omniture

Tingkatkan Perlindungan Anda dengan Kempen Syioking June Gibraltar BSN

Anda berpeluang untuk memenangi iPhone 12 Pro Max dan hadiah cabutan bertuah yang lain
Gibraltar BSN
2021-06-01 10:00 74

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Sedang mencari syarikat insurans hayat yang mampu memberikan anda "Syioking Protection, Syioking Rewards"? Hentikan carian anda sekarang! Anda kini berpeluang untuk memenangi iPhone 12 Pro Max dan pelbagai hadiah "syioking" yang lain apabila anda mengambil langkah untuk meningkatkan perlindungan anda dengan Gibraltar BSN Life Berhad pada bulan ini.

Dari kiri ke kanan: Yap Suat Yen, Su-En – Ketua Pegawai Perkongsian; Lee Kok Wah – Ketua Pegawai Eksekutif; Susan Ong – Ketua Pegawai Pemasaran; Daniel Toh – Ketua Pegawai Jualan
Dari kiri ke kanan: Yap Suat Yen, Su-En – Ketua Pegawai Perkongsian; Lee Kok Wah – Ketua Pegawai Eksekutif; Susan Ong – Ketua Pegawai Pemasaran; Daniel Toh – Ketua Pegawai Jualan

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Lee Kok Wah berkata, "Memiliki polisi insurans hayat sahaja tidak mencukupi; polisi anda mesti dikemas kini untuk merangkumi perubahan hidup anda. Sebagai Juara Perlindungan Komuniti Malaysia, kami melancarkan kempen Syioking June ini dengan harapan dapat mendorong rakyat Malaysia untuk mengambil tindakan dan menilai sama ada liputan mereka memenuhi keperluan, tetap berkuatkuasa, dan akan melindungi orang yang mereka sayangi ketika mereka tiada."

Kempen "Syioking June" Gibraltar BSN diadakan dari 1-30 Jun 2021 untuk meraikan Hari Kesedaran Insurans yang jatuh pada 28 Jun 2021. Pelanggan baru dan pelanggan yang sedia ada berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah "syioking" apabila mereka mengambil salah satu tindakan berikut:

  1. Beli sebuah pelan Gibraltar BSN,
  2. Kemas kini maklumat polisi melalui Live Chat di www.gibraltarbsn.com,
  3. Daftar untuk auto debit melalui kad kredit atau akaun bank,
  4. Membuat penamaan untuk polisi.

Tindakan yang diambil akan menentukan jumlah penyertaan yang boleh di terima oleh setiap pelanggan. Meskipun tiada had bilangan penyertaan, setiap pemenang hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

Kempen "Syioking June" direka khusus untuk merangkumi empat tindakan ini dan mengetengahkan isu-isu tertentu mengenai insurans hayat. Kok Wah menjelaskan, "Pandemik yang berterusan telah meningkatkan kesedaran mengenai peranan dan kepentingan insurans untuk menyokong keluarga. Ramai daripada kita membeli polisi insurans hayat ketika masih muda dan kemudian terus melupakannya. Untuk menjadi jaringan keselamatan yang kukuh, insurans hayat anda harus berkembang seiring dengan keperluan gaya hidup, saiz keluarga, pendapatan, dan rancangan persaraan anda. Mengemas kini butiran peribadi juga penting agar kami dapat menghubungi anda untuk menyampaikan maklumat penting mengenai polisi melalui mod komunikasi digital lain yang pantas sewaktu pandemic ini."

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen "Syioking June", sila lawati www.gibraltarbsn.com/syiok atau ikuti akaun media sosial Gibraltar BSN di Facebook dan Instagram.

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Insurance New products/services