Perjanjian memberikan akses pantas untuk produk-produk LED canggih untuk pereka pencahayaan seluruh dunia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 April 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), peneraju dunia dalam khidmat pengedaran barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah menandatangani perjanjian pengedaran sedunia dengan Philips Lumileds, pembekal utama untuk teknologi LED.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)
Hubungan kerja dengan RS ini adalah sebahagian daripada inisiatif Philips Lumileds baru-baru ini bagi menstruktur semula saluran-saluran pengedarannya, berpandukan objektif strategik vendor LED ini untuk meluaskan tapak pelanggannya di seluruh dunia dengan pengembangan ke dalam pasaran-pasaran baharu.
Dalam kesemua 17 pusat-pusat pengedaran yang berada di seluruh dunia, RS mempunyai kemampuan menyimpan stok bagi seluruh rangkaian produk Philips Lumileds, seterusnya membolehkan pereka pencahayaan akses serta-merta pada portfolio menyeluruh penyelesaian khusus aplikasi LED. Produk-produk boleh diperoleh dan dibeli dengan segera dalam talian melalui laman web RS dan boleh dihantar pada hari yang sama.
"Perjanjian dengan RS ini membolehkan kami untuk memenuhi keperluan golongan pelanggan kami yang semakin bertambah dan meneruskan usaha perluasan kami ke dalam sasaran pasaran baharu," kata Pierre-Yves Lesaicherre, Ketua Pegawai Eksekutif Philips Lumileds. "Dengan kehadiran di seluruh dunia dan kemampuan pesanan dalam talian serta khidmat sokongan rekaannya yang cemerlang, RS adalah aset yang berharga bagi rangkaian rakan kongsi pengedaran sedunia kami."
"Di RS, strategi kami sangat tertumpu memberikan sokongan kepada para jurutera dalam mengurangkan tempoh masa rekaan mereka dengan menyediakan sumber rekaan dalam talian secara percuma, dan menyediakan akses yang pantas dan mudah kepada pelbagai pilihan produk yang luas terus daripada stok kami," kata Jonathan Boxall, Ketua Antarabangsa Semikonduktor di RS Components. "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Philips Lumileds, sebuah langkah yang dapat menyediakan pada semua pereka pencahayaan seluruh dunia dengan kelebihan bersaing yang signifikan dengan menggabungkan produk-produk LED canggih dengan pengalaman pemerolehan dan pembelian yang menjimatkan masa dan kos."
Mengenai RS Components
RS Components dan Allied Electronics adalah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar ulung produk elektronik dan penyenggaraan dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang ternama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, serta elektrik dan mekanik.
Electrocomponents tersenarai dalam Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir 31 Mac 2012 telah memperoleh pendapatan berjumlah GBP1.27 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di www.rs-components.com.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E: soochun.tan@rs-components.com
T: +65-6391-5745
The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
E: rscsg@hoffman.com
T: +65-6361-0250
SUMBER RS Components