omniture

Dimerco Lancarkan Perkhidmatan Tidak-Penuh-Trak Baharu (LTL) pada Awal Mei

Dimerco Express Group
2013-05-02 08:00 182

TAIPEI, 2 Mei 2013 /PRNewswire/ --

  • Jalan Pengangkutan Muatan Merentasi Sempadan Bakal Menghubungkan ASEAN dan China
  • Menyediakan alternatif pengangkutan muatan tradisional melalui udara dan laut

Dimerco Express Group mengumumkan pelancaran perkhidmatan jalan pengangkutan muatan LTL (Tidak-Penuh-Trak) baharu yang merangkumi hab-hab besar di ASEAN dan China. Syarikat itu telah menyediakan perkhidmatan jalan pengangkutan muatan merentasi sempadan selama lebih sedekad antara Singapura, Malaysia dan Thailand. Pemanjangan terbaharu untuk rangkaian jalan ini merangkumi hab-hab utama seperti Singapura, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Bangkok, Hanoi, Shenzhen, Shanghai dan Chongqing. Perkhidmatan LTL baharu ini menyediakan ciri-ciri keselamatan dan sekali lagi menunjukkan kemampuan Dimerco dalam mempelbagaikan perkhidmatan logistiknya bagi memenuhi kehendak pelanggan yang kian berubah.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130501/HK01638 )

Sejarah Rangkaian Jalan Pengangkutan Muatan Merentasi Sempadan Dimerco

Dimerco telah mencipta penanda-penanda aras baharu dengan progresif bagi mengembangkan rangkaian jalan pengangkutan muatan merentasi sempadan antarabangsanya. Pada tahun 2000 dahulu, Dimerco mula beroperasi antara Singapura dan Malaysia, dan sejak itu ia telah memperluaskan pengangkutan multi modalnya bagi memberi perkhidmatan kepada hab-hab ASEAN, menggunakan Bangkok sebagai gerbang utama, bersambung terus dengan Laos, Kemboja dan Myanmar; Meletakkan dirinya sebagai "Pakar Logistik ASEAN + China", Dimerco bertekad untuk membangunkan perhubungan jalan pengangkutan muatan antara ASEAN dan China bagi mengukuhkan kedudukannya dalam rantau ini. Menurut Edward Lin, Ketua Pegawai Operasi Dimerco, "Penyambungan jalan pengangkutan muatan ini akan meningkatkan perhubungan dalam rantau ini dan perkhidmatan baharu ini akan membantu mengangkut aliran perdagangan yang semakin meningkat antara negara-negara ASEAN dan China."

Perkhidmatan LTL baharu tiba dalam masa 3 ke 7 hari – membawa kepada kecekapan dan kemudahan

Jumlah masa dalam transit untuk perkhidmatan LTL baharu Dimerco dari Shenzhen ke Singapura adalah 7 hari. Sebagai langkah seterusnya, Dimerco merancang untuk mengembangkan lagi perkhidmatan ini ke bahagian timur dan barat China, dan juga memperbaiki sambungan dengan Myanmar dan India. Bagi menghadapi isu-isu keselamatan, syarikat itu juga menyediakan ciri-ciri keselamatan optimum bersama perkhidmatan itu. "Pelbagai ciri-ciri keselamatan ada disediakan bersama dengan perkhidmatan ini termasuk GPS (Sistem Pemposisian Global) berdasarkan rangkaian sesawang, membolehkan pelanggan menjejak dan memantau status kargo mereka, dan juga sistem e-kunci keselamatan dengan SMS atau teknologi pengimbas kod bar bagi memastikan ia selamat sepanjang perjalanan itu," tambah Lin lagi.

Sejak penubuhannya selama 42 tahun, Dimerco telah terus-terusan berusaha untuk memperluaskan rangkaian antarabangsanya dengan perkhidmatan unik dalam industri logistik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Dimerco Express Group: http://www.dimerco.com/dimerco/en

HUBUNGI: Cik Eva Lau, +886-2-2704-3024#126, Eva@veda.com.tw

Sumber: Dimerco Express Group

Source: Dimerco Express Group
Keywords: Transportation Trucking and Road Transportation New products/services