omniture

Wavelink Menambah Pilihan Pelangganan Baharu Kepada Terminal Pelagakan Android

Wavelink
2013-05-02 16:59 210

- Papan kekunci boleh disesuaikan dan pilihan bahasa yang diperluas meningkatkan kebolehgunaan dan kecekapan pengguna

SALT LAKE CITY, 2 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Wavelink, sebuah unit perniagaan Perisian LANDesk (www.wavelink.com), hari ini mengumumkan penambahan ciri-ciri bagi Terminal Pelagakan (TE) Wavelink versi 1.3.5 untuk Android, termasuk penambahan sokongan aksara bahasa dwi-bait dan pilihan pelangganan bagi papan kekunci panel input lembut (SIP).  Digunakan pada lebih daripada empat juta peranti di seluruh dunia, TE Wavelink menyediakan capaian yang andal kepada aplikasi hos bagi pengguna mudah alih dan membolehkan perniagaan mengurus dan menskala aplikasi perniagaan yang kritikal di peranti mudah alih, memastikan pengguna akhir sentiasa mempunyai alatan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka.

Menurut David Johnson dari Forrester, yang dipetik dalam artikel Network World baru-baru ini, dalam aplikasi yang memerlukan peranti yang tahan lasak sepenuhnya, Android merupakan pilihan utama kerana pengilang boleh membina peranti yang memenuhi kehendak tersebut dengan tepat. Dengan kemunculan terkini TE, Wavelink memperluaskan keanjalan Android dengan penambahan papan kekunci SIP yang boleh disesuaikan, serta menyediakan platform kepada pengguna gudang Asia-Pasifik dengan sokongan aksara bahasa dwi-bait.

"Setiap gudang berbeza-beza, walaupun berada dalam sebuah syarikat yang sama,"  kata Mikkel Storm, pengurus produk utama di Wavelink.  "Ciri-ciri baharu ini memungkinkan keunikan ini diperluaskan lagi, membolehkan pembangun aplikasi bagi syarikat-syarikat pelbagai saiz mencipta aliran aplikasi lengkap yang disesuaikan dalam gudang-gudang individu.  Salah satu perkara yang terbaik tentang Android adalah keanjalan platformnya dan kami mahu memperluaskan pelangganan dengan cara yang boleh meningkatkan kecekapan pengguna akhir."

Penambahan papan kekunci SIP boleh disesuaikan menghapuskan keperluan untuk menogol antara arahan berbeza dan papan kekunci kawalan, membolehkan pembangun aplikasi menggabung kekunci yang paling kerap digunakan dalam satu tempat.  Ini membolehkan pengguna akhir bekerja dengan lebih cekap menggunakan antara muka papan kekunci yang lebih mesra aliran kerja.

Rantau Asia-Pasifik ketinggalan dalam menggunakan peranti tahan lasak disebabkan oleh kos kebanyakan peranti yang tinggi.  Namun begitu, peranti Android lazimnya lebih menjimatkan kos dan menyokong TE untuk aksara bahasa dwi-bait yang digunakan di rantau Asia-Pasifik, memudahkan platform Anroid digunakan oleh perniagaan di kawasan tersebut.

"Android adalah sebuah platform yang amat berharga bagi industri ini kerana ia mempunyai banyak pilihan pelangganan," kata Storm.  "Dengan menambah sokongan kepada platform ini di rantau Asia-Pasifik, kami memberikan pelanggan di rantau dunia tersebut pilihan mengekalkan pelaburan prasarana sedia ada sambil menyediakan mereka laluan yang jelas, mudah dan murah untuk mendapatkan aliran kerja aplikasi yang lebih cekap.  Penggunaan Terminal Pelagakan kini berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan dalam operasi pekerja tugasan.  Dengan penambahan pilihan pelangganan yang membolehkan ia dilaksanakan dengan mudah di pelbagai rantau yang lebih luas, kami membantu TE untuk terus berkembang."

Terminal Pelagakan Wavelink versi 1.3.5 untuk Android kini telah tersedia.  Lawati http://www.wavelink.com/p/terminal-emulation atau hubungi wakil penjual Wavelink anda untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wavelink, produk dan perkhidmatannya, lawati www.wavelink.com
Ikuti kami di Twitter: @wavelink 
Tontoni video kami di YouTube: http://www.youtube.com/user/wavelinkcorp 
Sukai kami di Facebook
     Baca blog kami: http://www.wavelink.com/blog/

Mengenai Wavelink Wavelink, sebuah unit perniagaan Perisian LANDesk, adalah penyedia peneraju pelbagai vendor pengurusan peranti mudah alih,pengurusan prasarana wayarlesterminal pelagakanpembolehan suara dan perisian pembangunan aplikasi mudah alih. Wavelink mempunyai lebih daripada 7.5 juta lesen pelanggan aktif yang digunakan di seluruh dunia.

Penyelesaian Wavelink menyelesaikan cabaran unik yang ditemui dalam melaksana, mengurus dan mengawal sistem mobiliti perniagaan hari ini.  Penyelesaian ini membantu mencapai prestasi tinggi daripada staf barisan hadapan.  Wavelink menawarkan sebuah platform untuk mengurus, menyedia, mengemaskini, menjamin dan menyelesai masalah platform pengkomputeran mudah alih tahan lasak daripada sebuah konsol tunggal yang mudah digunakan.

Produk Wavelink mengurangkan kekalutan yang semakin meningkat dalam mobiliti, kepelbagaian dan cabaran dalam persekitaran pengkomputeran pengguna akhir yang semakin mendesak.  Di dalam bangunan mahupun di lapangan, Wavelink meneraju mobiliti.

Source: Wavelink
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications VoIP Wireless Communications New products/services