omniture

Snapmaker Pamer Inovasi Pencetakan 3D Komprehensif di TCT Asia 2021

Modul Putar Pengubah Keadaan Baru Dilancarkan Membuat Kemunculan Sulungnya
Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
2021-05-31 10:01 255

SHENZHEN, China, 31 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Snapmaker membawakan penyelesaian pencetakan 3D komprehensifnya berserta aplikasi cemerlang untuk dipamerkan di TCT Asia yang berlangsung mulai 26-28 Mei di Pusat Konvensyen & Pameran Kebangsaan Shanghai, China dan Modul Putar Snapmaker 2.0 yang baru dilancarkan mencuri tumpuan.


Pencetakan 3D, sebagai satu bentuk pembuatan aditif, merupakan tumpuan TCT Asia. Tidak seperti kebanyakan pempamer, Snapmaker menggabungkan pembuatan aditif dan pembuatan subtraktif serta mencipta mesin modular 3-dalam-1 yang menggabungkan pencetakan 3D, turisan dan pemotongan laser serta pengukiran CNC.

Di TCT Asia tahun ini, Modul Putar mula diperkenalkan di China sejak dilancarkan di luar negara pada penghujung tahun 2020. Menawarkan perkhidmatan kepada pembuat DIY separa-lanjutan, pereka model 3D dan jurutera teknikal, Modul Putar merupakan pemasangan berguna yang serasi dengan A250 dan A350 Snapmaker 2.0 yang membuatkan CNC 4 paksi atas meja dapat beroperasi. Setahu kami, tiada produk serupa lain yang terdapat dalam pasaran.

Berkaitan dengan prestasi pula, ia dilengkapi dengan gear gelombang regangan dan menyediakan pengurang kelajuan 100:1, menyokong putaran berterusan 5-darjah 360° dan kawalan tepat 0.2°. Dengan bantuan Modul Putar dan perisian Snapmaker tersuai, pengguna boleh menghasilkan hasil seni dengan butiran terperinci dalam dimensi ke-4 dengan pelbagai bahan termasuk kayu, papan perkakas, akrilik tidak lutsinar dan banyak lagi.

Bagi mendemonstrasikan keupayaannya, Snapmaker mencipta aplikasi yang luar biasa, antaranya On Mars Sand Table paling mengagumkan para hadirin menerusi ketukangannya yang halus. Beratus-ratus pengunjung menunjukkan minat dan kesungguhan mereka untuk meneroka lebih lanjut.


"Saya gembira dapat melihat lebih ramai pengguna mula mengenali pencetakan 3D pada tahun ini. Aplikasi pencetakan 3D hakikatnya dapat membantu individu dan perusahaan untuk menyelesaikan masalah sebenar," kata Ke Shuqiang, Ketua Pegawai Kewangan & Ketua Pegawai Operasi Snapmaker. "Sebagai pengeluar pencetak 3D, Snapmaker akan menjalin hubungan yang mantap bersama pengguna, penyedia perkhidmatan dan pengedar bagi menggalakkan kepenggunaan pencetakan 3D."

Latar Belakang TCT Asia 

Dianjurkan oleh VNU Rapid News Ltd, TCT Asia ialah salah satu acara reka bentuk-hingga-pembuatan terkemuka di dunia yang memfokuskan pembuatan aditif, pencetakan 3D, reka bentuk dan teknologi kejuruteraan.

Latar Belakang Snapmaker 

Ditubuhkan pada tahun 2016, Snapmaker ialah sebuah syarikat alat pembuatan digital yang dikhususkan untuk menyediakan pencetak 3D berbilang alat yang menjimatkan kos dan alat tambahan yang berkaitan untuk individu dan perusahaan di seluruh dunia.

www.snapmaker.com
Maklumat perhubungan: press@snapmaker.com

 

Source: Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news