omniture

WCPGHAN 2021: Minyak ikan yang diambil semasa kehamilan meningkatkan penyelesaian masalah dan tumpuan pada kanak-kanak, data baharu mendedahkan

ESPGHAN
2021-06-04 07:01 30

GENEVA, 4 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Kanak-kanak yang dilahirkan daripada ibu-ibu yang mengambil minyak ikan semasa kehamilan mereka telah terbukti mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang lebih pantas dan tumpuan perhatian yang lebih baik pada usia 10 tahun, menurut penemuan daripada kajian yang dibiayai EU yang dibentangkan pada hari ini di Kongres Dunia ke-6- bagi Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik.

Ini merupakan kajian pertama untuk mengkaji kesan jangka panjang penambahan maternal dengan minyak ikan dan/atau 5-MTHF (asid folic) pada fungsi keadaan rehat - apabila seseorang tidak terlibat dalam tugas kognitif atau aktif – pada kanak-kanak umur sekolah.

Profesor Dr. Berthold Koletzko, Ketua Perubatan Metabolik dan Pemakanan di Hospital Kanak-kanak Dr. von Hauner, University of Munich Medical Centre, Jerman yang merupakan salah seorang penulis kajian menjelaskan: 'Keputusan tersebut menunjukkan bahawa kualiti bekalan nutrien maternal semasa tempoh pembangunan otak awal yang pantas dalam kehamilan mempunyai kesan yang berkekalan terhadap fungsi otak di zaman sekolah kemudian. Golongan wanita sebelum dan semasa kehamilan perlu disokong dalam mencapai diet berkualiti yang baik dan dinasihati tentang potensi penggunaan penambahan minyak ikan.'

Penyelaras kajian dan Pengarah Pusat Kecemerlangan EURISTIKOS untuk Penyelidikan Pediatrik di University of Granada, Sepanyol, Profesor Christina Campoy menambah: 'Penyelidikan kami memberikan bukti bahawa kanak-kanak yang dilahirkan daripada ibu yang telah mengambil minyak ikan semasa separuh kedua kehamilan mempunyai ingatan yang lebih baik.

Kajian ini disusuli pada 57 orang kanak-kanak daripada ibu daripada program penyelidikan terdahulu yang telah diberikan 500mg asid dokosaheksaenoik (DHA) dan 150mg minyak ikan asid eikosapentaenoik (EPA) setiap hari sama ada dengan atau tanpa 400 µg 5-MTHF (asid folik), asid folik semata-mata atau plasebo semasa separuh kedua kehamilan mereka.

Profesor Magnus Domellöf, Pengerusi Komuniti Pemakanan ESPGHAN mengulas: 'Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pemakanan awal semasa kehamilan boleh memberikan impak yang signifikan kepada pembangunan otak pada kanak-kanak dengan potensi untuk meningkatkan prestasi kognitif. Kami mengharapkan hasil kajian ini diuji dalam ujian selanjutnya.'

 

 

Source: ESPGHAN
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Supplementary Medicine Clinical Trials/Medical Discoveries Women-related news