- GSMA Turut Mengumumkan Acara Khas, Pempamer, Penaja dan Penyampai Baharu
LONDON, 2 Mei 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan Pengalaman NFC di Ekspo Mudah Alih Asia, satu pengalaman interaktif yang membolehkan pempamer, vendor dan para hadirin menggunakan teknologi Komunikasi Lapangan Dekat (NFC) untuk bertukar-tukar maklumat dan menjalankan urusniaga. Selain itu, GSMA turut mengumumkan beberapa penyampai ucapan dasar utama baharu bagi program persidangan Ekspo Mudah Alih Asia, serta pempamer dan penaja yang mengambil bahagian di sepanjang program utama acara tersebut. Ekspo Mudah Alih Asia akan berlangsung pada 26-28 Jun di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) di Shanghai.
"Kami teruja dengan pelancaran Pengalaman NFC bagi Ekspo Mudah Alih Asia kerana ia memberikan para hadirin peluang untuk mengalami sendiri kuasa teknologi NFC di tapak Ekspo Mudah Alih Asia, serta di kawasan Pudong di Shanghai," ujar Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Kami berharap semua hadirin akan mengambil peluang yang disediakan oleh NFC, antara lainnya capaian maklumat dan muat turun hinggalah urusniaga runcit."
Terulung di Ekspo Mudah Alih Asia – Pengalaman NFC
Sebagai sebahagian daripada Pengalaman NFC pertama di Ekspo Mudah Alih Asia, GSMA akan mempamerkan rangkaian bersepadu perkhidmatan NFC mudah alih. Para hadirin yang mempunyai telefon yang menyokong NFC akan dapat memanfaatkan teknologi NFC di lokasi-lokasi di seluruh SNIEC dan juga Hotel Kerry yang terletak berdekatan dengan tapak ekspo. Pengalaman NFC menampilkan ciri-ciri:
China Mobile adalah Rakan Kongsi Pengendali Rasmi NFC bagi Ekspo Mudah Alih Asia. Untuk maklumat lanjut mengenai Pengalaman NFC, lawati www.mobileasiaexpo.com/nfc-experience/.
Ucapan Dasar Baharu Ekspo Mudah Alih Asia
Ketua Pegawai Eksekutif dan Eksekutif Kanan daripada syarikat-syarikat dari seluruh ekosistem mudah alih berikut telah mengesahkan kehadiran bagi program ucapan dasar Ekspo Mudah Alih Asia, termasuk:
Para eksekutif ini akan menyertai penyampai ucapan dasar Ekspo Mudah Alih Asia yang telah diumumkan sebelum ini:
Untuk maklumat lanjut ucapan dasar Ekspo Mudah Alih Asia, serta program penuh persidangan, lawati www.mobileasiaexpo.com/conference.
Penambahan Baharu Kepada Pameran Ekspo Mudah Alih Asia
Pameran Ekspo Mudah Alih Asia akan melibatkan lebih daripada 200 buah syarikat merentasi ekosistem mudah alih yang luas, serta daripada industri yang berkaitan. Tiga pengendali rangkaian Cina, China Mobile, China Telecom dan China Unicom, akan mempamerkan perkhidmatan dan penyelesaian mereka di ruang pameran, bersama-sama dengan pempamer lain yang baru mengesahkan penyertaan termasuk Accenture, Alcatel-Lucent Shanghai Bell, Chunghwa Telecom, RaceLogic, Rohde & Schwarz, Shanghai Feixun Communication Co., Sony Mobile Communications dan Telecom Italia Sparkle. Untuk senarai penuh pempamer, lawati www.mobileasiaexpo.com/expo-overview/.
Perkembangan Terbaru di Planet Aplikasi
Planet Aplikasi mempersembahkan peluang unik bagi para hadirin untuk meneroka pelbagai dimensi dalam pasaran aplikasi mudah alih yang penting dan sentiasa berubah. Syarikat-syarikat termasuk Aptoide, Mobile Systems Inc. dan Pandit Holdings telah menyertai pameran di Zon Alikasi, manakala GSMA akan mengadakan persidangan pembangun aplikasi sebagai sebahagian daripada Planet Aplikasi pada hari Rabu, 26 Jun. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/app-planet.
Maklumat terkini Makmal Inovasi
GSMA mengumumkan syarikat-syarikat baharu yang menyertai Makmal Inovasi, sebuah pentas terbuka terletak di pameran Ekspo Mudah Alih Asia di mana syarikat-syarikat ini akan mengetengahkan produk, teknologi dan perkhidmatan, serta strategi untuk memenuhi keperluan ekosistem mudah alih. Syarikat-syarikat yang kini dijadualkan membuat persembahan di sesi Makmal Invoasi termasuk Canonical, comScore, DTS dan McAfee. FingerQ merupakan Penaja Platinum Makmal Inovasi di Dewan N1. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/innovation-labs/.
IBM Menaja Sidang Kemuncak Kehidupan Terhubung Asia
IBM adalah penaja bagi Sidang Kemuncak Kehidupan Terhubung, acara terbuka industri selama tiga hari yang akan meneroka perkembangan terkini dan hala tuju masa depan pasaran M2M dan Pengalaman Terhubung, dengan tumpuan khusus kepada Asia. Sidang Kemuncak Kehidupan Terhubung akan diadakan pada 24-26 Jun dan akan menampilkan Forum Bandar Pintar. Untuk maklumat lanjut, lawati www.mobileasiaexpo.com/connected-living/.
Hab Dagangan: Memudahcara dan Menstrimkan Perniagaan
Ekspo Mudah Alih Asia sekali lagi menawarkan para hadirin peniaga Hab Dagangan, sebuah platform urusniaga dalam talian yang menghimpunkan penyedia penyelesaian dengan pembuat keputusan kanan daripada pengendali mudah alih, memudahcara temu janji dan perbincangan potensi perkongsian. Melalui Hab Dagangan, syarikat-syarikat penaja akan menetapkan kriteria untuk mengenalpasti rakan kongsi perniagaan, peluang dan sistem yang berpotensi dan kemudiannya memadankan mereka dengan pembeli yang bersesuaian, kesemuanya sudah mendapat pra-kelayakan oleh GSMA. Penaja bagi Hab Dagangan termasuk comScore, IBM, Oracle dan SAP. Untuk maklumat lanjut mengenai peserta Hab Dagangan, sila hubungi tradehubconcierge@mobileasiaexpo.com.
Pendaftaran Ekspo Mudah Alih Asia Dibuka Sekarang
Pendaftaran untuk menghadiri Ekspo Mudah Alih Asia kini dibuka dalam talian dan individu yang berhasrat untuk menghadiri program persidangan atau melawat pameran boleh mencapai maklumat mengenai jenis dan harga pas yang berlainan di http://www.mobileasiaexpo.com/registration/.
Untuk maklumat lanjut Ekspo Mudah Alih Asia 2013, termasuk maklumat bagaimana menghadiri, mempamer atau menaja, sila lawati www.mobileasiaexpo.com.
Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. Beroperasi dalam lebih daripada 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com