omniture

LONGi pecah tiga rekod dunia untuk kecekapan sel solar Jenis-N TOPCon, Jenis-P TOPCon dan HJT

LONGi Solar
2021-06-04 20:33 300

XI'AN, China, 4 Jun 2021 /PRNewswire/ -- LONGi telah menggabungkan peranan utamanya dalam inovasi R&D dalam industri PV global dengan mencipta rekod kecekapan sel baharu bagi Jenis-N TOPCon dan HJT. Dalam bulan April, syarikat ini mengumumkan rekodnya bagi kecekapan sel solar Jenis-N TOPCon sebanyak 25.09% dan sebulan kemudian, ujian di Institute for Solar Energy Research (ISFH) di Hamelin, Jerman, mengesahkan kecekapan penukaran sel solar TOPCon monohabluran dwimuka Jenis-N yang dibangunkan di Pusat R&D Sel LONGi kini telah mencecah 25.21%.

LONGi pecah tiga rekod dunia dalam kecekapan sel solar
LONGi pecah tiga rekod dunia dalam kecekapan sel solar

Pusat R&D Sel juga telah mencapai kejayaan inovatif dalam teknologi produk sel solar monohabluran jenis-P yang berkecekapan tinggi. Sekali lagi diuji oleh ISFH (Tanda Kalibrasi: 001592), kecekapan saiz sel solar TOPCon monohabluran dwimuka komersial melebihi 25% buat pertama kalinya, mencipta rekod dunia 25.02% dalam proses ini.

ISFH juga telah dapat mengesahkan kecekapan penukaran sel solar HJT monohabluran saiz komersial yang dihasilkan oleh Pusat R&D Teknologi Baharu LONGi mencecah rekod 25.26%, selain meletakkan syarikat di barisan hadapan teknologi yang berkaitan HJT.

"Dengan matlamat yang bercita-cita tinggi yang telah ditetapkan oleh kami sendiri, pendekatan kami untuk mengekalkan intipati teknologi dengan memilih laluan teknikal terbaik, memaksimumkan potensi prestasi produk dan membawa perubahan yang diperlukan untuk mencapai transformasi teknikal," ulas Dr. Li Hua, Naib Presiden dan Ketua Pusat R&D Sel LONGi Solar.

Pembangunan teknologi tenaga baharu ialah salah satu daripada faktor kritikal dalam mencapai dua matlamat 'memuncak' karbon China menjelang 2030 dan mencapai peneutralan karbon menjelang 2060 dan sel berkecekapan tinggi dan teknologi modul serta produk hasilan LONGi membolehkan syarikat mengekalkan kedudukan utamanya dalam industri dari segi kecekapan, prestasi, kualiti dan kos, memberi sumbangan yang besar untuk mencapai objektif-objektif ini.

Source: LONGi Solar
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards