaran baharu yang digunakan Syarikat untuk membantu mempercepatkan peralihan global kepada ekonomi yang dikuasakan oleh tenaga angin yang lebih hijau dan lebih lestari.

Shanghai Electric Wind Power Lancar IPO di SSE STAR Market, Menyuntik Dorongan Baharu ke dalam Industri Kuasa Angin Dunia
Shanghai Electric Wind Power Lancar IPO di SSE STAR Market, Menyuntik Dorongan Baharu ke dalam Industri Kuasa Angin Dunia

Shanghai Electric Wind Power Group menyerahkan permohonan IPOnya kepada Bursa Saham Shanghai dalam bulan Jun 2020. Berikutan hampir setahun persediaan, syarikat ini telah berjaya disenaraikan di Pasaran Inovasi Sains – Teknologi SSE sejurus selepas jerayawara dalam talian selesai.

"Hasil IPO ini akan membantu Shanghai Electric Wind Power Group membangunkan produk dan teknologi baharu, membina pangkalan baharu, mempercepat transformasi digital dan merangsang keseluruhan kemampuan ujian produk. Ia akan memperkuatkan rancangan kami untuk meningkatkan kelebihan bersaingan syarikat dan mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dengan mengembangkan pelaburan ke dalam perkhidmatan pasca pasaran dan pengeluaran pintar. Di samping itu, ia juga akan membantu untuk mengoptimumkan struktur modal untuk mengukuhkan keupayaan anti risiko syarikat," kata Jin Xiaolong, Pengerusi Shanghai Electric Wind Power Group. 

Pengumuman IPO Shanghai Electric Wind Power Group tiba dengan berlatarbelakangkan ikrar China untuk mencapai puncak pelepasan karbon dioksida sebelum 2030 dan peneutralan karbon sebelum 2060. IPO ini akan menyelaraskan lagi kekuatan dan kepakaran syarikat dalam tenaga angin dengan strategi China untuk transformasi tenaga dengan tujuan untuk membentuk semula peranan kuasa angin dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Peneraju dalam industri turbin angin di luar pesisir China, Shanghai Electric Wind Power Group ialah salah satu daripada kuasa besar tenaga angin dunia, dengan perniagaannya yang merangkumi reka bentuk turbin angin, pengeluaran, operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan, pelaburan dan pembangunan ladang angin. Shanghai Electric Wind Power Group telah membangunkan satu hala tuju untuk teknologi produk dan menggabungkan pelesenan produk, pembangunan sekunder, kerjasama strategik, dan R&D bebas. Syarikat ini telah membuka laluan untuk mempromosi evolusi tenaga angin, ditambah dengan keupayaan digital yang kuat untuk memperkasa pembangunan industri di masa hadapan.

Dalam bulan Mac 2021, Bloomberg New Energy Finance (BNEF) menyenaraikan Shanghai Electric dalam kalangan 10 pengeluar turbin angin utama. Menurut data daripada BNEF, jumlah kapasiti turbin Shanghai Electric yang baru dipasang meningkat sebanyak 5.07GW tahun lalu, membantu Syarikat berada pada kedudukan 10 teratas dalam penarafan untuk pasaran tenaga angin global. Di samping itu, Shanghai Electric menerajui pasaran angin luar pesisir China dengan kapasiti yang telah dipasang mencapai 1.26GW dalam tahun 2020, kedua setelah Siemens Gamesa. 

"D masa akan datang, Shanghai Electric akan merebut peluang baharu yang ditawarkan oleh revolusi tenaga global. Dengan mengabdikan diri kepada pembangunan tenaga hijau, kami akan memajukan pembangunan tenaga pintar dan mewujudkan ekosistem perindustrian 'karbon sifar' bagi sektor tenaga boleh diperbaharui," kata Jin Xiaolong.

Pautan Berkaitan
www.shanghai-electric.com

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Offerings