omniture

SSENSE memperoleh pelaburan minoriti daripada Sequoia Capital yang menilai syarikat tersebut melebihi $5 bilion

SSENSE
2021-06-09 13:35 1

Kerjasama ini akan mempercepat rancangan pertumbuhan global untuk SSENSE, sebuah platform terkemuka untuk fesyen dan Everything ElseTM.

MONTREAL, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- SSENSE, sebuah platform terkemuka untuk fesyen dan Everything ElseTM, hari ini mengumumkan bahawa syarikat ini telah menerima pelaburan minoriti daripada firma pelaburan tersohor Sequoia Capital, yang memberikan nilai perusahaan pascawang kepada syarikat melebihi CAD 5 bilion.


Ini merupakan pusingan pertama pembiayaan luaran dalam sejarah 18 tahun syarikat ini. Hasil daripada urus niaga ini akan digunakan untuk memacu strategi pertumbuhan global syarikat dengan lebih cepat. Berikutan urus niaga tersebut, Angelica Cheung, Rakan Kongsi Usaha Niaga Sequoia Capital China akan menyertai Ahli Lembaga Pengarah SSENSE.

Rami Atallah, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif SSENSE berkata: "SSENSE ditubuhkan berdasarkan prinsip-prinsip konvensyen yang mencabar dan menggunakan platform kami untuk bersuara secara lantang yang mengubah cara kami melihat dunia. Saya berasa sukacita kerana dikelilingi oleh pelbagai pasukan bertaraf dunia yang sentiasa menyumbang kepada kejayaan SSENSE yang berterusan. Kami telah menemui rakan kongsi yang sehaluan yang berkongsi kepercayaan kami dalam melangkaui sempadan ketika kami mengorak langkah ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya. Bersama-sama, saya yakin kami akan mengukuhkan asas-asas strategik, operasi dan teknologi untuk mencapai cita-cita berani kami."

Neil Shen, Pengelola Sequoia Capital, Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan Sequoia Capital China berkata: "Kami teruja menjadi pelabur luar yang pertama dan bekerjasama dengan SSENSE. Di bawah kepimpinan adik-beradik Rami, Firas dan Bassel Atallah, SSENSE telah muncul sebagai salah satu platform fesyen dalam talian terkemuka yang menghubungkan jenama dengan pengguna Generasi Milenium dan Gen Z di seluruh dunia. Sequoia teruja untuk menyokong SSENSE dalam pengembangan global dan kemajuan China yang berterusan. Perkongsian ini melambangkan satu lagi langkah yang kukuh dalam usaha kami menyokong pendigitalan industri fesyen, mendukung pengasas berwawasan untuk mengubah dan meningkatkan pengalaman e-dagang fesyen global ke tahap baharu."

Rothschild & Co berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada SSENSE dalam urus niaga ini. Simpson Thacher & Bartlett LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada SSENSE.

TENTANG SSENSE 

SSENSE (disebut [es-uhns]) ialah platform teknologi global yang beroperasi di persimpangan budaya, komuniti dan perdagangan. Ditubuhkan bersama pada 2003 oleh adik-beradik Rami, Firas dan Bassel Atallah serta mempunyai ibu pejabat di Montreal, syarikat ini menampilkan gabungan jenama mewah yang mantap dan baru muncul yang meliputi rangkaian pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak serta keluaran Everything ElseTM .

SSENSE telah memperoleh pengiktirafan penting sebagai pendorong e-dagang dan pengeluar kandungan berlandaskan budaya. SSENSE menjana 100 juta tontonan halaman secara purata setiap bulan. Kira-kira 80% daripada khalayaknya berusia antara 18 hingga 40 tahun. Syarikat ini merupakan pegangan persendirian dan telah mencapai pertumbuhan dan keuntungan tahunan dua digit yang tinggi sejak penubuhannya.

TENTANG SEQUOIA CHINA 

Pasukan Sequoia membantu para pengasas yang berani membina syarikat-syarikat terkenal. Dengan bekerjasama dengan Sequoia, syarikat-syarikat memperoleh manfaat daripada komuniti kami yang tiada tandingnya berserta pengalaman selama 49 tahun. Sebagai "Usahawan di Sebalik Usahawan," Sequoia China menumpukan pada tiga sektor: TMT, pengguna/perkhidmatan dan penjagaan kesihatan. Sepanjang 16 tahun yang lalu, kami berpeluang bekerjasama dengan kira-kira 600 buah syarikat di China.

Sila hubungi:
Liela Toure
liela.toure@ssense.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1528638/ssense_ssense_secures_a_minority_investment_from_sequoia_capital.jpg?p=medium600

 

Source: SSENSE
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Venture Capital