omniture

Eksklusif bersama Roberto Carlos: Duta Global Bola Sepak untuk Persahabatan menjawab soalan-soalan para Peserta Muda dari seluruh dunia

Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
2021-06-01 19:43 65

 

MOSCOW, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Bekas pemain bola sepak antarabangsa Brazil, pemenang tiga kali Liga Juara-Juara dan Duta Besar Global Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom iaitu Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F), Roberto Carlos berucap tentang kehidupan, kerjaya dan sokongan beliau terhadap F4F dalam sebuah sidang akhbar eksklusif dengan Pemain Muda dan Wartawan Muda.

 

Roberto Carlos telah memenangi Piala Dunia dengan pasukan kebangsaan Brazil pada tahun 2002 dan turut memenangi Liga Juara-Juara UEFA sebanyak tiga kali dengan pasukan Real Madrid yang beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih untuk golongan belia bagi pasukan itu. Sejak tahun 2020, beliau juga telah menjadi Duta Global Bola Sepak untuk Persahabatan.

Apabila ditanyakan tentang jaringan gol beliau yang paling popular, Roberto Carlos menyebut tendangan percuma beliau semasa menentang pasukan Perancis pada tahun 1997 dan jaringan gol yang menakjubkan semasa menentang CD Teneriffa pada bulan Februari 1998. Beliau berkata bahawa pasukan kebangsaan Brazil pada tahun 2002 dan Real Madrid merupakan pasukan kegemarannya.

Beliau menjelaskan bahawa keluarganya miskin dan sewaktu berumur dua belas tahun, beliau ingin menjadi seorang peguam. Tetapi semuanya berubah dengan cepat selepas itu: karier bola sepak di Brazil, pasukan kebangsaan dan jemputan untuk bermain di Eropah. Beliau menyatakan bahawa keluarganya sentiasa menyokongnya.

Beliau menambah lagi bahawa segala-galanya dalam kehidupan beliau telah berjalan dengan baik dan membantu beliau untuk berkembang secara peribadi dan profesional. Beliau tidak pernah takut. Namun, sudah tentu beliau mempunyai impian, contohnya, membina sebuah rumah untuk ibu bapanya. Kerja berpasukan merupakan prasyarat penting untuk meraih kejayaan. Beliau mendapati F4F adalah bagus kerana ramai orang muda dapat bertemu dan berinteraksi antara satu sama lain.

Musim ke-9 F4F sedang berlangsung dalam format dalam talian dari 14 hingga 29 Mei 2021. Pemain Muda berumur 12 tahun mengambil bahagian dalam Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 (eF4F). Kejuaraan ini berlangsung pada simulator bola sepak "F4F World."

Wartawan Muda melaporkan tentang acara program musim ke-9 F4F di Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka tentang nilai-nilai terpenting program ini: persahabatan, kesamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi dan penghormatan.

Pautan ke video persidangan akhbar: https://www.youtube.com/watch?v=mi6qD7wkhWA.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1502205/F4F_Gazprom_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Children-related news