omniture

Huawei dan Temenos Umum Perjanjian Perkongsian Teknologi

Huawei
2021-06-05 04:25 587
  • Temenos Menjadi Pembekal Perisian Perbankan Teras Pertama Yang DiPerakui dengan infrastruktur Huawei dan Awan Awam Huawei
  • Temenos dan Huawei akan bersama-sama memasuki pasaran dengan penawaran perkhidmatan kewangan utama dalam awan untuk memacu kebolehskalaan, kecekapan operasi, masa ke pasaran, dan inovasi
  • Temenos mengukuhkan kepemimpinannya dalam awan dengan menyampaikan perisiannya kepada semua pembekal awan awam utama

GENEVA, Switzerland dan SHANGHAI, China, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Semasa Sidang Kemuncak Kewangan Pintar 2021 Huawei, Huawei dan Temenos, syarikat perisian perbankan, mengumumkan kerjasama untuk menawarkan penyelesaian perbankan teras natif awan Temenos di Awan Awam Huawei. Temenos ialah perisian perbankan teras pertama yang diperakui dengan infrastruktur Huawei dan Awan Awam Huawei.

Secara geografi, perkongsian ini meliputi Asia dengan tumpuan khusus terhadap China dan ia juga termasuk Afrika, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Perkongsian ini menggabungkan kekuatan pengehosan awan, pelaksanaan, dan penyepaduan Huawei yang luas dan kuasa perisian perbankan Temenos yang terkemuka dalam industri. Skop perkongsian ini meliputi jualan dan pemasaran, pelaksanaan dan latihan.

Huawei dan Temenos Umum Perjanjian Perkongsian Teknologi
Huawei dan Temenos Umum Perjanjian Perkongsian Teknologi

Institusi kewangan akan dapat memodenkan sistem perbankan teras mereka di Awan Huawei dan mendapat faedah daripada kebolehskalaan, kos dan kecekapan operasi yang elastik. Bersama-sama, Temenos dan Huawei akan membantu bank dari semua saiz untuk memasuki pasaran dengan lebih cepat, membuka model perniagaan baharu, dan mencapai nisbah kos/pendapatan yang terkemuka dalam industri.

Kedua-dua syarikat telah menunjukkan kejayaan dan mempunyai sejumlah pelanggan sedia ada dan projek yang berjaya di APAC. Dua syarikat ini telah menyaksikan tarikan pasaran yang ketara dan memiliki sejumlah prospek baharu yang sedang diusahakan. Temenos dan Huawei akan bersama-sama memasuki pasaran dengan memberi tumpuan terhadap China dan bergerak ke lebih banyak wilayah dengan proses pemasaran dan jualan yang selaras.

Temenos dan Huawei memiliki jangkauan yang luas dalam pasaran perkhidmatan kewangan global. Lebih daripada 3,000 institusi perbankan dan kewangan di seluruh dunia, melayani keperluan perbankan untuk 1.2 bilion orang, bergantung kepada teknologi natif awan yang mengutamakan API Temenos. Huawei juga bekerjasama dengan lebih daripada 2,00 institusi kewangan di seluruh dunia, termasuk 47 daripada 100 bank utama di dunia.

Permintaan yang semakin berkembang untuk model berasaskan awan telah dipercepatkan semasa pandemik coronavirus, kerana bank memerlukan proposisi teknologi yang lebih lasak dan tangkas. Awan telah menjadi kaedah pelaksanaan perisian yang kukuh untuk bank yang mengutamakan digital yang perlu dilancarkan dengan cepat dengan kos infrastruktur IT yang minima. Bank-bank yang lebih besar semakin beralih kepada awan untuk terus memodenkan sistem mereka, mengurangkan kerumitan IT dan kos dan dapat memasuki pasaran dengan lebih pantas.

Philip Barnett, President Pertumbuhan Strategik, dan Anggota Jawatankuasa Eksekutif Temenos, berkata: "Kami gembira dapat memperluaskan kepimpinan kami dalam awan dan menjadi yang pertama diperakui oleh Huawei. Strategi memasuki pasaran bersama dengan Huawei ini akan mempercepatkan penembusan pasaran kami secara besar-besaran di China yang mewakili kira-kira USD 6 bilion pasaran yang boleh ditangani dan kami akan berkembang ke Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Bersama-sama, kami akan membantu bank yang mengutamakan digital serta bank besar yang memerlukan pemodenan teras mempercepatkan peralihan mereka ke awan. Penyelesaian perbankan teras natif awan yang mengutamakan API kami yang berasaskan kepada Awan Huawei akan memberikan kefleksibelan, ketangkasan, keanjalan, dan mempercepatkan masa ke pasaran untuk bank. Pensijilan kami dengan Awan Huawei menunjukkan bahawa platform perbankan agnostik awan kami membolehkan bank meneruskan strategi berbilang awan dan memiliki peringkat ketahanan aktif-aktif dengan pembekal awan pilihan mereka."

"Huawei bersedia untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi penyelesaian teknologi yang terkemuka industri yang cekap seperti Temenos. Ekosistem digital ialah tempat di mana semua peserta mencipta dan berkongsi nilai bersama. Dengan memperkukuhkan perkongsian, kami dapat menyelesaikan masalah dan mencipta nilai untuk pelanggan bersama-sama, mengembangkan bahagian, dan membuka ruang pertumbuhan baharu untuk industri kewangan," kata En. Ma Yue, Naib Presiden Eksekutif, Huawei Enterprise Business Group (EBG); Presiden, Pembangunan Rakan Kongsi Global dan Jualan EBG Huawei.

Sidang Kemuncak Kewangan Pintar 2021 Huawei diadakan di Shanghai dari 3 Jun ke 4. Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei ialah acara ICT global yang dihoskan oleh Huawei dan memberi tumpuan kepada industri kewangan. Ia ditubuhkan dalam tahun 2013, semua peserta ialah golongan elit dalam industri kewangan. Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak FSI Global Huawei, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/2021-event-fsi-summit/en /index.html

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts