ASTANA, Kazakhstan, 3 Mei 2013 /PRNewswire/ --
Forum Media Eurasia Tahunan Ke-11 (EAMF), yang telah diadakan pada 25-26 April di ibu negara Kazakhstan, Astana, telah mendapat pujian daripada semua pihak sebagai platform unggul bagi dialog serantau dan Timur-Barat.
Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/60656-eurasian-media-forum-astana-kazakhstan
Mengalu-alukan ketibaan 600 orang delegasi dari 46 buah negara, Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, menekankan kepentingan media sebagai sebuah pengaruh penyatuan dalam masyarakat.
Forum itu sendiri telah membuat sumbangan unik kepada persefahaman antarabangsa dan terhadap penyepaduan Eurasia, melalui pertukaran pandangan yang terbuka melibatkan media. Kini ia adalah salah satu platform dialog unggul rantau ini, ujar beliau.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, delegasi yang menghadirinya termasuklah ahli-ahli politik, pakar-pakar ekonomi, ahli-ahli perniagaan dan para wartawan terkemuka. Hampir 350 media massa antarabangsa telah membuat liputan acara tersebut.
Pandangan positif Presiden Nazarbayev tentang Forum itu juga dikongsi oleh ramai peserta dari Timur dan Barat. Hos TV saluran Channel One dari Rusia, Maxim Shevchenko, berkata bahawa ini adalah salah satu acara intelektual dan politik yang paling signifikan yang beliau ketahui. Wartawan AS pemenang Anugerah Pulitzer Roy Gutman, yang menghadiri Forum ini buat kali pertama, berkata nilai acara ini terletak pada pertukaran pandangan antarabangsa dan liputan isu-isu rantau, seperti kemajuan ke arah penubuhan Kesatuan Ekonomi Eurasia.
Forum Media Eurasia XI menyaksikan kehadiran para penceramah terkemuka seperti calon presiden Iran Hooshang Amirahmadi, Menteri-Kaunselor Presiden Afghanistan Mokhammad Yahya Maroofi, ketua editor Turkish Today daripada akhbar Zaman Bulent Kenes, Menteri Perlindungan Alam Sekitar Kazakhstan Nurlan Kapparov, mantan Timbalan Perdana Menteri Greece Theodoros Pangalos, ahli parlimen UK George Galloway dan ramai lagi.
Riz Khan, hos dan penerbit terkenal daripada saluran TV Antarabangsa Al-Jazeera, sekali lagi bertindak sebagai moderator Forum Media Eurasia XI.
Agenda acara terdiri daripada enam sesi yang diadakan sepanjang dua hari. Pakar-pakar mengkhususkan dua sesi pertama kepada isu-isu ketidakstabilan di Afghanistan dan Timur Tengah. Operasi ketenteraan sepatutnya bakal ditamatkan di Afghanistan, tetapi para pakar risau dengan kekecohan baharu yang mungkin terjadi selepas pengunduran terancang pasukan tentera NATO dan AS dari rantau tersebut. Hos kanan saluran TV Antarabangsa Al-Jazeera (UK) Stephen Cole bertindak sebagai moderator sesi tersebut, yang melibatkan Menteri –Kaunselor Presiden Afghanistan Mokhammad Yahya Maroofi, calon presiden Iran Hooshang Amirahmadi, hos TV Rusia Maxim Shevchenko dan pakar-pakar lain.
Perbincangan tentang penganjuran EXPO-2017 di Kazakhstan dan pembentukan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEC) adalah antara isu yang rancak dibincangkan dalam Forum tersebut. Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan Kairat Kelimbetov bercakap mengenai kelebihan yang diharap dapat dinikmati oleh ahli-ahli negara EEC, manakala mantan Timbalan Perdana Menteri Greece Theodoros Pangalos memberi satu siri saranan berdasarkan keahlian Greece dalam Kesatuan Eropah itu.
Hari kedua Forum itu dipenuhi dengan ucapan-ucapan tajam daripada para wartawan dunia berkelas tinggi. Hos TV Russia Today Alexander Gurnov (Rusia), penulis dan wartawan AS Greg Palast, wartawan Britain Julian Nundy dan yang lain-lain membuat spekulasi tentang keselamatan maklumat dan inovasi media.
Pengerusi jawatankuasa penganjur EAMF, Dr. Dariga Nazarbayeva, memberi ucapan penutup semasa acara penutup Forum Media Eurasia XI. Selepas menyatakan penghargaan beliau kepada para peserta dan tetamu Forum itu, Dr. Nazarbayeva mengumumkan tarikh Forum Media Eurasia yang ke-12 yang bakal diadakan di Astana pada 24 dan 25 April 2014.
Secara keseluruhannya, para penganjur dan peserta Forum Media Eurasia XI berkata persidangan itu patut diberi pujian untuk kecekapan operasi, perbincangan yang luas dan kadang-kala hangat, serta pertukaran pandangan berbeza tentang masalah-masalah topikal yang sedang dipertimbangkan.
Video: http://www.multivu.com/mnr/60656-eurasian-media-forum-astana-kazakhstan
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Forum Media Eurasia