omniture

Suku Pertama 2021: Zepp Health Tersenarai antara 4 Teratas bagi Penghantaran Jam Tangan Pintar Dewasa Global

Dengan Pertumbuhan Global 68.8% Berbanding Tahun Sebelumnya, Zepp Health Peneraju Pasaran di Brazil, Rusia dan Sepanyol
Amazfit
2021-06-03 04:43 300

SHENZHEN, China, 3 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Zepp Health (NYSE: ZEPP) dengan jenama-jenama milik sendiri Zepp dan Amazfit, tersenarai antara 4 Teratas bagi penghantaran[1] jam tangan pintar dewasa global dalam suku pertama tahun 2021, menurut data daripada International Data Corporation (IDC) mengenai pasaran peranti boleh pakai global. Zepp Health menjual lebih 1.65 juta jam tangan pintar Zepp dan Amazfit dalam suku pertama, mewakili pertumbuhan 68.8% berbanding tahun sebelumnya dari segi jualan unit global – pertumbuhan tertinggi antara jenama-jenama jam tangan pintar dewasa terunggul.

Walaupun dengan keadaan pasaran mencabar yang berterusan yang telah memberi kesan ke atas industri elektronik pengguna di seluruh dunia, jualan Zepp Health kekal mantap. Zepp Health menduduki kedudukan No.1 mengikut penghantaran untuk jam tangan pintar dewasa di Brazil (40.9%), Rusia (28.9%) dan Sepanyol (23.5%). Ia juga menduduki kedudukan No. 2 di Itali, No. 3 di Poland; dan No. 4 di Jerman, India, Indonesia dan Thailand untuk penghantaran peranti boleh pakai dewasa. Selain itu, Zepp Health menduduki kedudukan No. 6 dalam pasaran Mexico, AS, Perancis dan UK.

Momentum jualan didorong oleh peranti boleh pakai Fesyen dan Gaya Hidup Amazfit yang telahpun popular seperti siri jam tangan pintar GTR 2 dan GTS 2 Amazfit dan siri Sukan Luar termasuk Amazfit T-Rex.

Zepp Health disenaraikan di kedudukan No. 1 mengikut penghantaran untuk jam tangan pintar dewasa di Brazil, Rusia dan Sepanyol.
Zepp Health disenaraikan di kedudukan No. 1 mengikut penghantaran untuk jam tangan pintar dewasa di Brazil, Rusia dan Sepanyol.

Jenama Amazfit juga telah meningkatkan profilnya dengan memperluas portfolio penajaan sukan luar yang mencabar di seluruh dunia. Meraikan keluaran pelancaran Amazfit T-Rex Pro pada Mac 2021, jenama ini menaja tiga pertandingan mencabar yang menjelmakan semangat jam tangan tersebut: Terokai Naluri Anda. Awal tahun ini, ia mengumumkan perkongsian dengan Spartan, jenama sukan lasak dan kesihatan yang terkemuka di dunia dan Amazfit akan diaktifkan di beberapa acara Spartan terpilih di seluruh dunia pada musim ini. Amazfit turut menaja ESOK Rally di Eskişehir, Turki dan All-Russian Zavidovo SUP Challenge – salah satu daripada lima pertandingan SUP terunggul di seluruh dunia.

[1] Menurut data daripada International Data Corporation (IDC) Worldwide Quarterly Wearable Device Tracker

Latar Belakang Amazfit

Ditubuhkan pada September 2015, Amazfit menawarkan beberapa siri jam tangan dan gelang pintar bermula daripada kegunaan harian hinggalah kegunaan sukan luar serta perkakasan pintar lain yang berkaitan dengan sukan dan kesihatan termasuk fon telinga nirwayar (earbud) sukan TWS, sawat injak pintar, skala komposisi badan pintar dan peralatan sukan. Dengan barisan produk lengkap yang menawarkan pengalaman pengguna yang luar biasa, Amazfit memaksimumkan keupayaannya untuk memenuhi keperluan kumpulan pengguna yang berbeza.

Dengan reka bentuk dan ketukangan yang cemerlang, produk jam tangan pintar Amazfit telah memenangi banyak anugerah seperti German iF Industrial Design Award dan Red Dot Design Award.

Ketika ini, produk Amazfit memasuki pasaran di lebih daripada 90 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Menurut laporan penjejakan pasaran peranti boleh pakai global IDC, dalam tahun 2020, penghantaran jam tangan pintar Amazfit menduduki kedudukan pertama di Sepanyol dan Indonesia, ke-2 di Brazil dan Itali, ke-3 di Rusia, India dan Thailand, ke-4 di Poland, ke-5 di Jerman dan juga merupakan antara produk terunggul di negara-negara dan wilayah-wilayah lain.

Latar Belakang Zepp Health, dahulunya Huami Corporation

Misi Zepp Health adalah untuk menghubungkan kesihatan dengan teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 2013, syarikat ini membangunkan platform teknologi proprietari termasuk cip AI, sensor biometrik dan algoritma data yang memacu pengembangan barisan produk kesihatan pintar untuk pengguna dan perkhidmatan analitik untuk industri. Pada tahun 2019, syarikat ini menghantar 36.6 juta unit jam tangan pintar dan gelang kecergasan termasuk jenama Amazfitnya sendiri serta produk yang dibangunkan dan dikeluarkan untuk Xiaomi, yang merangkumi 23% penghantaran kategori global. Syarikat ini beribu pejabat di Hefei, China, dengan operasi A.S., Zepp USA, berpangkalan di Cupertino, California. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://ir.zepp.com/investor/pages/company-profile.

Untuk Pertanyaan Media
media.enquiry@zepp.com 

Source: Amazfit
Related Stocks:
NYSE:ZEPP
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Consumer Electronics Sales reports