omniture

Xinhua Silk Road: kilang berpangkalan di Hefei GCL-SI mula beroperasi pada September dengan prospek pasaran menggalakkan

Xinhua Silk Road
2021-06-02 04:55 276

SUZHOU, China, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- GCL System Integration (GCL-SI), sebuah syarikat PV yang terkemuka di China, dijangka memulakan operasi kilangnya di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui, timur China pada bulan September tahun ini, menurut persidangan dalam talian baru-baru ini mengenai prestasinya pada tahun 2020.

Photo shows the GCL Energy Center based in Suzhou, east China's Jiangsu Province.
Photo shows the GCL Energy Center based in Suzhou, east China's Jiangsu Province.

Pembinaan kilang tersebut bermula pada bulan Disember 2020 yang direka bentuk dengan kapasiti pengeluaran 60GW setiap tahun. Ia memfokuskan untuk mengeluarkan modul berkecekapan tinggi 210mm dan juga berupaya mengilangkan modul 182mm bagi memenuhi kehendak pasaran.

Sementara itu, satu lagi projek syarikat ini, juga berpangkalan di Hefei, memperlihatkan kemajuan mantap serentak dengan pengeluaran 2.5GW tahunan modul bersirap.

Strategi GCL-SI menyusuli usaha pihak kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim tatkala China berusaha untuk mencapai puncak emisi karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060, yang menunjukkan permintaan yang amat tinggi terhadap tenaga bersih dan masa depan yang menggalakkan dalam pasaran PV.

Lantaran pandemik global, terdapat kenaikan kos logistik dan harga bahan mentah sejak tahun lalu, membawa kepada penurunan eksport modul PV. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap produk ini masih meningkat di Eropah dan Amerika Syarikat, kata Thomas Kun Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif GCL-SI.

Zhang menambah bahawa selain kehadirannya dalam pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, syarikat ini juga akan berusaha untuk mempromosikan sistem dan perkhidmatan bersepadunya di Asia-Pasifik, Amerika Latin dan wilayah-wilayah baru muncul yang lain.

Dalam keadaan sedemikian, syarikat ini berusaha untuk membangunkan perniagaan sel PVnya melalui persiapan untuk pengeluaran yang berpangkalan di Bandar Leshan, Wilayah Sichuan, barat daya China. Tapak pengeluaran akan mengilangkan terutamanya sel berkecekapan tinggi yang paling canggih seperti PERC, Topcon dan HJT.

Menurut syarikat ini di persidangan tersebut, tapak pengeluaran berkenaan akan bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan lain untuk membina sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) canggih untuk sel berlaminat heterosimpang dan berasaskan perovskit.

Berhubung pembangunan masa depannya, syarikat ini berkata bahawa ia akan mengukuhkan strategi-strategi jualan uniknya dan meningkatkan perniagaan integrasi sistem Perniagaan-kepada-Pengguna (B2C) dan PV untuk bertahan daripada turun naik dalam industri PV.

Syarikat ini akan memasuki industri semikonduktor dan membangunkan projek wafer boleh diperbaharui untuk memperluas rantaian industri silikon dan berusaha untuk membangun menjadi sebuah perniagaan strategik sekunder agar dapat meningkatkan daya saing teras.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/321813.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Future Events