omniture

JCI Memberi Akreditasi Organisasi Penjagaan Kesihatan ke-500

Joint Commission International
2013-05-01 00:06 202

OAK BROOK, Illinois, 1 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Dengan pengakreditasian organisasi penjagaan kesihatan yang ke-500, Joint Commission International telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pemberi akreditasi global cemerlang untuk kualiti penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130429/DC02732LOGO)

Melalui aktiviti pengakreditasian dan pensijilannya, JCI memantau dan menyokong organisasi-organisasi dalam 53 buah negara yang bertutur dalam 28 buah bahasa.

"Kami adalah sebuah komuniti yang terdiri daripada organisasi-organisasi penjagaan kesihatan terbaik di dunia yang komited dalam menyediakan penjagaan yang terbaik," kata Paula Wilson, presiden dan ketua pegawai eksekutif, Joint Commision International.

Sejak tahun 2008, JCI telah mengalami purata peningkatan pertumbuhan tahunan sebanyak 20 peratus dalam bilangan organisasi penjagaan kesihatan yang mendapat akreditasi daripadanya. Kepimpinan JCI melihat peningkatan sekata ini sebagai bukti kepantasan kemajuan yang dicapai dalam menuju tahap kecemerlangan bertaraf dunia di bidang penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Sebagai sebuah proses sukarela, JCI menawarkan program akreditasi untuk hospital, makmal klinikal, penjagaan jangka masa panjang, penjagaan di rumah, pengangkutan perubatan, penjagaan bergerak, rawatan asas, dan pusat-pusat akademik perubatan, serta pensijilan 15 program rawatan klinikal penyakit atau rawatan keadaan tertentu.

Sejak ia ditubuhkan pada tahun 1994, akreditasi JCI telah diterima sebagai simbol kualiti yang mencerminkan komitmen sesebuah organisasi penjagaan kesihatan melaksanakan perkara-perkara yang betul dengan kaedah yang tepat. Proses akreditasi JCI yang terperinci menumpukan kepada penentuan sama ada sesebuah organisasi penjagaan kesihatan melaksanakan sistem dan proses yang betul bagi menyokong penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti tinggi. Perkhidmatan akreditasi dan perundingan disokong oleh pejabat-pejabat serantau di Dubai dan Singapura.

"Walaupun keperluan tempatan ada banyak jenis dan pelbagai budaya berbeza memberi cabaran yang unik, JCI berdiri kukuh sebagai petunjuk tunggal bagi keselamatan pesakit dan peningkatan mutu dalam komuniti global kita." kata Paul vanOstenberg, D.D.S., naib presiden, Akreditasi Antarabangsa, Standard dan Pengukuran, Joint Commission International.

JCI diakreditasi oleh Persatuan Antarabangsa bagi Kualiti Penjagaan Kesihatan (ISQua), sebuah persatuan terlantik yang memberi keyakinan bahawa standard, latihan juruukur dan proses-proses akreditasi yang digunakan oleh JCI menepati prinsip-prinsip antarabangsa tertinggi bagi badan-badan pengakreditasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai JCI, lawati www.jointcommissioninternational.org atau e-mel jciaccreditation@jcrinc.com.

Joint Commission International® (JCI) adalah sebahagian daripada Joint Commission Resources, Inc., sebuah ahli gabungan tanpa keuntungan dan terkawal sepenuhnya oleh Joint Commission. Melalui akreditasi, khidmat nasihat, penerbitan, dan pendidikan, JCI membantu organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi kesihatan awam, kementerian-kementerian kesihatan dan lain-lain dalam lebih dari 90 buah negara memperluaskan misi Joint Commission untuk memperbaiki kualiti penjagaan pesakit

Hubungi: 
Elizabeth Eaken Zhani 
+1-630-792-5914 
ezhani@jointcommission.org

Source: Joint Commission International
Keywords: Health Care/Hospital Not for profit