SHANGHAI, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Menerusi tema "Menerajui pendigitalan kuasa demi masyarakat sifar-karbon dan pintar", Huawei Digital Power membawakan penyelesaian Semua-senario Sifar-karbonnya di SNEC 2021, pameran perdagangan solar yang terbesar di dunia yang diadakan pada 3-5 Jun di Shanghai, China. Sebagai pelopor dalam industri PV solar global, Huawei memainkan peranannya untuk mendorong PV bagi menjadi sumber tenaga utama dan bagi mewujudkan dunia yang lebih mesra alam.
Salah satu bahagian yang paling menggamit perhatian dalam pameran ini ialah Penyelesaian PV & Penyimpanan Semua-senario FusionSolar Huawei yang diperkenalkan pada 3 Jun. Ia meliputi senario "4+1": Penjana PV Pintar FusionSolar 8.0, Kuasa Kediaman Hijau 2.0, Kuasa C&I Hijau 1.0 dan Penyelesaian Bekalan Kuasa + Awan Tenaga Luar-grid (penyingkiran bahan api) yang bertujuan untuk mempercepatkan peralihan kepada penjanaan sifar-karbon dan merapatkan jurang tenaga. Butiran lanjut boleh ditemui di laman sesawang kami.
Selain daripada paparan pameran, Huawei juga menganjurkan Sidang Kemuncak Maya Global SNEC 2021 Huawei selama dua hari bermula pada 3 Jun untuk pelanggan dan rakan kongsi yang tidak dapat menghadiri sendiri pameran tersebut. Sidang kemuncak dalam talian tersebut memberi peluang berharga kepada khalayak untuk menyaksikan pelancaran produk baharu, temu bual pakar yang berwawasan dan sorotan utama daripada reruai.
1. FusionSolar 8.0: Mencipta Penjana PV Pintar Kalis Masa Depan
Bagi mengubah struktur tradisional, Huawei melancarkan penjana PV pintar kalis masa depan yang dikenali sebagai FusionSolar 8.0. Ia menawarkan dua faedah kepada pelanggan: Pertama, penjana PV pintar menjanjikan kestabilan grid yang lebih baik; kedua, reka bentuk "Gemini" ±1500V pertama di dunia dapat membantu menyokong sub-tatasusunan yang lebih besar, voltan lebih tinggi, lantas dapat mengurangkan LCOE sebanyak 7%.
2. Kuasa Kediaman Hijau 2.0: Memulakan Kehidupan Baharu di Kediaman Sifar-karbon
Penyelesaian Kuasa Kediaman Hijau 2.0 yang dinaik taraf mengetengahkan struktur "1+3+X" yang inovatif. Dengan Pengawal Tenaga Pintar sebagai terasnya, ia dilengkapi dengan tiga komponen utama --- pengoptimum, rentetan pintar ESS dan Awan Kuasa Hijau untuk membina ekosistem berkuasa pintar. Penyelesaian Kuasa Kediaman Hijau 2.0, yang memfokuskan pada penjanaan kuasa pintar, penyimpanan dan penggunaan kuasa pintar dengan pelbagai ciri keselamatan yang aktif, dapat menurunkan bil tenaga anda dan membolehkan anda untuk memulakan kehidupan sifar-karbon yang baharu.
3. Kuasa C&I Hijau 1.0: Membolehkan Kuasa Mesra Alam Memperkasa Semua Industri
Huawei melancarkan penyelesaian C&I baharunya pada tahun ini yang sesuai untuk senario aplikasi yang berbeza: solar sahaja, penyimpanan sahaja, solar + penyimpanan + pengecasan dan luar-gird. Dengan aplikasi pengoptimum dan sistem penyimpanan tenaga rentetan pintar, penyelesaian ini dapat meningkatkan hasil tenaga sebanyak 30% dan kuasa penyimpanan tenaga sehingga 15%. Penyongsang Huawei menyokong perlindungan arka AFCI pintar dan dimatikan secara automatik dalam tempoh 0.5s, bagi memastikan keselamatan sistem yang aktif.
4. Penyelesaian Semua-senario Sifar-karbon Kuasa Digital Huawei: Terajui Pendigitalan Kuasa demi Masyarakat Sifar-karbon dan Pintar
Selain daripada penjanaan kuasa sifar-karbon, Huawei turut memaparkan penyelesaian semua-senario sifar-karbon berkuasa digital buat julung kalinya di SNEC. Dalam era keneutralan karbon, unit perniagaan Huawei Digital Power membangunkan sepenuhnya kekuatannya dalam teknologi digital dan elektronik kuasa serta mengintegrasikan watt, terma, penyimpanan tenaga, awan dan teknologi AI bagi mempercepatkan pendigitalan industri tenaga dan menyumbang kepada masyarakat pintar sifar-karbon.
Semasa mendedahkan peralihan tenaga, tenaga boleh diperbaharui yang diwakili oleh PV solar pastinya akan menjadi sumber tenaga utama dan pembinaan sistem kuasa baharu dengan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber utama merupakan kunci untuk mencapai keneutralan karbon. Dengan kepakaran mendalam menerusi integrasi antara teknologi digital dan elektronik kuasa, Huawei bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk menggalakkan peralihan tenaga dan membina masyarakat sifar karbon serta pintar.
Latar Belakang Huawei
Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.
Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan mempromosikan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei