omniture

Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan: Kawasan khas pelaburan global bawa masuk $35.06 bilion

Hainan International Media Center (HIMC)
2021-06-03 02:22 255

HAIKOU, China, 3 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk sebuah kapal menyelesaikan prosedur pendaftaran pelabuhan? Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan China memberi jawapan baharu: Satu hari!

Pada 23 September 2020, kapal penghantaran 319,000-tan "Yuanhuayang" menyelesaikan pendaftaran rasmi di Pelabuhan Yangpu China hanya dalam masa sehari, memecah kesemua rekod terdahulu hasil daripada sistem pendaftaran kapal "One Step" Hainan yang inovatif.

 

Foto udara menunjukkan Pelabuhan Yangpu China yang sibuk, terletak di pantai barat Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan pada 26 Mei. (Foto oleh Chen Yuancai / Hainan Daily)
Foto udara menunjukkan Pelabuhan Yangpu China yang sibuk, terletak di pantai barat Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan pada 26 Mei. (Foto oleh Chen Yuancai / Hainan Daily)

Pada 1 Jun 2020, kerajaan Cina mengeluarkan satu pelan induk untuk FTP Hainan yang memfokuskan untuk memudahkan pelaburan perdagangan bebas, menubuhkan sistem dasar yang sesuai untuk Pelabuhan Perdagangan Bebas peringkat tinggi dan mewujudkan kawasan pentadbiran kastam khas berpengaruh di peringkat antarabangsa.

Dalam tahun susulan penerbitan pelan induk berkenaan, 791 projek telah dimulakan di Hainan dengan jumlah pelaburan sebanyak 223.48 bilion yuan (kira-kira $35.06 bilion).

Dalam suku pertama tahun 2021, Hainan mencapai KDNK serantau sebanyak 139.6 bilion yuan (kira-kira $21.9 bilion), peningkatan 19.8% berbanding tahun sebelumnya, iaitu kadar pertumbuhan kedua tertinggi di mana-mana wilayah Cina.

Beberapa dasar utama telahpun dilaksanakan dalam FTP termasuk 15% cukai pendapatan untuk individu berkepakaran tahap tinggi yang mendapat permintaan yang bekerja di Hainan dan syarikat-syarikat berdaftar di Hainan dalam industri-industri tertentu yang layak, sifar tarif untuk bahan mentah import yang disenaraikan, sifar tarif untuk kenderaan dan kapal layar import yang disenaraikan dan senarai negatif untuk sifar tarif bagi peralatan pembuatan bagi kegunaan pengeluaran dalaman.

Pemandangan udara Bandar Haikou di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan China (Foto oleh Liu Yang / Hainan International Media Center)
Pemandangan udara Bandar Haikou di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan China (Foto oleh Liu Yang / Hainan International Media Center)

Setakat penghujung tahun 2020, sejumlah 45,940 syarikat telah dibuka di taman perindustrian utama peringkat wilayah Hainan, meningkatkan bilangan keseluruhan syarikat sebanyak 74.5%. 11 taman perindustrian Pelabuhan Perdagangan Bebas utama Hainan merupakan pusat kepada sejumlah 38,899 syarikat, satu peningkatan sebanyak 89.8%.

Pada 1 Mei 2018, Hainan melaksanakan satu dasar yang membolehkan penduduk dari 56 negara masuk tanpa visa. Dalam suku pertama tahun 2021, 419 syarikat pelaburan asing ditubuhkan di Hainan, satu peningkatan 525.37% berbanding tahun sebelumnya. Penggunaan sebenar dana pelaburan asing berjumlah 555.8 juta USD, satu peningkatan sebanyak 432.98% berbanding angka tahun lalu dan Hainan menyaksikan syarikat-syarikat pelaburan asing baharu dari 66 negara dan wilayah bertapak di wilayah ini.

Sebagai Pelabuhan Perdagangan Bebas yang terbesar di dunia, serta pulau pelancongan antarabangsa yang padat dengan suasana romantik tropika, Hainan telah menarik minat 232,000 individu berbakat setakat 12 April 2021 dan berubah menjadi salah satu tempat baharu yang paling hangat untuk peluang pelaburan di planet ini serta tumpuan baharu untuk golongan muda dari dekat dan jauh.

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation Economic news, trends, analysis