omniture

Liv Cycling Memperkenalkan Rangkaian Langma Disc 2022 yang Serba Baharu

Liv Cycling
2021-06-01 17:00

Langma Disc generasi kedua adalah lebih ringan, pantas dan responsif

NEWBURY PARK, California, 1 Jun 2021 /PRNewswire/-- Liv Cycling, syarikat yang dikhususkan untuk menarik lebih ramai penunggang basikal wanita, hari ini mengumumkan rangkaian Langma Disc serba baharu yang menawarkan para penunggang basikal jalan raya dengan basikal yang lebih ringan, kukuh dan pantas yang mengungguli perlumbaan. Daripada para peminat basikal jalan raya yang mahir hinggalah kepada penunggang basikal perlumbaan UCI WorldTour, rangkaian siri Langma Disc menawarkan sebelas model kepada mereka yang ingin mengetuai peloton atau mencari prestasi yang tiada tandingan.

Liv Langma Advanced SL Disc Red. After working with riders from the CCC-Liv (now Liv Racing WorldTeam) in the prototype testing phase, the all-new Liv Langma Advanced SL Disc is the official bike for their 2021 race season.
Liv Langma Advanced SL Disc Red. After working with riders from the CCC-Liv (now Liv Racing WorldTeam) in the prototype testing phase, the all-new Liv Langma Advanced SL Disc is the official bike for their 2021 race season.

"Kami komited untuk mereka cipta basikal berteknologi paling canggih di pasaran termasuklah rangkaian Langma Disc baharu ini," kata Phoebe Liu, Ketua Penjenamaan Giant Group yang merangkumi jenama Liv, Giant, Momentum dan CADEX. "Basikal ini dibangunkan susulan kejayaan reka bentuk asalnya sebagai basikal perlumbaan berprestasi serba boleh yang cemerlang untuk pendakian dan dibuat supaya para penunggang yakin dengan keupayaan mereka melangkaui batasan."

Dengan nama yang diambil daripada perkataan "Chomolungma" iaitu gelaran Gunung Everest dalam bahasa Tibet, Langma direka cipta sebagai basikal berprestasi serba boleh yang cemerlang untuk pendakian. Langma Disc menampilkan evolusi terkini dalam tiub aero dan titik sentuh tersuai yang memberikan prestasi hebat dan kesesuaian yang optimum bermula daripada kayuhan pertama. Langma Disc serba baharu ini dibangunkan oleh jurutera, pereka bentuk produk, atlet profesional Liv dan dengan kerjasama pakar aerodinamik terkemuka. Hasilnya merupakan basikal jalan raya yang paling pantas dan responsif dalam barisan produk Liv.

"Generasi pertama Langma merupakan basikal perlumbaan yang telah berjaya dan teknologi rangka karbon baharu kami menetapkan standard yang lebih tinggi," kata Sophia Shih, Ketua Jurutera Pembangunan di Jalan Raya Liv Cycling. "Pada tahun lalu, pasukan WorldTeam kami menguji prototaip dan kami menerapkan maklum balas mereka ke dalam reka bentuk akhir. Kami mengemas kini geometrinya untuk keserasian tayar yang lebih tinggi sekali gus mengoptimumkan nisbah kekakuan kepada berat dan meningkatkan kelebihan aero basikal secara keseluruhan."

Langma ialah basikal perlumbaan yang terbukti dalam WorldTour yang menyaksikan 47 penamat di tempat pertama dan enam kejohanan kebangsaan sejak diperkenalkan empat tahun yang lalu.

"Langma Advanced SL ialah basikal yang luar biasa--ia pantas dan cekap," kata Lotte Kopecky, penunggang Liv Racing WorldTeam yang baru-baru ini menunggang Langma baharu dan memenangi perlumbaan Le Samyn des Dames pada bulan Mac. "Ia mempunyai kehebatan luar biasa dan responsif yang memberi inspirasi keyakinan ketika saya berusaha untuk mencapai kemenangan."

Liv mereka bentuk tiga siri Langma Disc dengan sebelas model kesemuanya dalam keseluruhan rangkaian termasuk siri Langma Advanced SL Disc, Langma Advanced Pro Disc dan Langma Advanced Disk. Saiz rangka berbeza-beza mengikut model daripada XXS (Sangat Kecil) hingga Large (Besar). Pilih model bagi rangkaian Langma Disc 2022 baharu yang kini tersedia.

Temui peruncit Liv tempatan anda dalam talian di www.liv-cycling.com.

Hubungan Media:
Brook Hopper, Liv Cycling
(805) 340-5034 atau BrookHopper@liv-cycling.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1521429/langmaadvsl_side_crop_jeffclarkphotography.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1521428/Liv_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Liv Cycling
Keywords: Sports Sports Equipment & Accessories New products/services Women-related news