omniture

Fideuram - Intesa Sanpaolo Private Banking dan REYL & Cie Menerima Kelulusan Kawal Selia untuk melaksanakan Perkongsian Strategik

REYL Group
2021-06-01 16:31 35

- Bank Pusat Eropah (ECB) dan FINMA meluluskan perkongsian strategik antara Fideuram – Intesa Sanpaolo Private Banking dan REYL & Cie

- Sebagai sebahagian daripada urus niaga tersebut, Fideuram – ISPB akan menggabungkan anak syarikat perbankan Switzerlandnya, Intesa Sanpaolo Private Bank (Suisse) Morval dengan REYL & Cie yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran perbankan Switzerland.

- Ini menyebabkan entiti yang berpangkalan di Geneva akan mengekalkan nama sah REYL & Cie dan mempunyai hampir 400 orang pekerja, AUM bernilai hampir CHF25 bilion (€23 bilion) dan ekuiti pemegang saham kawal selia bernilai kira-kira CHF210 Juta (€190 Juta)

- Kesemua pihak akan melancarkan satu logo baharu yang menggabungkan jenama masing-masing

MILAN dan GENEVA, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Badan kawal selia kewangan Eropah dan Switzerland, ECB dan FINMA telah meluluskan perkongsian strategik antara Fideuram – Intesa Sanpaolo Private Banking  (Fideuram – ISPB)iaitu bahagian perbankan swasta Kumpulan Intesa Sanpaolo dan REYL & Cieiaitu sebuah kumpulan perbankan terpelbagai dan keusahawanan yang beribu pejabat di Geneva. Fideuram – ISPB menyumbangkan anak syarikat perbankan Switzerlandnya, Intesa Sanpaolo Private Bank (Suisse) Morval (ISPBM) kepada REYL & Cie. Penggabungan sah REYL & Cie dan ISPBM ini dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun. Pihak-pihak terlibat akan mengeluarkan logo baharu yang menggabungkan jenama masing-masing.

Perkongsian ini membolehkan Fideuram - ISPB untuk mengukuhkan aktiviti-aktiviti pengurusan kekayaan antarabangsanya secara signifikan dan terus memainkan peranan penting dalam penyatuan sektor kewangan Switzerland yang sedang berlangsung. Ia mengesahkan pilihannya terhadap Switzerland sebagai hab utama bagi aktiviti perbankan swasta antarabangsanya.

Setelah urus niaga ini dimuktamadkan, REYL & Cie akan mengekalkan ibu pejabatnya di Geneva dan berkembang menjadi kumpulan perbankan antarabangsa yang agak besar dengan hampir 400 orang pekerja, Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) bernilai hampir CHF25 bilion (€23 bilion) dan ekuiti pemegang saham kawal selia bernilai kira-kira CHF210 juta (€190 juta).

Dengan DNA keusahawanan dan model perniagaannya yang inovatif, REYL & Cie akan terus memacu strategi pertumbuhan organik 360˚ yang berjaya dengan berpusatkan penyampaian penyelesaian inovatif kepada pelanggan secara melintang di lima bidang perniagaan: Pengurusan Kekayaan, Perkhidmatan Pejabat Usahawan & Keluarga, Penasihat & Penstrukturan Korporat, Perkhidmatan Aset dan Pengurusan Aset. Inisiatif terkini seperti Pengurus Pelaburan Asteria dan Obviam (pengurus aset dikawal selia oleh Switzerland yang mengkhusus kepada pelaburan berimpak) atau Alpian (bank digital beraspirasi yang diinkubasi baru-baru ini untuk kumpulan besar pelanggan kaya) akan mendapat banyak manfaat daripada perkongsian strategik ini.

Fideuram - ISPB akan mengawal 69% daripada modal REYL & Cie, sementara rakan kongsi François Reyl, Pasha Bakhtiar, Nicolas Duchêne, Thomas Fontaine, Christian Fringhian dan Lorenzo Rocco di Torrepadula akanmengekalkan pegangan sebanyak 31% secara kolektif. Rakan kongsi tersebut kekal komited dalam jangka panjang dan akan bertanggungjawab untuk pelaksanaan strategi dan pengurusan harian.

"Perjanjian dengan REYL - ulas Tommaso Corcos, Ketua Pegawai Eksekutif Fideuram - Intesa Sanpaolo Private Banking - mengesahkan lagi strategi pertumbuhan antarabangsa kami melalui penggabungan dengan salah sebuah Bank Swasta terbaik di Zon Eropah dan Switzerland sebagai pangkalan rangkaian kami di luar negara. Gabungan kemahiran, pengalaman, keupayaan inovasi dan budaya perkhidmatan pelanggan yang sama menjadi asas untuk membangunkan sebuah bank antarabangsa baharu yang memberikan perkhidmatan kepada permintaan tinggi pelanggan kami. Untuk mempercepat sinergi perniagaan antara syarikat-syarikat ini, Nicolas Duchêne, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Rakan Kongsi REYL akan turut memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Intesa Sanpaolo Private Bank Suisse Morval secara interim sehingga penggabungan sah syarikat tersebut." 

"Penyelesaian urus niaga ini – kata François Reyl, Ketua Pegawai Eksekutif REYL & Cie – menandakan suatu fasa baharu dalam sejarah korporat REYL yang akan membuka suatu ruang kepada potensi pembangunan baharu bagi kedua-dua pihak. Kami yakin bahawa kualiti dan kuasa kewangan Fideuram – Intesa Sanpaolo Private Banking yang digabungkan dengan semangat keusahawanan dan keupayaan inovasi REYL akan mewujudkan keadaan yang sempurna untuk mencapai kejayaan dalam persekitaran semasa ini. Kami berharap dapat membentuk ikatan yang berkekalan dengan rakan sekerja baharu kami dan bekerja sebagai satu pasukan, bersama-sama membangunkan kumpulan perbankan swasta antarabangsa terkemuka serta mengukuhkan cadangan nilai kami untuk manfaat para pelanggan kami."

Tentang Fideuram – ISPB and ISPBM 

Beribu pejabat di Milan, Fideuram – Intesa Sanpaolo Private Banking merupakan syarikat perbankan swasta domestik nombor 1 di Itali dan rakan sekutu utama Kumpulan Intesa Sanpaolo yang menggabungkan semua aktiviti perbankan swasta Kumpulan. Setakat 31 Mac 2021, Fideuram – ISPB mempunyai 3,107 orang pekerja, 5,743 pemilik bank swasta, AUM bernilai CHF292.4 bilion (€264,1 bilion) dan Aliran Masuk Bersih bernilai lebih CHF1.9 bilion (€1.7 bilion) yang diamanahkan oleh lebih 800,000 orang pelanggan.

Penubuhan ISPBM bermula pada tahun 1974 oleh keluarga Zanon Valgiurata, mempunyai ibu pejabat di Geneva dengan pejabat-pejabat di Lugano, London, Monaco, Bahrain, Kepulauan Cayman, Buenos Aires dan Montevideo; ISPBM telah diperbadankan kepada Fideuram pada tahun 2018. Setakat 31 Mac 2021, ISPBM menguruskan aset bernilai kira-kira CHF5.7 bilion (€5.1 bilion) dan menggaji seramai 172 orang profesional.

Tentang REYL 

Diasaskan pada tahun 1973 oleh Dominique Reyl, Kumpulan REYL merupakan sebuah kumpulan perbankan terpelbagai dan keusahawanan serta mempunyai pejabat di Switzerland (Geneva, Zurich, Lugano), Eropah (London, Luxembourg, Malta) dan di seluruh dunia (Singapura, Dubai). Setakat 31 Disember 2020, REYL menguruskan aset bernilai melebihi CHF15.5 bilion (€14 bilion) dan menggaji lebih 245 orang profesional. Membangunkan pendekatan inovatif bagi sektor perbankan, REYL memberikan perkhidmatan kepada pelanggan usahawan antarabangsa, pejabat keluarga dan pelabur institusi melalui bidang perniagaannya iaitu Pengurusan Kekayaan, Perkhidmatan Pejabat Usahawan & Keluarga, Penasihat & Penstrukturan Korporat, Perkhidmatan Aset dan Pengurusan Aset.

Hubungan media: 

 

Fideuram - Intesa Sanpaolo Private Banking 

Pierantonio Arrighi

Ketua Perhubungan Media Pengurusan Kekayaan

Tel: (+39) 02 87963119 

pierantonio.arrighi@intesasanpaolo.com 

 

REYL 

Jérôme Koechlin

Ketua Komunikasi

Tel: (+41) 22 816-8177

jkoechlin@reyl.com 


Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1307210/REYL_Logo.jpg?p=medium600  
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1307207/Fideuram_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: REYL Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements Financial Technology