omniture

LONGi jamin kualiti produknya, bantu pelanggan capai prestasi kitaran hayat menyeluruh untuk loji PV mereka

LONGi Solar
2021-06-11 15:22 156

XI'AN, China, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Dengan kepakaran teknologi dan industri yang terkumpul sepanjang dua dekad yang lalu, LONGi memperkenalkan standard "Lifecycle Quality" ("Kualiti Kitaran Hayat") yang pertama dalam industri di SNEC 2021. Berdasarkan konsep "Mengutamakan nilai pelanggan", "LONGi Lifecycle Quality" akan memastikan agar produk LONGi akan berfungsi dengan andal sepanjang jangka hayatnya dan membantu pelanggan kami memperoleh pulangan pelaburan yang tinggi dalam seluruh kitaran hayat loji janakuasa PV mereka.


Di bawah konsep jenamanya iaitu "Mantap dan Andal, Kepimpinan Teknologi", LONGi komited untuk membantu pelanggan memperoleh nilai daripada loji janakuasa mereka sepanjang kitaran hayatnya melalui teknologi dan kualiti produk. Semasa berlangsungnya SNEC 2021, LONGi mendemonstrasikan bahawa teknologi, pengurusan dan nilai pelanggannya adalah melebihi dan melangkaui standard asas industri. Pelanggan akan berpeluang mengakses jaminan kualiti dan perkhidmatan yang andal dalam seluruh kitaran hayat loji janakuasa PV mereka.

Dari segi standard teknikal, LONGi mengukuhkan peranan utamanya melalui penandarasan teknikal berbilang dimensi. Berhubung standard pengurusan pula, BOM standard LONGi dan pemantauan keandalan yang ketat akan meliputi seluruh pengurusan kitaran hayat produknya. LONGi merupakan perintis dalam mengaplikasikan ujian terowong angin bagi mengesahkan reka bentuk modul. Kelajuan angin maksimum yang mencecah 60m/s telahpun diuji pada modul LONGi yang bersamaan dengan taufan Kategori 17. Dalam ujian hujan batu, LONGi memperbesar saiz ujian palet kepada lebih daripada 35mm untuk mengesahkan keandalan tinggi reka bentuk modul. LONGi menjamin kualiti produknya sepanjang seluruh kitaran hayat loji janakuasa PV pelanggan kami.   

Dalam peringkat reka bentuk loji janakuasa PV, pelanggan sebahagian besarnya memfokuskan untuk mengurangkn kos sistem dan meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa elektrik sistem dan prestasi keselamatan. LONGi dapat menawarkan produk berkecekapan tinggi kepada pelanggan yang boleh disesuaikan mengikut pelbagai keadaan dan menyediakan analisis komprehensif terhadap pemilihan modul optimum untuk aplikasi yang berbeza agar dapat memaksimumkan pendapatan pelaburan daripada loji janakuasa PV.

LONGi unveiled the industry’s first “Lifecycle Quality” standard at SNEC2021
LONGi unveiled the industry’s first “Lifecycle Quality” standard at SNEC2021

Apabila loji janakuasa memasuki fasa pembinaan, kapasiti pengeluaran modul global LONGi yang mencecah lebih daripada 50GW dapat menghapuskan kebimbangan pelanggan berhubung penyampaian produk. Di samping itu, sistem standard kualiti produk LONGi, yang menerajui keperluan asas industri, akan menjamin sepenuhnya keandalan produk demi penjanaan kuasa elektrik yang cekap dan stabil.

Dalam fasa operasi loji janakuasa, pelanggan mengalihkan fokus mereka terhadap jaminan kualiti produk, aliran pendapatan yang stabil daripada penjanaan kuasa elektrik, O & M sistem serta pengoptimuman loji janakasa. Sebagai aset operasi luar yang penting dengan jaminan 30 tahun, ketahanan dan keandalan loji janakuasa PV dalam seluruh kitaran hayat adalah amat penting untuk pelanggan.

Bermula daripada pelancaran Hi-MO N hinggalah keluaran pertama standard "LONGi Lifecycle Quality" untuk loji janakuasa dalam industri solar, LONGi sekali lagi memenangi perhatian dunia atas komitmennya yang "Mengutamakan nilai pelanggan" dan usahanya dalam mendorong peralihan tenaga global.

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news