omniture

Huawei: Percepat Pendigitalan Kewangan, Cipta Nilai Baharu Bersama-sama

Huawei
2021-06-05 03:39 562

SHANGHAI, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2021 yang diadakan di Shanghai, dengan tema "Percepat Pendigitalan Kewangan, Nilai Baharu Bersama-sama." Acara selama dua hari ini menarik minat lebih daripada 3,000 pelanggan industri kewangan global, rakan kongsi, pakar industri dan pengamal media. Huawei memperincikan bagaimana institusi kewangan boleh memanfaatkan teknologi untuk menaik taraf industri ini dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dengan membina sebuah ekosistem yang tangkas serta pintar dan akhirnya bertransformasi menjadi eko-perusahaan berkeupayaan-digital. Huawei membentangkan tiga inisiatif strategik untuk usaha mereka dalam sektor kewangan: menerima sepenuhnya teknologi natif-awan, mempelbagaikan dan meningkatkan keadaan penggunaan dalam industri dan mengumpulkan produk SaaS yang berbeza untuk membantu institusi kewangan menjadi perusahaan digital yang lebih baik.

Industri Kewangan Perlu Beradaptasi dan Percepat Kadar Transformasi 

Peng Zhongyang, Ahli Lembaga, Presiden Enterprise Business Group, Huawei, dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa apabila industri-industri menaik taraf dan bersatu, sektor perkhidmatan kewangan akan bertransformasi untuk membolehkan operasi mereka dibuat berasaskan awan melalui lebih banyak ekosistem peranti terhubung yang dibina untuk semua senario. Beliau menambah bahawa ketika ini, Huawei berkolaborasi dengan pelanggan serta rakan kongsinya untuk membolehkan mereka menjadi perusahaan berasaskan ekosistem digital yang lebih mampan dan berdaya tahan, melalui penciptaan bersama antara teknologi, senario dan kemampanan.

En. Peng Zhongyang
En. Peng Zhongyang

Dalam ucapan dasar mengenai "Pemulihan Ekonomi Global: Kepastian dan Ketidakpastian", Dr. Fan Gang, Profesor Ekonomi, Peking University; Naib Presiden, China Society of Economic Reform, berkata, "Pandemik global ini masih belum berakhir. Sebagai enjin baharu untuk pemulihan ekonomi, komponen yang paling penting dalam ekonomi digital bukanlah pengeluaran peralatan digital dan teknologi digital itu sendiri, tetapi aplikasi teknologi maklumat baharu untuk mentransformasikan pelbagai industri. Kewangan digital merupakan daya penggerak bagi pembangunan ekonomi digital. Justeru itu, ia penting untuk mempercepatkan inovasi teknologi kewangan memandangkan Teknologi Kewangan (FinTech) akan memainkan peranan penting dalam menaik taraf transformasi digital untuk beribu-ribu industri."

Cao Tong, Presiden HDFH dan Presiden Pertama WeBank; Hou Weirong, Pengurus Besar, Jabatan Perbankan Transaksi, China Merchants Bank; Chen Kunte Ketua Pegawai Transformasi Digital Unit Perniagaan Perkhidmatan Kewangan Global, Enterprise BG, Huawei dan Ye Tan, Pengkritik Kewangan Terkenal menyertai Panel: Transformasi Kewangan Pintar.

"Dunia sedang mengalami revolusi digital yang berkait rapat dengan kewangan dan memberi kesan ke atas kita semua. Bank-bank tradisional memperluaskan sempadan masing-masing. Saya tidak sabar-sabar untuk menantikan tibanya hari apabila pemilik bank dan pakar dalam teknologi dapat menyesuaikan pakej aset untuk pengguna mengikut umur, kekayaan dan struktur keluarga mereka," menurut Ye Tan.

Huawei Umum Tiga Inisiatif Strategik untuk Ubah Institusi Kewangan menjadi Perusahaan berasaskan Ekosistem Digital Lebih Baik

Huawei mengumumkan tiga inisiatif strategik yang akan dibangunkan olehnya dalam sektor kewangan untuk membantu institusi kewangan menjadi perusahaan berasaskan ekosistem digital yang lebih baik. Ini termasuk:

(1)  Menggalakkan institusi untuk menerima sepenuhnya teknologi natif awal inovatif yang menyediakan infrastruktur optimum bagi mempercepatkan penumpuan digital dan pintar serta mencipta platform yang tangkas.

(2)  Memperdalam pendigitalan dalam kesemua senario industri bagi meningkatkan pemindahan data yang selamat dan terjamin, lalu menyerlahkan nilai berpotensi data raya dan membina rangkuman kewangan.

(3)  Mengumpulkan produk SaaS yang berbeza untuk membina ekosistem terbuka untuk semua senario dan mendayakan perkhidmatan kewangan berasaskan senario.

Jason Cao, Presiden Global Financial Services Business Enterprise BG, Huawei, berkata dalam ucapan beliau, "Huawei telahpun bekerjasama dengan industri kewangan global selama 10 tahun dan sudahpun menjadi rakan kongsi yang penting dalam transformasi digital untuk industri ini. Huawei akan terus bekerjasama dengan industri ini bagi memacu pengkomputeran natif-awan bagi memastikan agar institusi kewangan mendapat manfaat daripada ekosistem digital yang moden dan dinamik yang boleh terus dikemas kini dan dibangunkan, memanfaatkan inovasi yang terkini. Etos Huawei adalah untuk membantu institusi kewangan berkembang menjadi perusahaan berasaskan ekosistem digital yang lebih baik dan membangunkan kewangan yang terhubung sepenuhnya, pintar dan berasaskan awan bersama-sama."

Shi Jilin, Naib Presiden HUAWEI CLOUD BU dan Presiden Global Marketing and Sales Service, berkata dalam ucapan dasar beliau bahawa industri kewangan sentiasa berada di barisan hadapan dalam transformasi digital dan berada di peringkat untuk membangunkan kewangan digital, bermula daripada satu bahagian kepada berbilang senario.

Beliau berkata, "Huawei dan industri kewangan berkembang bersama-sama untuk membina penyelesaian FinTech pelbagai guna dan pintar. Kami mengemukakan empat cadangan: pertama, menerima sepenuhnya peralihan ke awan (cloudification), menyelesaikan masalah teras akses awan perusahaan dan membimbing transformasi digital di jalan yang tepat; kedua, sambungan pintar senario penuh, mencipta "finance+X " untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua jenis industri; ketiga, bagi melaksanakan kecerdasan sehingga ke akhirnya, AI akan memasuki sistem pengeluaran teras kewangan dan proses perniagaan utama; keempat, membina ekosistem kewangan berkisarkan senario dan mewujudkan industri kewangan ekologi."

Merealisasikan Nilai Baharu dalam Industri Kewangan dengan Pelanggan Perbankan Global untuk Bina Masa Depan Kewangan Baharu Bersama-sama 

Ramai eksekutif perbankan berkongsi kisah dan pencapaian mereka dalam transformasi digital perusahaan kewangan Cina di mesyuarat hari ini.

Huawei telah bekerjasama erat dengan DBS Bank untuk membolehkan transformasi digital mereka dapat memenuhi keperluan mereka yang berubah-ubah. Pada tahun 2020, Huawei dianugerahkan oleh DBS dengan Anugerah Rakan Teknologi Paling Berharga 2020 daripada seleksi 64 vendor teknologi global yang lain.

Tan Choon Boon, Ketua Kejuruteraan dan Perkhidmatan Awan di DBS Singapore, berkata: "DBS telah membangunkan strategi yang memfokuskan lima elemen utama untuk transformasi digital: memacu perubahan organisasi yang komprehensif, termasuk organisasi berorientasikan kejayaan perniagaan; beralih daripada 'projek kepada platform; menggunakan reka bentuk sistem moden; membina pasukan yang cemerlang dan tangkas; dan menuju ke arah automasi lengkap. Pada masa akan datang, kedua-dua pihak akan terus mengukuhkan kerjasama dalam awan, kecerdasan buatan dan IoT. Kami telah bekerjasama erat dengan Huawei untuk memenuhi keperluan bank yang semakin berkembang dan memacu transformasi digital."

Industri kewangan sangat berbeza merentas wilayah di seluruh dunia, namun masih terdapat ramai orang serta perusahaan bersaiz kecil dan sederhana yang tidak dapat mengakses perkhidmatan kewangan asas. Institusi kewangan di kebanyakan negara telah mengambil langkah yang pantas untuk membina platform digital seperti dompet mudah alih dan pembayaran mudah alih bersama rakan kongsi seperti Huawei. Platform ini digunakan untuk membina ekosistem aplikasi yang hebat seperti Kenya NCBA untuk membantu institusi kewangan ini mencapai kemajuan besar dalam meningkatkan penawaran perkhidmatan mereka. Ucapan dasar1 tambahan untuk ucapan pelanggan.

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak tersebut, Sitoyo Lopokoiyit, Ketua Pegawai Eksekutif, M-PESA Africa berkata, "Kami telah melihat kuasa M-PESA dan wang bergerak di Afrika dalam mentransformasikan bagaimana kita dapat memberi impak dari segi ke atas masyarakat. Hari ini, kami memiliki lebih 350,000 perniagaan dan lebih 5 juta PKS mikro yang menggunakan perkhidmatan kami. Di sisi lain, kami mempunyai 58 juta pelanggan yang menggunakan pelbagai produk dan perkhidmatan kami. Teras pencapaian ini ialah teknologi dan rakan kongsi kami seperti Huawei yang memainkan peranan bagi memastikan seni bina teknologi kami dapat memenuhi keperluan perniagaan dan pelanggan kami."

Huawei Lancar Financial Partner Go Global Program (FPGGP)

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak tersebut, Huawei mengumumkan pelancaran rasmi Financial Partner Go Global Program (FPGGP). Syarikat ini akan bekerjasama dengan rakan kongsi dalam industri perkhidmatan kewangan bagi memanfaatkan pengalaman mendalam dan keupayaan inovasi teknologi Huawei dalam transformasi digital kewangan.

FPGGP peringkat awal memiliki 25 ahli termasuk tujuh dalam lembaga pengarah daripada Huawei, Sunline, Tongdun Technology, Netis, Wallyt, Sinosoft dan Chinasoft International.

Huawei Lancar Financial Partner Go Global Program (FPGGP)
Huawei Lancar Financial Partner Go Global Program (FPGGP)

Visi Huawei adalah untuk membina ekosistem terbuka pelbagai guna dan membolehkan institusi kewangan global untuk menawarkan perkhidmatan kepada pengguna dalam pelbagai industri. Semasa berlangsungnya sidang kemuncak tersebut, Huawei meneroka perjanjian kerjasama tambahan dengan institusi kewangan seperti Temenos dan merancang 15 penyelesaian bersama yang akan dilancarkan yang meliputi pelbagai himpunan keadaan penggunaan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:https://e.huawei.com/topic/2021-event-fsi-summit/en/index.html 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news