omniture

Tinjauan Orang Awam Hong Kong Dedahkan Pasaran Perjalanan Pasca-pandemik yang Menarik

TKS Exhibition Services Ltd
2021-06-04 10:00 141

HONG KONG, 4 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Satu Tinjauan Perjalanan Pasca-pandemik dengan respons daripada 1394 warga Hong Kong yang diadakan secara dalam talian bersama-sama pada bulan Mei oleh TKS (penganjur Ekspo Perjalanan Antarabangsa - ITE Hong Kong) dan Travel Industry Council of Hong Kong mendapati terdapatnya permintaan perjalanan terpendam yang kukuh di bandar tersebut memandangkan 44% daripada responden tinjauan tersebut akan menjelajah ke luar Hong Kong dalam tempoh 3 bulan setelah arahan sekatan sempadan ditarik balik manakala 22% lagi akan menjelajah dalam tempoh 6 bulan. Ramai penduduk di Hong Kong terus berbelanja untuk perjalanan - 52.8% menyimpan atau meningkatkan belanjawan perjalanan pada tahun akan datang dan menariknya, 76% mahu membayar lebih demi perjalanan yang lebih selamat.

Sensitif terhadap ujian dan kuarantin, pengembara lebih mudah menerima ujian COVID-19 memandangkan lebih 70% menerima ujian sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun lebih 50% tidak mahu dikuarantin. Apabila memilih destinasi pula, pengembara lebih mementingkan Sekatan & Kuarantin (33.8%) dan Langkah-langkah Kebersihan (31.6%) berbanding Konsesi Harga (16%) dan Pembatalan / Bayaran Balik yang Fleksibel (18.7%).

Sebahagian besar responden terdiri daripada pengunjung awam ITE yang matang memandangkan 48.6% berada dalam kumpulan umur antara 40 dan 59 tahun, manakala 45.9% memiliki pendidikan peringkat universiti.

Justeru itu, tinjauan berkenaan mendapati pengunjung awam ITE merupakan sasaran yang memuaskan untuk penjual perkhidmatan pelancongan pasca-pandemik pada peringkat awal pemulihan.

ITE akan diadakan mulai 29 Julai hingga 1 Ogos 2021 di Pusat Konvensyen & Pameran Hong Kong, memandangkan bandar tersebut tidak mempunyai kes jangkitan tempatan selama 28 hari pada bulan Mei. Walaupun berskala lebih kecil, dijangkakan bahawa pempamer dan/atau astaka bukan sahaja dari Hong Kong dan negara-negara jiran, tetapi juga dari negara-negara asing.

ITE 2021 menuju hibrid. Sebilangan pempamer luar negara akan bekerjasama dengan pejabat atau ejen tempatan mereka untuk mengendalikan reruai manakala pihak-pihak lain akan bertemu pengunjung dalam talian di dewan pameran semasa berlangsungnya ITE dan sebilangan lagi hanya menyokong ejen untuk mempamerkan sendiri.

Dengan Subsidi Konvensyen dan Pameran Kerajaan Hong Kong, kesemua pempamer ITE 2021 dapat menikmati diskaun sewa sebanyak 20%. Selain itu, pempamer Hong Kong boleh memohon Dana Pemasaran Eksport kerajaan dengan nilai maksimum subsidi sewa sebanyak 50%. Diharapkan agar ITE 2021 akan meningkatkan pemulihan pelancongan dengan menyatukan perdagangan perjalanan dan pengembara berkualiti demi pelancongan pasca-pandemik yang lebih selamat.

Dengan sokongan rasmi dan perdagangan yang mantap, ITE merupakan satu-satunya pameran perjalanan Hong Kong dan meliputi dengan berkesan perjalanan serantau dan perdagangan MICE serta FIT berkualiti yang mana masing-masing dengan hari dan promosinya yang tersendiri. ITE 2019 menggamit perhatian lebih 11000 pembeli dan pengunjung perdagangan serta lebih 70000 pengunjung awam berkualiti. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.itehk.com

Source: TKS Exhibition Services Ltd
Keywords: Travel Survey, Polls & Research Future Events