omniture

Pembinaan Ekologi Industri Hidrogen GWM Rangsang Revolusi Tenaga Baharu

GWM
2021-06-07 10:10 182

BAODING, China, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pada bulan lalu, GWM menamatkan ujian botol III jenis 70MPa untuk teknologi hidrogennya. Yang menandakan satu lagi kejayaan teknikal yang dibuat oleh syarikat dalam industri kuasa hidrogen setelah strategi tenaga hidrogen dilancarkan pada bulan Mac, dan banyak hasil aplikasi teknologi dan produk tenaga hidrogen yang inovatif dibawakan oleh anak syarikat GWM FTXT ke Shanghai Auto 2021 pada bulan April.

Pembinaan ekologi industri hydrogen GWM rangsang revolusi tenaga baharu
Pembinaan ekologi industri hydrogen GWM rangsang revolusi tenaga baharu

Pada masa ini, ekonomi dan industri tenaga global memasuki "era penyahkarbonan", dan menjimatkan tenaga dan melindungi alam sekitar telah menjadi trend global. Dalam konteks ini, tenaga hidrogen dianggap sebagai tenaga bersih dengan potensi pembangunan yang paling banyak dalam abad ke-21. Berikutan trend ini, GWM berusaha untuk memecahkan halangan teknologi teras, mengaitkan rantaian industri hiliran dan huluan dan mempercepatkan promosi tenaga hidrogen secara komersial dengan membina ekologi rantaian bekalan antarabangsa yang menyepadukan hidrogen "penghasilan-penyimpanan-pengangkutan-pengisian-aplikasi". Di samping itu, syarikat ini juga telah melancarkan penyelesaian pandangan penuh "sistem kuasa hidrogen" yang bertaraf dunia yang memenuhi peraturan kenderaan- Teknologi L.E.M.O.N- Hidrogen, yang merupakan teras teknikal bagi strategi tenaga hidrogen GWM dan salah satu daripada barisan teknologi asas GWM untuk platform L.E.M.O.N. Penyelesaian ini meliputi sistem sel bahan bakar hidrogen, sel bahan bakar dan lapisan elektrik, sistem penyimpanan hidrogen yang di pasang di kenderaan, dan komponen utama. Menurut rancangan semasa GWM, SUV pertama di dunia dengan sel bahan bakar hidrogen Kelas C dicipta berasaskan kepada Teknologi Hidrogen- L.E.M.O.N akan dilancarkan pada tahun ini, dan ia akan menyokong perbatuan daya tahan sehingga 840km.

Sebagai perusahaan auto Cina yang pertama dalam Majlis Hidrogen, GWM mula menubuhkan pasukan R&D bertaraf dunia untuk tenaga hidrogen, sistem sel bahan bakar dan teknologi kenderaan pada awal tahun 2016 dan pasukan ini terdiri daripada golongan elit industri dari Jerman, UK, Korea, Jepun, USA dan China. Pada masa yang sama, GWM telah membentuk landskap R&D yang merangkumi 7 negara dan 10 wilayah di Eropah, Amerika Utara dan Asia, membentuk asas yang kuat untuk inovasi industri tenaga hidrogennya. Bagi tujuan memenuhi permintaan seluruh R&D rantaian perindustrian, GWM telah melaburkan sejumlah RMB 2 bilion dan dalam tempoh 3 tahun akan datang, akan menambah RMB 3 bilion lagi ke dalam sektor R&D tenaga hidrogen, untuk mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 set dan menjadi syarikat terkemuka dalam sektor ini.

Sesuai dengan keperluan untuk karbon rendah dan perlindungan alam sekitar, dan berpandukan konsep "pelaburan berlebihan" dalam R&D, GWM terus mengukuhkan pembangunan teknologi tenaga hidrogen, teknologi bateri kuasa tenaga baharu dan teknologi bersih masa hadapan yang lain, memenuhi tanggungjawab sosial dan alam sekitarnya dengan aktif, dan melayani pengguna di seluruh dunia berdasarkan kepada kepada konsep perjalanan "hijau + pintar". Ia bertujuan untuk mewujudkan ekologi rantaian perindustrian yang mesra alam, dan "membina masyarakat lestari dan indah dengan tenaga hidrogen".

 

 

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation