omniture

SK magic 'Water Taste' Diiktiraf secara global

Air yang ditulenkan dari penulen air JIKSOO dianugerahkan dengan gred tertinggi oleh ITI 'Superior Taste Award 2021'
SK magic Malaysia
2021-06-05 00:31 415

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Air yang ditulenkan dari penulen air SK magic telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas rasa  yang bertaraf dunia. Air yang telah ditulenkan dari penulen air JIKSOO 'Self-managing' dianugerahkan 'Superior Taste Award 2021' yang berprestij dengan nilai tertinggi 3 bintang semasa 'Penilaian Sensori Makanan & Minuman Antarabangsa ITI' 2021 yang dianjurkan oleh Institut Rasa Antarabangsa (International Taste Institute, ITI) oleh juri chef dan pakar rasa professional terbaik di dunia.

Air yang ditulenkan dari penulen air JIKSOO oleh SK magic dianugerahkan dengan gred tertinggi ITI 'Superior Taste Award 2021'
Air yang ditulenkan dari penulen air JIKSOO oleh SK magic dianugerahkan dengan gred tertinggi ITI 'Superior Taste Award 2021'

 

Penulen air JIKSOO Hyper (kiri) dan penulen air berais JIKSOO Rich (kanan) dari SK magic menawarkan rasa air bertaraf dunia kepada semua pengguna dengan teknologi tanpa tangki yang inovatif.
Penulen air JIKSOO Hyper (kiri) dan penulen air berais JIKSOO Rich (kanan) dari SK magic menawarkan rasa air bertaraf dunia kepada semua pengguna dengan teknologi tanpa tangki yang inovatif.

Institut Rasa Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 2005 di Brussels, Belgium, dan merupakan juri utama di dunia dalam penilaian dan pensijilan makanan & minuman pengguna, menilai produk dari 130 negara setiap tahun melalui penilaian sensori dan memberikan perakuan kepada produk kelas dunia yang dipilih.

SK magic telah menyertai tiga pencalonan produk utama - Penulen air JIKSOO 'Self-managing', penulen air berais JIKSOO RICH dan penulen air JIKSOO HYPER ke penilaian deria 2021 di mana  Penulen air JIKSOO 'Self-managing' mendapat gred tertinggi 3 bintang kerana rasa, aroma dan teksturnya yang luar biasa.

Air yang ditulenkan dari penulen air berais JIKSOO RICH dan penulen air JIKSOO HYPER juga memperoleh 2 bintang yang membanggakan. Ketiga-tiga produk utama SK magic mendapat pengiktirafan untuk rasa airnya yang unggul.

Untuk menyediakan air segar dan enak, SK magic telah mencipta penulen air JIKSOO tanpa tangki yang pertama di Korea di mana air yang disaring hanya apabila diperlukan. Ini menggantikan penulen air jenis bertangki yang sudah ketinggalan kerana ia menyimpan air yang ditapis di dalam tangki air tersebut. Kemajuan teknologi barangan SK magic membolehkan ia mendapat banyak pengiktirafan secara domestik & antarabangsa. Sebelum ini, penulen air berais JIKSOO RICH menyediakan air panas, sejuk dan juga ais sendiri juga telah dianugerahkan dengan CES Innovation Award di Consumer Electronics Show (CES), acara barangan berteknologi tinggi paling berpengaruh di dunia.

SK magic juga telah menubuhkan Pusat Analisis Alam Sekitar, yang merupakan makmal khusus kualiti air yang meneliti rasa air yang ditulenkan dan ia telah dilantik sebagai Institusi Khas untuk Uji Kaji Kualiti Air Minuman' oleh Kementerian Alam Sekitar pada tahun 2019 di Korea.

Di Malaysia, SK magic menawarkan penulen air berais JIKSOO Rich dan penulen air JIKSOO Hyper bagi menyediakan air minuman bersih dan segar kepada rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.skmagic.com.my atau kunjungi kedai kami di seluruh negara.

* Artikel sebelumnya mempunyai ralat, Anugerah ini mengiktiraf air yang ditulenkan dari penulen air JIKSOO 'Self-managing', penulen air berais JIKSOO RICH dan penulen air JIKSOO HYPER. 

Source: SK magic Malaysia
Keywords: Beverages Household Products Household/Consumer/Cosmetics Non-Alcoholic Beverages Retail Awards