omniture

Syarikat yang berkaitan dengan Ferrero mengumumkan perjanjian untuk memperoleh Burton's Biscuit Company daripada Teachers' Pension Plan Board Ontario

Ferrero
2021-06-02 14:04 156

LUXEMBOURG, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat yang berkaitan dengan Ferrero hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki perjanjian muktamad untuk memperoleh Burton's Biscuit Company ("Burton's") daripada Teachers' Pension Plan Board Ontario ("Ontario Teachers'").

Burton's menggaji kira-kira 2,000 orang di semua enam lokasi pengeluaran di UK dan menjana jualan lebih daripada GBP275 juta sepanjang 12 bulan yang lalu. Burton's mengeluarkan beberapa jenama yang paling digemari dalam pasaran biskut UK yang merangkumi Maryland Cookies, Jammie Dodgers, Wagon Wheels, Paterson's dan Thomas Fudge's. Perniagaan ini mempunyai sejarah dalam pasaran biskut British sejak tahun 1935, dengan warisan dan kesedaran jenama yang sangat kuat.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga ini, Syarikat yang berkaitan dengan Ferrero ini akan mengambil alih enam kemudahan pengeluaran di United Kingdom, yang berpangkalan di Blackpool, Dorset, Edinburgh, Livingston, Llantarnam dan Isle of Arran.

Melalui pemerolehan ini, Syarikat yang berkaitan dengan Ferrero ini menjangka untuk memperbanyakkan penawaran produk dalam pasaran biskut manis, berikutan pemerolehan Biscuits of Delacre, Kelsen Group dan Fox's sebelum ini.

Ontario Teachers' memperoleh Burton's dalam tahun 2013 dan telah membantu mengembangkan perniagaan melalui pelaburan berterusan di seluruh portfolio berjenama, jenama peruncit dan jenama global pihak ketiga, di samping inisiatif organik dan pemerolehan 'bolt-on'.

Davis Polk & Wardwell, LMS Legal LLP (penasihat undang-undang persaingan) dan Houlihan Lokey bertindak sebagai penasihat undang-undang dan kewangan kepada Syarikat yang berkaitan dengan Ferrero.

Kirkland & Ellis dan Stamford Partners bertindak sebagai penasihat undang-undang dan kewangan kepada Ontario Teachers'.

Latar Belakang Syarikat yang berkaitan dengan Ferrero 

CTH ialah Belgian Holding Company yang berkaitan dengan Ferrero Group. Ferrero Group dan pihak-pihak yang berkaitan ialah penggiat ketiga dalam pasaran konfeksioneri coklat di seluruh dunia dan yang kedua dalam pasaran biskut manis.

Latar Belakang Ontario Teachers' 

Teachers' Pension Plan Board Ontario ialah pentadbir pelan persaraan profesion tunggal terbesar di Kanada, dengan C$221.2 bilion dalam aset bersih (semua angka setakat 31 Disember 2020). Ia memegang pelbagai portfolio aset global, kira-kira 80% daripadanya diuruskan secara dalaman, dan telah memperoleh pulangan bersih jumlah dana tahunan sebanyak 9.6% sejak penubuhan pelan ini dalam tahun 1990. Ontario Teachers' ialah organisasi bebas yang beribu pejabat di Toronto. Pejabat rantau Asia Pasifiknya terletak di Hong Kong dan Singapura, dan pejabat rantau Eropah, Timur Tengah & Afrikanya di London. Pelan faedah tertakrif, yang dibiayai sepenuhnya, melabur dan mentadbir pencen 331,000 guru aktif dan bersara di wilayah Ontario. Untuk maklumat lanjut, kunjungi otpp.com dan  ikuti kami di Twitter @OtppInfo.

Latar Belakang Burton's  

Burton's ialah pengeluar biskut yang terkemuka di UK yang membekalkan biskut berjenama yang berkualiti dan jenama peruncit. Ia memiliki dan membuat jenama penting seperti Maryland, Jammie Dodgers dan Wagon Wheels dan juga membakar biskut untuk jenama-jenama peruncit dan global yang terkemuka.

Beribu pejabat di St. Albans, UK, Burton's mengendalikan tapak pengeluaran di Blackpool, Edinburgh, Llantarnam, Livingston, Dorset dan Isle of Arran, menggaji kira-kira 2,000 orang.

Source: Ferrero
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail Supermarkets Acquisitions, mergers, takeovers