omniture

Dable Bekerjasama dengan 3,000 Media Premium di Asia, Melebihi 5 Bilion Kunjungan Laman Bulanan

Dable
2021-06-03 09:45 118

SEOUL, Korea Selatan, 3 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Dable, platform penemuan kandungan global terkemuka, mengumumkan jumlah kerjasama media premium di Asia telah mencecah 3,000 dan melebihi 5 bilion kunjungan laman bulanan.

Dable Bekerjasama dengan 3,000 Media Premium di Asia
Dable Bekerjasama dengan 3,000 Media Premium di Asia

Dable, yang beribu pejabat di Korea Selatan, ialah syarikat teknologi media yang memiliki teknologi pemprosesan dan pemperibadian data besar bertaraf dunia. Dable menyediakan 'Dable News' dan 'Dable Native Ad' yang mengesyorkan kandungan dan iklan yang diperibadikan dengan menganalisa kandungan yang digunakan dan tingkah laku pengunjung laman media.

Dable telah bekerjasama dengan media terkemuka di Asia seperti Indonesia: Liputan6 – sebahagian daripada kumpulan media terbesar dan paling dipercayai, Suara – portal berita dalam talian bebas, Malaysia: Utusan Malaysia – penerbit berita bahasa Melayu perintis, dan Chinapress: - penerbit berita Cina paling berpengaruh, Vietnam: Thanhnien – salah satu daripada penerbit media yang paling dipercayai, Tienphong – salah satu daripada penerbit media pelopor, Korea Selatan: Chosun IIbo – penerbit No.1, KBS – media awam terkemuka, Taiwan: ETToday – kumpulan berita lalu lintar utama, LTN – salah satu daripada media perintis.

Dable mengumpul dan menganalisa 22 bilion log media daripada hampir 500 juta pengguna Asia setiap bulan. Dable mengesyorkan kandungan kepada 5 bilion laman web setiap bulan, dan lebih daripada 100 juta kunjungan laman web dijana melalui platform Dable.

Dable mencatatkan purata pertumbuhan jualan tahunan lebih daripada 50% sejak penubuhannya dalam tahun 2015. Kini, Dable ialah platform pengesyor diperibadikan yang paling banyak digunakan di Indonesia, Vietnam dan Korea. Di Taiwan, jualan meningkat tiga kali ganda sepanjang tahun lalu sementara Malaysia mencatatkan purata pertumbuhan jualan sebulan sebanyak 30%. Dable juga menduduki tempat ke-46 daripada 500 Syarikat Pertumbuhan Tinggi Asia Pasifik utama yang diumumkan oleh Financial Times, dan membuktikan potensi pertumbuhannya dengan menduduki tempat pertama dalam kategori media.

Dable, yang berjaya dalam pelaburan Siri C USD $12 jutanya baru-baru ini, menjangkakan akan mempercepatkan perluasan pasaran globalnya. Dable mula menawarkan perkhidmatan ke SAR Hong Kong, Thailand dan Singapura dan akan terus berkembang ke tanah besar China, Turki dan Australia tahun ini. Dable berharap dapat memberikan perkhidmatan ke AS dan Eropah.

"Dable berjaya menjangkaui 3,000 kerjasama media di Asia dalam tempoh yang singkat hasil teknologi cemerlang Dable" kata Chaehyun Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Dable. "Dable akan memperluaskan kanmengembangkan kawasan perkhidmatannya dengan lebih agresif. Kami akan memberikan perkhidmatan terbaik yang disesuaikan dengan ciri-ciri setiap wilayah melalui pengambilan aktif pekerja tempatan dan kerjasama erat dengan syarikat tempatan."

Hubungi: Eunjin Kang, press@dable.io   

Source: Dable
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Publishing/Information Service Sales reports Data Analytics