omniture

Yili Lapor Kemajuan Mantap Perlindungan Biodiversiti dan Kelestarian di Acara Persediaan BBF 2021

Yili Group
2021-06-10 01:32 234

KUNMING, China, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pada 6 Jun 2021, Sekretariat Konvensyen Kepelbagaian Biologi (SCBD) dan Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China telah menganjurkan acara persediaan bagi Forum Perniagaan dan Biodiversiti (BBF) 2021 di Kunming, China dengan tema "Perjalanan perniagaan dan kewangan ke Kunming: Kami merupakan sebahagian daripada penyelesaian" ("The business and finance journey to Kunming: We are part of the solution"). Acara berkenaan berlangsung sebagai sebahagian daripada Persidangan PBB mengenai Kepelbagaian Biologi yang bertujuan untuk menghimpunkan kerjasama bagi berkongsi idea dan penyelesaian. Yili Group, pengeluar produk tenusu yang terbesar di Asia, mengeluarkan 2020 Annual Report on Biodiversity Conservation and 2020 Sustainability Report (Laporan Tahunan mengenai Pemuliharaan Biodiversiti 2020 dan Laporan Kelestarian 2020) di acara tersebut. Syarikat berkenaan telah melaporkan amalannya dalam kedua-dua bidang sejak tahun 2018.

Yili mengeluarkan Laporan Tahunan Pemuliharaan Biodiversiti 2020 dan Laporan Pembangunan Lestari di acara persediaan BBF 2021
Yili mengeluarkan Laporan Tahunan Pemuliharaan Biodiversiti 2020 dan Laporan Pembangunan Lestari di acara persediaan BBF 2021

Menangani perubahan iklim dan mencapai masa depan 'neutral-karbon' 

Mencapai "keneutralan karbon" dan "puncak emisi karbon" menjadi isu-isu penting berhubung kesejahteraan umat manusia. Setakat tahun 2010, Yili telah mengusahakan inventori karbon selama 11 tahun berturut-turut. Sebagai respons kepada SDG PBB 2030, Yili mencadangkan penyelesaian terhadap cabaran berhubung perubahan iklim global. Pada tahun 2019, Yili berjaya mengautomasikan inventori karbonnya dengan menggabungkan Garis Panduan IPCC (Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim) berhubung Inventori Gas Rumah Hijau Negara ke dalam sistem maklumat pengurusan EHSG miliknya sendiri selaras dengan Piawaian ISO14064. Yili telah dapat mengurangkan emisi CO2 sebanyak 6.51 juta tan dan menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 10.7 bilion kwj sejak 11 tahun yang lalu.

Melindungi kepelbagaian hidupan liar melalui penghijauan padang pasir

"Dengan asal usulnya di Mongolia Dalam, Yili mementingkan khususnya mengenai ekologi padang rumput," kata Su Yufeng, jurucakap Yili. Ekoran kemarau dan peragutan berlebihan yang kerap berlaku, Ar Horqin Banner di Mongolia Dalam menghadapi cabaran kemerosotan padang rumput dan penggurunan yang meluas. Bagi menangani masalah ini, Yili melancarkan model penanaman herba inovasi yang menggunakan amalan penanaman dan penternakan. Dengan pengeluaran tahunan sebanyak lebih daripada 40,000 tan rumput kering 'medick' dan oat berkualiti tinggi serta memelihara 46,000 mu (1 mu667 m2) padang rumput yang merosot, model tersebut menghasilkan foder kasar berkualiti untuk lembu tenusu sekali gus membasmi penggurunan dan membawa faedah sosial dan ekonomi yang penting kepada komuniti tempatan. Model ini membantu meningkatkan kadar liputan tumbuhan di kawasan-kawasan penting di padang rumput Ar Horqin Banner dengan ketara daripada kurang 10% pada tahun 2008 kepada lebih daripada 90% tahun ini.

Yili mengkhusus terhadap perlindungan tanah lembap dan penghutanan serta perlindungan habitat hidupan liar. Dalam projek pemantauan ekologi tanah lembap syarikat ini pada tahun lalu, sebanyak 16,526 spesies burung direkodkan di 39 stesen pemantauan di tiga kawasan simpanan alam semula jadi negara di Wilayah Jilin. Antara spesies yang direkodkan ini ialah burung yang terancam seperti Bangau Oriental, Burung Jenjang Kepala Merah dan Itik Baer yang digambarkan "lebih sukar ditemui berbanding Panda Gergasi" dan disenaraikan sebagai spesies terancam yang kritikal oleh IUCN (Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi).

Menggalakkan gaya hidup organik melalui pembungkusan mesra alam

Yili telah menjadi penyokong utama bagi gaya hidup organik dan mesra alam dengan menggalakkan pempakejan mesra alam. Bagi melindungi hutan yang didiami oleh hidupan liar, susu Satine Yili menggunakan pembungkusan yang diperakui FSC. Pada tahun 2020 sahaja, program ini berjaya menukarkan 185,500 mu hutan lestari menjadi hampir lima bilion bungkusan susu. Satine memperkenalkan penutup organik yang sebahagiannya diperbuat daripada tebu, sumber yang boleh dikitar semula dan boleh diperbaharui.

Di samping itu, Yili telah menubuhkan sistem pengurusan rantaian bekalan kitaran hayat, mengundang pembekal untuk membina rantaian industri yang bertanggungjawab demi masa depan mesra alam. Menjelang penghujung tahun 2020, 19 buah kilang Yili telah dikenal pasti sebagai "Kilang Mesra Alam" oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Survey, Polls & Research Trade show news