omniture

Huawei Capai Piawaian Simpanan Tenaga Paling Ketat di Dunia Diperakui oleh TUV Rheinland

Huawei
2021-06-07 11:01 103

SHANGHAI, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Di SNEC 2021, sistem penyimpanan tenaga (ESS) rentetan pintar Huawei untuk kegunaan kediaman, LUNA2000, menerima sijil 2PfG 2511 dan VDE-AR-E 2510-50 daripada TUV Rheinland, penyedia perkhidmatan pengujian dan pensijilan yang berpangkalan di Jerman. Li Weichun, Ketua Global Segmen Perniagaan Elektronik Kuasa dan Pengurus Besar Produk Solar & Komersial Rantau Besar China di TUV Rheinland dan Zhou Tao, Naib Presiden Huawei Smart PV hadir di upacara penganugerahan.


Jerman merupakan pasaran penyimpanan tenaga yang penting di Eropah dan menerajui dunia dalam aplikasi penyimpanan tenaga, kawalan kualiti dan penyelidikan & pembangunan (R&D). Piawaian penyimpanan tenaga 2PfG 2511 dirangka dan dikeluarkan oleh TUV Rheinland dan piawaian sistem penyimpanan tenaga VDE-AR-E 2510-50 dikeluarkan oleh VDE, merupakan piawaian pertama yang menjalankan penilaian komprehensif terhadap sistem penyimpanan tenaga. Piawaian-piawaian berkenaan meliputi kebanyakan risiko keselamatan yang terlibat dengan sistem penyimpanan tenaga dan menetapkan keperluan teknikal serta keadaan ujian yang ketat dari segi keselamatan elektrik, keselamatan bateri, keserasian elektromagnet, keselamatan fungsi, pengurusan tenaga, keselamatan pengangkutan dan kesan terhadap alam sekitar. Hasilnya, piawaian ini dapat memastikan hanya sistem penyimpanan tenaga yang selamat dan berkualiti tinggi dibenarkan untuk menembusi pasaran.

Siri LUNA2000 (LUNA2000-15-S0, LUNA2000-10-S0, LUNA2000-5-S0), direka bentuk untuk menjadi sistem modular, memberi tumpuan pada keselamatan fungsi komponen pengurusan elektrik, bateri, prestasi, BMS, EMS dan termanya. Justeru itu, siri ini boleh disesuaikan untuk pelbagai pengguna dan juga pasaran. Siri produk LUNA2000 Huawei bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran Jerman dan EU yang lain, tetapi layak untuk menembusi pasaran lain di dunia.

"Huawei ialah sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri PV pintar dan penyimpanan tenaga. Produk-produknya telah mencapai pensijilan sistem penyimpanan tenaga 2Pfg 2511 dan VDE-AR-E 2510-50 serta melepasi piawaian pensijilan yang paling ketat di dunia. Ini bererti bahawa Huawei kini secara rasminya telah dapat menangani ambang kemasukan pasaran penyimpanan tenaga yang paling mencabar di dunia," kata Li Weichun, Ketua Global Segmen Perniagaan Elektronik Kuasa dan Pengurus Besar Produk Solar & Komersial Rantau Besar China di TUV Rheinland di upacara tersebut semasa berlangsungnya SNEC.

"Jerman memiliki piawaian yang sangat tinggi dari segi aplikasi dan pengkomersialan penyimpanan tenaga dan piawaiannya adalah jauh lebih ketat berbanding piawaian di wilayah-wilayah lain. Memandangkan Huawei telah memperoleh pensijilan ini, memberi akses ke pasaran Jerman, pengembangan pasaran global kami kini dapat maju ke hadapan pada kadar yang lebih pantas. Ia turut menonjolkan satu lagi pencapaian penting dalam perkongsian kami," ujar Zhou Tao, Naib Presiden Huawei Smart PV dalam ucapan beliau.

Pada masa akan datang, Huawei akan terus bekerjasama dengan TUV Rheinland untuk menggabungkan pengalaman antarabangsa termaju dengan pasaran di China dan meningkatkan lagi kerjasama mendalam mereka untuk pasaran penyimpanan tenaga utama seperti Eropah, China dan Jepun.

Latar Belakang Huawei

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities