omniture

CGTN: China tingkatkan perlindungan ekologi 'bumbung dunia'

CGTN
2021-06-10 21:52 1739

BEIJING, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Di sebalik landskap yang menakjubkan dan keharmonian yang hebat antara manusia dan alam semula jadi, Tasik Qinghai China, di bahagian timur laut Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, menceritakan sebuah kisah benar mengenai usaha yang tidak henti-henti oleh China bagi meningkatkan usaha perlindungan terhadap ekologi "bumbung dunia".

"Ekologi merupakan sumber, kekayaan dan khazanah kami," kata Presiden Cina Xi Jinping semasa memeriksa tasik tersebut sewaktu lawatan pemeriksaan beliau baru-baru ini di Wilayah Qinghai barat laut China.

Ketika mengakhiri pemeriksaan beliau pada hari Rabu, Presiden Xi menekankan keperluan untuk sentiasa mengutamakan rakyat dan memajukan reformasi dan dasar buka pintu untuk menggalakkan pemuliharaan ekologi dan pembangunan yang berkualiti tinggi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

Membawa manfaat kepada manusia dan alam semula jadi 

Mengulangi bahawa "perairan jernih dan gunung-ganang menghijau merupakan aset yang tidak ternilai," Presiden Xi berkata memelihara alam sekitar Qinghai ialah salah satu keutamaan tertinggi negara ini dan menyeru usaha perlindungan yang berkesan terhadap ekologi "tiang ketiga" di dunia ini.

Pada tahun 2008, Wilayah Qinghai melancarkan rancangan 10-tahun untuk perlindungan alam sekitar ekologi dan pengurusan komprehensif terhadap Lembangan Tasik Qinghai dengan jumlah pelaburan sebanyak 1.57 bilion yuan ($226 juta).

Sejumlah 800 hektar tanah lembap telah dipulihkan pada tahun 2018 dengan bilangan spesies burung di kawasan tasik meningkat daripada 164 pada tahun 1996 kepada 225 pada hari ini. Paras air Tasik Qinghai turut meningkat sebanyak 3.27 meter dalam tempoh 15 tahun.

Kawasan indah di Tasik Qinghai, yang digelar sebagai "tasik paling indah di China," menerima 4.42 juta pengunjung di tengah-tengah pandemik tahun lalu dengan pendapatan pelancongan tahunan mencecah 265 juta yuan ($41.5 juta), menurut pentadbiran tempatan.

Sungguhpun begitu, usaha telah dilakukan untuk mencari keseimbangan antara melindungi dan membangunkan kawasan simpanan semula jadi negara.

Kawasan indah di Bird Island telah ditutup pada tahun 2017, hanya meninggalkan tapak untuk pendidikan sains dan kemudahan pemantauan burung air. Kemudahan pelancong di Sand Island, satu lagi kawasan indah yang ditutup, turut dirungkas, manakala program rekreasi seperti aktiviti menunggang motosikal di pasir dan meluncur dilarang.

"Pencapaian dalam memulihara persekitaran ekologi Tasik Qinghai dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan harus dihargai, disatukan dan diperluas," kata Xi semasa kunjungan beliau.

Kluster taman negara di dataran tinggi 

Semasa melakukan pemeriksaan terkini, Presiden Xi turut memberitahu pegawai-pegawai tempatan untuk menggandakan usaha dalam membina sistem simpanan alam semula jadi yang "bertumpu pada taman negara, berdasarkan kepada kawasan simpanan semula jadi dan ditambah dengan pelbagai jenis taman semula jadi" untuk melindungi eko-persekitaran dan biodiversiti dengan lebih baik.

China telah mendorong pembinaan kluster taman negara bagi menambah baik persekitaran ekologi dataran tinggi.

Qinghai telah membina dua taman negara di sekitar Sanjiangyuan, pusat kepada air hulu sungai Yangtze, sungai Kuning dan sungai Lancang serta Pergunungan Qilian yang menyumbang sebanyak 52.2 peratus daripada kawasan simpanan semula jadi keseluruhan wilayah berkenaan dan 38.42 peratus daripada kawasan darat keseluruhan wilayah berkenaan.

Wilayah berkenaan turut menggiatkan usahanya untuk membina sebuah taman negara di sekitar Tasik Qinghai. Pakar-pakar meluluskan pelan induk untuk taman tersebut pada bulan Mei.

"Memulihara ekologi Dataran Tinggi Qinghai-Tibet ialah sumbangan terbesar untuk kelangsungan hidup dan pembangunan bangsa Cina," kata Xi semasa menyuarakan keazaman negara ini untuk membangunkan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet menjadi tanah tinggi negara malah antarabangsa dalam kemajuan ekologi.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-09/China-boosts-ecological-protection-of-roof-of-the-world--10XoEsZSIow/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Conservation/Recycling Environmental Issues