omniture

Bausch + Lomb Mengedar Kanta Belau Trifokus PhysIOL dan Kanta Torik Intraokular di Pasaran Utama Asia, Eropah dan Timur Tengah

Bausch + Lomb
2013-05-02 14:33 208

--Penawaran Kanta Hidrofilik Mempertingkat dan Memperluas Portfolio Pembedahan Oftalmik Bausch + Lomb

ALISO VIEJO, California dan LIEGE, Belgium, Mei 2, 2013 /PRNewswire/ --Bausch + Lomb, syarikat kesihatan mata terkemuka, dan PhysIOL, pengeluar kanta intraokular yang berpengalaman, telah mengumumkan pada hari ini bahawa Bausch + Lomb akan mula mengedar beberapa barisan kanta intraokular arkilik hidrofilik (IOLs) dalam pasaran terpilih di seluruh Asia, Eropah dan juga Timur Tengah bermula bulan ini.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130501/NY04599 )

Seperti dalam syarat-syarat perjanjian, Bausch + Lomb akan mula mengedar PhysIOL's FineVision® trifokus dan FineVision® trifokus torik hidrofilik, UV dan penghadang-biru, kanta intraokular asfera, dan, kanta torik Ankoris®, sekiranya ada, secara eksklusif atau rakan eksklusif bergantung kepada pasaran. Selain itu, Bausch +Lomb akan mengedarkan  barisan hidrofilik pramuat, UV dan penghadang-biru, kanta intraokular asfera monofokus dalam pasaran terhad. Syarikat-syarikat tersebut mempunyai pilihan untuk memperluaskan lagi hubungan pengedaran dari semasa ke semasa.  Portfolio PhysIOL melengkapi barisan IOL hidrofobik dan hidrofilik arkilik Bausch + Lomb yang luas termasuk jenama IOL enVista®, Crystalens®, dan Akreos® untuk implantasi selepas penyingkiran  katarak.

Marc Nolet, Ketua Pegawai Eksekutif PhysIOL menyatakan, "Perkongsian bersama Bausch + Lomb memberikan PhysIOL satu peluang yang sempurna untuk memanfaatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) melalui rangkaian pengedaran seluruh dunia dan dengan kombinasi peralatan, instrumen dan produk pembedahan lain yang lengkap."

"Pasukan PhysIOL telah menghasilkan pelbagai kanta intraokular arkilik hidrofilik yang mengagumkan – melengkapi portfolio kanta Bausch + Lomb yang sedia ada," kata John Barr, Naib Presiden Eksekutif dan Presiden, Pembedahan Global Bausch + Lomb. "Kami amat teruja untuk menyediakan pakar bedah oftalmik dengan pilihan yang lebih luas apabila ingin memilih kanta intraokular yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan pesakit, dan kami berharap untuk meluaskan lagi jangkauan produk PhysIOL melalui prasarana komersil global kami yang terkenal."

Mengenai PhysIOL

Sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986, PhysIOL telah memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti penglihatan dan kehidupan pesakit. PhysIOL membangunkan dan memperkenalkan kanta intraokular inovatif yang berprestasi tinggi, memenuhi syarat-syarat ketat kepada dunia pembedahan. Pada tahun 2011, PhysIOL melengkapkan portfolio produknya dengan FineVision®, IOL belau trifokus yang membenarkan pesakit untuk bebas daripada kaca mata. Perkembangan ini menandakan satu langkah teknologi yang penting bagi dunia pembedahan dan juga bagi pesakit. PhysIOL kini sedang membina satu aplikasi terbaharu bagi teknologi penemuan ulung ini.

Mengenai Bausch + Lomb

Bausch + Lomb adalah peneraju global syarikat kesihatan mata yang menumpukan kepada perlindungan, meningkatkan dan memulihkan penglihatan. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta sentuh, produk penjagaan kanta, dan peralatan dan instrumen pembedahan oftalmik. Kami membangun, mengeluarkan dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling menyeluruh dalam industri kami secara global, yang boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Ditubuhkan pada tahun 1853, syarikat kami beribu pejabat di Rochester, NY, dan mempunyai lebih daripada 11,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Crystalens, enVista dan Akreos adalah tanda dagangan Bausch & Lomb Incorporated atau ahli gabungannya.

® FineVision dan Ankoris adalah tanda dagangan PhysIOL SA.

© 2013 Bausch & Lomb Incorporated.

Source: Bausch + Lomb
Related Links:
Keywords: Medical Equipment Joint ventures