BEIJING, 8 Jun 2021 /PRNewswire/ -- China Global Television Network (CGTN) melancarkan lagu dan video muzik rasmi The Media Challengers – kempen globalnya untuk memberi tumpuan pada penyampai, wartawan dan pempengaruh yang sedang meningkat naik – pada hari Isnin.
Berjudul "The Media Challengers," lagu berdurasi empat minit ini menampilkan penyampai berita CGTN iaitu Ji Xiaojun, Tian Wei, Wang Guan, Eva May, Kui Yingchun dan Zhou Heyang.
Empat 'vlogger' dan pempengaruh yang telah mengumpul kumpulan peminat yang besar di seluruh dunia turut menyertai kru CGTN untuk mempersembahkan lagu tersebut: Shaun Gibson dari UK, Anzelika Smirnova dari Latvia, Ju Ju dari Wilayah Sichuan barat daya China dan Malik Naibi dari Beijing.
Melambangkan impian anak muda dalam mengejar impian mereka, melodi yang riang dan ceria mendorong pencipta kandungan dari serata dunia untuk menyertai pasukan CGTN yang pelbagai dan bertaraf antarabangsa.
Pendaftaran untuk kempen bakat The Media Challengers ditutup pada lewat Jun 2021, serta barisan mentor dan peserta yang terpilih kemudiannya akan diumumkan. Sebelum kempen ini berakhir pada September 2021, CGTN akan mengadakan proses pemilihan melalui video dalam talian dan rancangan realiti yang diadakan secara jarak jauh dan secara langsung.
Peserta-peserta yang disenarai pendek akan menyertai bank bakat global CGTN dan menerima latihan profesional. Bakat-bakat yang menunjukkan persembahan terbaik akan menerima tawaran untuk bekerja sebagai pekerja sepenuh masa atau separuh masa di ibu pejabat Beijing CGTN atau biro-biro antarabangsanya di Washington D.C., London serta Nairobi dan juga akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam program-program khas CGTN antara tahun 2021 dan 2022.
Pembaca berita CGTN [Kiri-Kanan] Wang Guan, Kui Yingchun, Tian Wei, Ji Xiaojun, Zhou Heyang, Eva May. /CGTN)