omniture

PureSoftware dan NICE Systems Bekerjasama untuk Memperkasakan Perusahaan Menjadi Sedia Masa Depan dengan Penyelesaian Pengalaman Pelanggan dan Automasi Generasi Akan Datang

PureSoftware
2021-06-01 09:00 34

SINGAPURA, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- PureSoftware, sebuah syarikat perkhidmatan dan produk perisian generasi akan datang telah bekerjasama dengan NICE Systems iaitu penyedia penyelesaian perisian perusahaan di premis dan awan yang terkemuka di seluruh dunia. Kerjasama ini bermatlamat untuk menggunakan perkhidmatan pelaksanaan menyeluruh PureSoftware bagi meningkatkan pengalaman pengguna kepada perusahaan di seluruh dunia dengan platform bertaraf dunia milik NICE – InContact CXone dan Actimize. 

PureSoftware bertujuan untuk mengukuhkan Komunikasi Bersatu Pusat Kecemerlangannya (CoE) dengan membangunkan pasukan khusus yang berkebolehan pada platform NICE. Dengan kehadiran PureSoftware yang fokus di Asia; kerjasama ini akan membolehkan para pelanggan PureSoftware di rantau ini mendapat lebih banyak sokongan ketika mereka mengubah pusat hubungan dan proses komunikasi bagi memenuhi keperluan persekitaran kerja jarak jauh yang baru muncul.

"Kami gembira dengan kerjasama baharu kami bersama PureSoftware dan teruja untuk bersama-sama memasuki pasaran ASEAN bagi menyampaikan tahap pengalaman baharu kepada pelanggan kami," kata Andrew Hindmarch, Naib Presiden Saluran & Sekutu APAC, NICE Systems.

Pusat Kecemerlangan RPA PureSoftware yang telah memberikan penyelesaian automasi proses untuk pelanggan kini akan turut memasukkan Automasi Proses Canggih (Advanced Process Automation, APA) NICE serta kepakaran dalam melaksanakan pekerja pembantu maya, NEVA. 

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan NICE untuk memperluas kehadiran kami dalam komunikasi bersatu ini. Gabungan yang hebat sebagai rakan pelaksanaan ini akan memperluas keupayaan kami dalam membantu organisasi memacu pengalaman pusat hubungan yang diperkemaskan dan lebih fleksibel bagi perusahaan global yang moden," kata Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif PureSoftware.

Keupayaan pelaksanaan PureSoftware dan penyelesaian NICE secara bersama-sama akan memberikan keupayaan kepada perusahaan untuk mengenali pelanggan mereka dengan lebih baik, bertindak dalam masa nyata dan memastikan setiap pekerja terlibat. 

Tentang PureSoftware: 

PureSoftware ialah syarikat perkhidmatan dan produk perisian yang memfokus untuk mendorong pengalaman pelanggan yang berbeza, mempercepat tempoh kitaran dan meningkatkan pendapatan perniagaan melalui penyepaduan model penyelesaian digital, automasi robotik dan komersial bukan linear. Organisasi penyampaian globalnya menawarkan penyelesaian berpandukan teknologi yang boleh dipercayai yang memenuhi prestasi, kualiti, masa ke pasaran, penyesuaian pantas dan sokongan.

Tentang NICE 

NICE Systems merupakan peneraju penyelesaian berasaskan tujuan di seluruh dunia yang menangkap dan menganalisis interaksi dan transaksi, merealisasikan tujuan serta mengekstrak dan memanfaatkan pemahaman untuk memberikan impak dalam masa nyata. Didorong oleh analisis silang saluran dan pelbagai sensor, penyelesaian NICE membolehkan organisasi memperbaiki prestasi perniagaan, meningkatkan kecekapan operasi, mencegah jenayah kewangan, memastikan pematuhan serta meningkatkan keselamatan dan perlindungan.

Hubungan Media: 

Gyaneshwari Tiwari
gyaneshwari.tiwari@puresoftware.com 
 +91-8376932369

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1450649/PureSoftware_Logo.jpg?p=medium600

Source: PureSoftware
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts