SHENZHEN, China, 4 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), pembangun dan penyedia peralatan serta penyelesaian perubatan global yang terkemuka, mengumumkan pelancaran penyelesaian ultrabunyi Pengimejan Umum, Rawatan Kesihatan Wanita dan Kardiologi baharu pada 28 Mei 2021. Disokong oleh tema "Inovasi Menakrifkan", setiap penyelesaian direka khusus untuk meningkatkan kekuatan bukti diagnostik yang tersedia kepada doktor demi memastikan penjagaan pesakit yang lebih baik.
Mindray Defines Future of Imaging Technologies with New General Imaging, Women’s Healthcare and Cardiology Ultrasound Solutions
"Selama lebih 30 tahun, inovasi telah berakar umbi dalam DNA Mindray. Dengan sistem hospital semakin meningkat dan berkembang, penting agar industri rawatan kesihatan untuk terus melangkaui lebih daripada sekadar mereka bentuk produk individu kepada merekayasa penyelesaian rawatan kesihatan terhubung. Dengan pandangan yang holistik inilah kami dapat memastikan pengalaman rawatan kesihatan yang lebih baik untuk pesakit sekali gus membantu memperluas kapasiti klinikal," kata He Xujin, Pengurus Besar Mindray Medical Imaging Systems. "Pelancaran penyelesaian ultrabunyi terkini kami menandakan satu pencapaian penting untuk Mindray ketika kami terus mempelopori platform baharu di bawah prinsip panduan, 'Inovasi Menakrifkan'".
Penyelesaian ultrabunyi Pengimejan Am Mindray dilengkapi dengan beberapa teknologi canggih termasuk ultrabunyi dipertingkat-kontras kadar bingkai tinggi (HiFR CEUS), elastografi HiFR komprehensif dan pengukuran pengkuantitian dipertingkat untuk tahap baharu kejelasan imej. Ciri-ciri ini menyediakan alat yang ekstensif kepada para doktor bagi tujuan diagnosis dan rawatan yang lebih tepat, lantas memberikan mereka keyakinan yang diperkukuh demi hasil pesakit yang lebih baik.
Penyelesaian ultrabunyi Rawatan Kesihatan Wanita menawarkan pelbagai jenis alat berkepakaran termasuk Smart Scene 3D, Smart Planes CNS, Smart ICV, Smart Pelvic dan Smart ERA. Ciri-ciri ini telah direka bentuk dan diinspirasikan oleh tugas harian para doktor dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan aplikasi OBGYN termasuk IVF, neonatal dan postpartum.
Untuk doktor kardiovaskular, penyelesaian ultrabunyi Kardiologi baharu Mindray termasuk pengimejan TEE, HiFR V-Flow, Tegasan Ricih Dinding (Wall Shear Stress, WSS), IMT masa sebenar. Teknologi-teknologi ini membolehkan visualisasi yang benar-benar tepat yang membekalkan para doktor dengan bukti tambahan untuk kepastian diagnostik.
Mindray memanfaatkan pemahamannya yang mendalam terhadap keperluan klinikal yang belum dipenuhi bagi menyediakan para doktor dengan penyelesaian pengimejan komprehensif yang membolehkan diagnosis dan rawatan yang tepat dibuat dalam aplikasi yang berbeza. Tiga penyelesaian pengimejan perubatan terkini menggabungkan teknologi luar biasa dengan aplikasi pintar dan aliran kerja intuitif yang meningkatkan kualiti data klinikal ke tahap yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat manfaat daripada pengimejan perubatan yang lebih pantas dan pengesanan yang lebih tepat terhadap komplikasi yang boleh berlaku, kesemuanya di tempat rawatan.