SINGAPURA, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) melancarkan AppsUP 2021, peraduan inovasi aplikasi tahunan globalnya hari ini. Edisi Asia Pasifik (APAC) tahun ini akan menyaksikan peserta-peserta dari seluruh rantau ini mempertaruhkan kemahiran dan bakat mereka untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai US$200,000. Pemohon-pemohon yang berminat boleh mendaftar penyertaan mereka mulai 10 Jun hingga 20 Ogos.
Huawei Mobile Services (HMS) melancarkan peraduan inovasi aplikasi AppsUP 2021 app dengan jumlah hadiah wang tunai US$200,000 untuk pemenang Asia Pasifik. Dari 10 Jun hingga 20 Ogos, para pembangun dalam rantau ini boleh mendaftar untuk peraduan melalui laman web rasmi (http://bit.ly/appsupapacpr). Aplikasi yang dihantar mestilah menyepadukan sekurang-kurangnya satu HMS Core Kit untuk layak.
Peraduan ini yang bertujuan untuk menginspirasikan dan menyokong pembangun bagi menerima pakai dan mengintegrasikan HMS Core Kits untuk mencipta aplikasi yang inovatif, akan dijalankan secara berasingan merentas lima wilayah termasuk APAC, Eropah, Amerika Latin, Tanah Besar China serta Timur Tengah dan Afrika.
Edisi APAC tahun ini akan menampilkan sepuluh kategori anugerah iaitu Aplikasi Terbaik, Permainan Terbaik, Anugerah Impak Sosial Terbaik, Anugerah Aplikasi Khas dan Anugerah Aplikasi Paling Popular; selain kategori-kategori baharu termasuk Anugerah Bintang Bersinar AppGallery, Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan Terbaik, Anugerah Inovasi HMS Core Terbaik, Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Wanita Teknologi. Dua puluh aplikasi cemerlang akan dipilih berdasarkan nilai sosial, nilai perniagaan, pengalaman pengguna dan juga daya pembaharuannya.
Shane Shan, Pengarah Perkhidmatan Awan Pengguna Huawei APAC berkata, "Di Huawei, kami percaya dengan pembinaan masyarakat digital yang bersifat inklusif sepenuhnya yang mana teknologi adalah untuk semua orang. Melalui platform, alat pembangunan dan sumber teknikal kami yang boleh dicapai, kami berharap dapat memperkasa semua peringkat pembangun supaya mereka dapat menonjolkan keupayaan mereka ke mata dunia. Justeru itu, menerusi AppsUP 2021, kami memiliki dua kali ganda bilangan kategori anugerah dengan anugerah baharu dicipta khas untuk mengiktiraf pembangun pelajar, pembangun wanita dan pembangun yang sedang meningkat yang masih baharu dalam ekosistem mudah alih HMS."
Sokongan Pembangun yang Menyeluruh
Selain daripada hadiah wang tunai, AppsUP 2021 menawarkan peluang untuk laluan yang dipercepatkan ke ekosistem mudah alih ketiga terbesar, menyediakan batu loncatan kepada pembangun untuk menembusi pasaran global. Dengan menyertai peraduan ini dan memasukkan aplikasi mereka ke AppGallery, ia menjadi landasan awal buat mereka untuk mengakses lebih 730 juta pengguna telefon pintar global Huawei dan juga meningkatkan pendedahan kepada rakan kongsi dan pelabur berpotensi.
Pembangun yang mengambil bahagian di APAC boleh mengharapkan rangkaian sokongan teknikal yang diperluas termasuk bengkel dengan bimbingan langsung daripada jurutera paling hebat Huawei dan hakim jemputan. Finalis juga boleh menikmati promosi media global dan peluang pemasaran bersama dengan Huawei.
Kelayakan dan Permohonan
AppsUP 2021 mengalu-alukan semua pembangun aplikasi mudah alih dan pemilik aplikasi sama ada pelajar, ahli profesional, syarikat pemula atau perniagaan untuk mengambil bahagian.
Pembangun haruslah berpangkalan di rantau APAC dan aplikasi yang diserahkan oleh mereka perlu disepadukan dengan sekurang-kurangnya satu HMS Core Kit agar layak. Peserta boleh menyertai peraduan ini secara individu atau secara berpasukan dengan maksima tiga orang ahli.
Untuk mendaftar AppsUP 2021, atau bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk jadual untuk bengkel akan datang dan panel hakim, sila kunjungi pautan di sini.[1]
*Pendaftaran akaun Huawei Developer baharu akan mendapat Kad Hadiah Grab Ride, daftar sekarang. Tempoh terhad sahaja, tertakluk kepada T&C[1].
[1] Tertakluk kepada terma-terma & syarat-syarat, sila rujuk laman sesawang AppsUP untuk butiran lanjut. |