BEIJING, 4 Jun 2021 /PRNewswire/ -- China telah melakar kejayaan yang luar biasa dalam memerangi rasuah sejak Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-18 pada tahun 2021. Beberapa langkah telahpun diambil bagi memastikan agar pegawai-pegawai "tidak berani, tidak berupaya dan tidak mahu menerima rasuah."
Selain menghukum pegawai-pegawai yang menerima rasuah dan membina sistem bagi mencegah rasuah, China telah memberi penekanan khusus ke atas peranan pendidikan dalam gerakan anti-rasuahnya.
"Untuk mentadbir Parti secara komprehensif dengan disiplin yang ketat, kita bukan sahaja perlu menumpukan untuk menyeragamkan hukuman, tetapi juga mengekalkan asas disiplin yang penting dengan ketat," kata Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, di sesi pleno keenam Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI) CPC ke-18 pada bulan Januari 2016.
"Lebih penting lagi, kita perlu membimbing rakyat untuk berbuat lebih baik dan membangunkan sepenuhnya peranan pembimbing melibatkan prinsip, kepercayaan dan moral," tambah Xi.
Xi, juga merupakan presiden Cina, memetik sebuah sajak oleh pemikir Cina Gong Zizhen (1792-1841) bagi menonjolkan pesanannya: "Sekiranya kamu tidak menguasai diri sendiri, kamu akan dikuasai oleh diri kami sendiri dan tidak mencapai apa-apapun."
Aspirasi asal
Bagi membantu pegawai-pegawai CPC menguasai diri mereka dan menjadikan mereka pegawai-pegawai "tidak mahu menerima rasuah", kepimpinan Parti berulang kali menyeru mereka untuk terus berpegang pada aspirasi asal dan misi penubuhan CPC – iaitu, untuk mencari kebahagiaan demi rakyat Cina dan penggiatan semula negara Cina.
Pada bulan Jun 2019, satu kempen pendidikan seluruh negara yang bertema "terus berpegang pada misi penubuhan kita" dilancarkan bagi memperkukuh pesanan dalam kalangan 90 juta ahli CPC.
Alessandro Teixeira, seorang ahli ekonomi dan profesor dasar awam Brazil di Tsinghua University, menekankan kepentingan pendidikan dalam memerangi rasuah dalam satu wawancara baru-baru ini bersama CGTN.
Teixeira berkata hukuman dan pencegahan tidak cukup untuk mencegah rasuah. "Saya rasa anda perlu mempunyai proses pendidikan di dalamnya," kata beliau. "Anda perlu mendidik masyarakat."
"Saya berpendapat itulah juga yang telah cuba dilakukan oleh orang Cina, iaitu untuk memiliki pendidikan moral, bukan sahaja untuk pegawai Parti, tetapi untuk semua rakyat," tambah beliau.
Kesedaran awam ditingkatkan
Sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18, kepimpinan Parti telah menekankan beberapa konsep yang telahpun diketahui yang berkaitan dengan memerangi rasuah, menunjukkan keazaman kepimpinan untuk menangani masalah yang telah berakar umbi dan memupuk kesepakatan sosial terhadap rasuah.
"Hanya tukang besi yang mahir dapat menghasilkan besi yang bagus," kata Xi, memetik pepatah Cina yang popular bagi menjelaskan kepentingan pembinaan Parti apabila beliau bertemu pengamal media pada 15 November 2021 selepas dilantik sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC. Ia bermaksud hanya dengan berkelakuan secara terhormat seseorang boleh mengharapkan orang lain untuk melakukan hal yang sama. Pepatah ini kemudiannya menjadi slogan ikonik bagi menggesa pegawai-pegawai Parti untuk kekal tidak mengambil rasuah.
Konsep-konsep anti-rasuah lain termasuk menangani "empat bentuk kemerosotan" – formalisme, birokratisme, hedonisme dan keborosan; mengambil tindakan tegas untuk memperbaiki kelakuan pegawai-pegawai Parti dan kerajaan (turut dikenali sebagai "keputusan lapan-perkara" Jawatankuasa Pusat CPC); menyerang "harimau" (pegawai-pegawai korup berpangkat tinggi) dan memukul "lalat" (pegawai-pegawai korup berpangkat rendah) secara serentak; dan mengambil pendirian toleransi sifar terhadap rasuah.
Konsep-konsep ini, berserta laporan media mengenai penyiasatan anti-rasuah, benar-benar telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu berkenaan.
Formula tiga serampang
Pendidikan merupakan aspek penting dalam formula tiga serampang China untuk menangani rasuah, berserta hukuman tegas dan pembinaan sistem.
Pada tahun 2020, badan pemeriksaan dan pengawasan disiplin di seluruh negara ini menyiasat kira-kira 618,000 kes rasuah, membawa kepada hukuman ke atas 604,000 orang, menurut laporan oleh badan anti-rasuah utama China.
China juga telah mengukuhkan pembinaan sistem dalam usaha memerangi rasuah untuk "mengehadkan penggunaan kuasa dalam sangkar institusi."
Satu langkah penting ialah pembaharuan sistem pengawasan negara yang menyaksikan penubuhan suruhanjaya pengawasan di peringkat negara, wilayah, bandar dan daerah. Suruhanjaya ini berupaya untuk mengawasi semua orang yang bekerja dalam sektor awam yang menggunakan kuasa awam termasuk mereka yang bukan ahli CPC dan mereka yang tidak bekerja dalam kerajaan.
Kesemua usaha ini telah mendapat kemenangan yang menyeluruh terhadap rasuah. "Lebih banyak langkah dalam pendidikan, penyelidikan dari segi sifat rasuah, berserta kerjasama antarabangsa" beransur-ansur menjadikan China sebagai "salah sebuah negara terkemuka" dalam memerangi rasuah, kata Teixeira.