omniture

Strategi Globalisasi GWM dipercepatkan pada Ulang Tahun ke-2 Kilang Tula di Rusia

GWM
2021-06-09 17:30 208

BAODING, China, 9 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 Jun menyaksikan ulang tahun kedua operasi kilang Tula GWM di Rusia. Sejak kumpulan pertama HAVAL F7, HAVAL F7x, HAVAL H9 dan model-model lain dikeluarkan secara besar-besaran, automobil berjenama HAVAL telah disenaraikan di kedudukan tinggi dari segi jumlah jualan selama bertahun-tahun dan HAVAL JOLION yang diluluskan baru-baru ini untuk dipasarkan turut menggamit perhatian ramai pengguna. Kesemua ini membuktikan bahawa kilang Tula telah menjadi model GWM dalam pasaran antarabangsa.

Kilang Tula merupakan kilang pembuatan kenderaan luar negara pertama bagi perusahaan automobil Cina, mencakupi empat proses pengeluaran utama: tekan tera, kimpalan, pengecatan dan pemasangan akhir. Pada peringkat awal pembinaan, bagi tujuan mempercepatkan penyetempatan, GWM membina secara khusus landasan kereta api khas untuk menghubungkan kilang ke jaringan jalan raya Rusia dan memperkenalkan proses pembuatan antarabangsa serta pengurusan kualiti dan langkah-langkah perlindungan terhadap alam sekitar bagi meningkatkan pewujudan kluster industri pembuatan automobil tempatan. Ketika ini, kilang tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 150,000 unit dan memastikan pengeluaran yang pintar, selamat dan cekap. Bahagian peralatan tekan tera diangkut menggunakan robot tujuh-paksi linear yang dikeluarkan oleh ABB di Sweden dan penekan mod berterusan oleh FAGOR di Sepanyol. Bengkel kimpalan dilengkapi dengan robot ABB dan sistem pengedaran automatik EMS dengan kadar automasi barisan kimpalan utama mencecah 100%. Barisan pemeriksaan bengkel pemasangan akhir menjalankan ujian kenderaan dengan ujian meja komprehensif Dürr di Jerman. Ia menunjukkan sepenuhnya pencapaian baharu bagi pengilangan automobil China. Tambahan pula, bagi membina rantaian bekalan global, GWM telah menubuhkan sebuah kilang enjin di kilang Tula dan merancang untuk menyediakan dan memasang enjin untuk kilang ini dalam lebih daripada 90% automobil HAVAL menjelang tahun 2022.  

Berdasarkan lokasi geografi yang unggul, kilang Tula boleh menghulurkan bantuan ke negara-negara jiran di Asia Tengah, Eropah Timur dan Eropah Utara yang signifikan untuk strategi globalisasi GWM dan akan menjadi nod penting bagi menghubungkan pasaran Asia serta Eropah. Di samping itu, baru-baru ini kilang Rayong GWM di Thailand mengumumkan rancangan untuk melancarkan 9 kenderaan baharu dalam tempoh 3 tahun akan datang, termasuk dua model HAVAL H6 dan ORA Good Cat yang laris terjual dan komited untuk mempromosikan Thailand sebagai pusat pembuatan automobil generasi baharu di rantau ASEAN serta memberi jaminan kukuh kepada GWM untuk menembusi pasaran automobil utama di dunia.

Strategi globalisasi GWM dipercepatkan pada Ulang Tahun ke-2 Kilang Tula di Rusia
Strategi globalisasi GWM dipercepatkan pada Ulang Tahun ke-2 Kilang Tula di Rusia

Penyempurnaan dan operasi ketiga-tiga kilang kenderaan luar negara berkenaan telah meletakkan asas yang kukuh buat GWM untuk mengembangkan lagi perniagaan globalnya. Pada masa akan datang, tatkala mempercepatkan strategi globalisasinya, GWM akan berusaha lebih giat lagi untuk membina imej baharu "Dicipta di China" bagi pihak jenama-jenama automobil Cina.

Source: GWM
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Mining/Metals Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation