omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice 2021 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar

Huawei
2021-06-05 04:19 2076

SHENZHEN, China, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Huawei dengan gembiranya mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice 2021 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar. Sebagai satu-satunya vendor bukan Amerika Utara yang dinamakan, Huawei menerima penarafan tinggi dengan 4.8/5 bintang berdasarkan 191 ulasan pelanggan (setakat Mac 2021) 1 di platform Gartner Peer Insights.

Huawei berbangga dapat meraih banyak ulasan pelanggan dan penarafan tinggi lantaran tawaran rangkaian kampusnya yang amat kompetitif dan prestasi cemerlang di seluruh dunia. Huawei dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan dalam empat daripada lima segmen pelanggan (tidak termasuk Amerika Utara) berdasarkan demografi pengulas — Perusahaan Bersaiz Sederhana (50M1B USD), Perkhidmatan, Asia/Pasifik dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA).

Setakat 31 Mac 2021, pelanggan daripada pelbagai jenis sektor (seperti kewangan, kerajaan, pembawa dan pembuatan) telah mengulas Penyelesaian CloudCampus Huawei dan siri produk penuh (cth., suis siri CloudEngine S, AirEngine Wi-Fi 6 AP, iMaster NCE-CampusInsight dan iMaster NCE-Campus) di Gartner Peer Insights. Mereka menilai fungsian produk, penggunaan, O&M dan sokongan perkhidmatan daripada tawaran rangkaian kampus Huawei. Kami percaya maklum balas mereka yang mengagumkan dapat menunjukkan pengiktarafan global Huawei daripada pengaruh industri, skala penggunaan dan perspektif kegunaan komersial yang matang.

Gartner Peer Insights ialah platform dalam talian bagi penarafan dan ulasan mengenai perisian dan perkhidmatan IT yang ditulis dan dibaca oleh golongan profesional IT serta pembuat keputusan teknologi. Matlamatnya adalah untuk membantu pemimpin IT membuat keputusan pembelian yang lebih tepat dan membantu penyedia teknologi menambah baik produk mereka dengan menerima maklum balas yang objektif dan tidak berat sebelah daripada pelanggan mereka.

"Menjadi satu-satunya matlamat kami untuk menyediakan penyelesaian dan produk yang terbaik dalam kelas yang memenuhi keperluan pelanggan dan menerima pengiktirafan pelanggan. Oleh yang demikian, kami sangat gembira dinamakan sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice 2021 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar," ulas Li Xing, Presiden Domain Rangkaian Kampus Huawei. "Pada masa akan datang, kami akan kekal komited terhadap pemusatan pelanggan dan inovasi berterusan serta tetap membantu pelanggan menerima rangkaian kampus awan pintar tanpa wayar sepenuhnya. Kami juga amat berterima kasih atas maklum balas yang kami terima melalui Gartner Peer Insights."

Petikan daripada pelanggan yang berikut menyumbang kepada penganugerahan untuk Huawei:

  • "Huawei iMaster NCE digunakan dalam pusat data awan kami dan menyediakan pengurusan automatik untuk seluruh rangkaian. Kakitangan O&M tidak perlu melakukan konfigurasi garis perintah yang memudahkan pengurusan. Selain itu, terminal IoT dapat dikenal pasti dengan pintar untuk mengesahkan peranti dan pengguna dengan cepat bagi menjamin keselamatan rangkaian." — Jurutera IT dalam industri pembuatan (Pautan, setakat 23 Mac 2021)
  • "Organisasi saya dan Huawei merupakan rakan kongsi strategik jangka panjang. Dalam usaha ini, Huawei menonjol daripada vendor-vendor dan memenangi projek pembinaan rangkaian bangunan ibu pejabat kami. Wi-Fi 6 AP Huawei mengekalkan prestasi yang tinggi seperti kelajuan pantas, kependaman rendah, lebar jalur besar dan perayauan yang stabil, baik dari segi ujian PoC mahupun dalam rangkaian tanpa wayar sebenar. Pasukan penyampaian Huawei sangat profesional dan menyelesaikan perancangan rangkaian tanpa wayar seluruh bangunan dengan cepat melalui aplikasi khususnya. Pengalaman sebenar adalah sangat baik." — Pengarah IT dalam industri komunikasi (Pautan, setakat 26 Mac 2021)
  • "Pengalaman keseluruhan Huawei CampusInsight adalah sangat baik. Antara muka pengurusan web yang lancar dan komprehensif. Fungsi platformnya bermanfaat, dapat meningkatkan kecekapan pasukan IT kami." — Ketua Pegawai Maklumat dalam industri pengangkutan (Pautan, setakat 22 Mac 2021)

Kepercayaan pelanggan yang berpanjangan berpunca daripada inovasi berterusan dan kepimpinan Huawei dalam domain rangkaian kampus.

  • Pada bulan Mac 2021, Huawei mengumumkan Penyelesaian CloudCampus 3.0 kalis masa depannya yang baru dinaik taraf, yang menawarkan ciri-ciri menonjol seperti perangkaian tanpa wayar sepenuhnya, satu rangkaian global dengan SD-WAN untuk saling sambungan berkelajuan tinggi, pengurusan awan dipacu-SDN dan O&M pintar bertumpu pengguna dan aplikasi.
  • Huawei turut melancarkan produk rangkaian kampus serba baharu seperti AirEngine Wi-Fi 6, suis berbilang-GE CloudEngine S, Wi-Fi 6 CPE dan NetEngine AR8000. Penambahan baharu ini memberi kedudukan kepada semua saiz perusahaan untuk menginspirasikan inovasi organisasi, menyerlahkan nilai data, meningkatkan kecekapan O&M dan menjamin perkhidmatan yang stabil dan andal dalam era awan.

Laman sesawang Penyelesaian CloudCampus Huawei.

Sumber:

1Gartner Peer Insights 'Voice of the Customer': Wired and Wireless LAN Access Infrastructure, By Peer Contributors, 12 Mei 2021

Penafian: Gartner Peer Insights Customers' Choice/Peer Insights terdiri daripada pendapat subjektif ulasan pengguna akhir individu, penarafan dan data yang diaplikasikan terhadap metodologi yang didokumentasikan; ia tidak mewakili pandangan, mahupun membentuk sokongan oleh, Gartner atau ahli-ahli gabungannya.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia infrastruktur dan peranti pintar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Dengan penyelesaian bersepadu merentas empat domain utama – rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan – kami komited untuk membawakan digital kepada setiap individu, rumah dan organisasi untuk dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portofolio hujung-ke-hujung produk, penyelesaian dan perkhidmatan Huawei berdaya saing dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, bekerjasama untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, dengan menumpukan pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia mara ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 orang pekerja dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards