omniture

Rockwell Automation Melancarkan Perkhidmatan LifecycleIQ(TM) Bagi Membantu Syarikat Industri Di Asia Pasifik Mencapai Potensi Baru.

Portfolio perkhidmatan profesional yang diperluas menggabungkan pengetahuan dan teknologi tinggi untuk memenuhi keperluan secara menyeluruh di nilai rantaian industri dan meningkatkan kelestarian perniagaan.
Rockwell Automation
2021-06-08 15:07 184

MILWAUKEE, 8 June 2021 /PRNewswire/ -- Untuk membantu syarikat-syarikat pelanggan berinovasi dengan lebih pantas dan meningkatkan kecekapan semasa era digitalisasi, Rockwell Automation mengembangkan keupayaan perkhidmatan dan penyelesaiannya dengan melancarkan jenama baru: Perkhidmatan LifecycleIQ™ (LifecycleIQ™ Services).

Jenama baru ini membolehkan pelanggan kami berinteraksi dengan teknologi dan para profesional yang terlatih di Rockwell Automation bagi meningkatkan prestasi syarikat mereka dan melihat semula apa yang mungkin berlaku di dalam nilai rantaian industri mereka.

Perkhidmatan LifecycleIQ™ (LifecycleIQ™ Services) ini menyediakan perkongsian transformatif yang diperlukan dan diharapkan oleh pelanggan pada hari ini. Dengan menggabungkan teknologi digital dan pengetahuan manusia yang luas, perkhidmatan tersebut dapat membantu syarikat pelanggan beroperasi dengan lebih cekap, lebih pintar dan lebih tangkas pada setiap peringkat dalam kitaran perniagaan mereka. Perkhidmatan ini dapat membantu pelanggan menyedari kehebatan Connected Enterprise® pada peringkat rancangan reka bentuk, operasi, dan penyelenggaraan di fasiliti 'greenfield' dan 'brownfield'.

"Perkhidmatan LifecycleIQ™ (LifecycleIQ™ Services) mencipta model penglibatan pelanggan yang lebih erat, yang bukan sahaja dapat membantu syarikat menyelesaikan masalah, tetapi juga dapat melihat kemungkinan baru dalam produksi dan mengubahnya menjadi kenyataan," kata Frank Kulaszewicz, Naib Presiden Kanan, Lifecycle Services di Rockwell Automation. "Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan holistik untuk membantu syarikat pelanggan kami menjadi lebih produktif, terjamin dan selamat dalam mana-mana kitaran produk, proses ataupon kitaran hidup loji/kilang".

Inbavanan Rathinam, Pengarah Kanan, Solutions & Services, Asia-Pasifik di Rockwell Automation berkata "Satu cabaran yang dihadapi oleh banyak pemain industri di Asia-Pasifik adalah bagaimana untuk menggunapakai teknologi pembuatan pintar dengan cepat sambil mengintegrasikan peralatan dan mesin lama mereka dengan lancar. Perkhidmatan LifeCycleIQ™ dapat membantu mengatasi keperluan yang tidak terpenuhi ini secara holistik, yang membolehkan perusahaan lebih bersedia pada masa hadapan dengan menggabungkan ketangkasan dan fleksibiliti, baik dalam infrastruktur mahupun proses.

"Memacu kecekapan terus menjadi elemen yang semakin penting bagi perniagaan di setiap sektor di rantau ini, dengan perhatian yang semakin meningkat terhadap operasi yang mampan. Perkhidmatan LifeCycleIQ™ membolehkan pelanggan kami merancang dan menservis setiap aspek kilang dengan lebih baik, bermula dari reka bentuk hinggalah kepada operasi yang selamat, memungkinkan pengurangan penggunaan tenaga, mengurangkan pembaziran dan memaksimumkan pengeluaran "

Syarikat industri boleh menggunakan Perkhidmatan LifecycleIQ™ (LifecycleIQ™ Services) untuk mencapai hasil seperti :

Memperoleh lebih nilai daripada inisiatif transformasi digital

Inisiatif digital memang sukar untuk dimulakan kerana kebanyakan syarikat tidak tahu langkah apa yang harus diambil atau dari mana hendak dimulakan. Dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman dalam Perkhidmatan LifecycleIQ™(LifecycleIQ™ Services), syarikat pelanggan dapat merancang, melaksana dan meningkatkan inisiatif digital mereka secara strategik.

Sokongan boleh dimulakan dengan menentukan objektif strategik, mengenalpasti "use cases" dan menentukan nilai perniagaan. Rockwell Automation kemudian dapat terus menyokong pelanggan melalui pelaksanaan, penyelenggaraan dan inovasi berterusan.

Mengurangkan risiko dengan sokongan keselamatan siber yang komprehensif

Keselamatan siber adalah keutamaan utama hari ini, namun begitu hanya sebilangan kecil syarikat yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan keselamatan teknologi maklumat dan teknologi operasi (IT / OT). Rockwell Automation mempunyai kelengkapan yang unik untuk menangani cabaran keselamatan yang kompleks di dalam persekitaran IT / OT. Rockwell Automation memahami persekitaran OT dan bagaimana ia berinteraksi dengan IT serta mengikuti standard keselamatan industri.

Perkhidmatan LifecycleIQ™ (LifecycleIQ™ Services) dapat membantu pelanggan menggunapakai pendekatan keselamatan siber yang proaktif dan menangani keseluruhan kontinum serangan - sebelum, semasa dan sesudah suatu serangan siber. Memandangkan semakin banyak syarikat pelanggan menghubungkan kilang mereka dengan pekerja mereka secara jarak jauh(remote workers) dan rakan kongsi teknologi seperti pengeluar peralatan asal (OEM), Rockwell Automation dapat membantu melindungi sambungan tersebut dengan akses jarak jauh yang selamat dan juga perkhidmatan penilaian postur keselamatan jaringan.

Meningkatkan sokongan tenaga kerja

Syarikat pelanggan memerlukan cara baru untuk menyokong tenaga kerja mereka ketika menghadapi cabaran pandemik dan kekurangan tenaga kerja mahir yang disebabkan oleh persaraan tenaga kerja terlatih dan kemasukan teknologi baru. Kebanyakan syarikat memerlukan sokongan tenaga kerja sementara mereka berusaha untuk memanfaatkan teknologi IioT.

Perkhidmatan LifecycleIQ™ (LifecycleIQ™ Services) dapat membantu syarikat menangani cabaran jurang tenaga kerja mereka yang unik dengan menilai keperluan, mengenal pasti keutamaan dan seterusnya mewujudkan program pembangunan tenaga kerja. Rockwell Automation juga menggunakan keupayaan sokongan jarak jauh (remote support) dan teknologi 'augmented reality' untuk membantu pelanggan berinteraksi secara maya dengan jurutera sokongan (support engineer), memantapkan kemahiran dengan latihan maya, dan menyediakan perkhidmatan keselamatan dan sekuriti tanpa menghantar kakitangan ke loji/kilang.

Bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, Perkhidmatan LifecycleIQ™ (LifecycleIQ™ Services) juga memperkenalkan kaedah baru untuk pelanggan menerima pelbagai perkhidmatan dalam satu kontrak. Perjanjian Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Service Agreement), membolehkan pelanggan memilih pakej perkhidmatan untuk mempermudah keperluan sokongan mereka dengan hanya mempunyai satu nombor untuk dihubungi bagi mendapatkan khidmat pakar. Pelanggan boleh mendapatkan sokongan teknikal secara 24x7, perkhidmatan membaikpulih, mendapatkan laporan dan analitik, perkhidmatan lapangan dan banyak lagi; semuanya dalam satu kontrak bersepadu.

Mengenai Rockwell Automation 

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), adalah peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, menjadikan dunia lebih mampan dan produktif. Ber-ibu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 24,000 kakitangan, yang menjadi penyelesai masalah pelanggan kami di lebih dari 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menghidupkan Connected Enterprise® di seluruh perusahaan industri, sila lawati www.rockwellautomation.com.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation High Tech Security New products/services