omniture

Petal Search Bawakan Pengalaman Carian Intuitif dan Disesuaikan buat pengguna

Petal Search berkembang dengan ketara sepanjang tahun lalu untuk membantu penggunanya meneroka dunia secara lebih baik dengan ciri-ciri dipertingkat, pengalaman pengguna lebih baik dan lebih banyak titik akses
Huawei
2021-06-11 15:55 190

SHENZHEN, China, 11 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Sejak pelancarannya pada Mei 2020 yang lalu, Petal Search, telah melalui beberapa lelaran kemas kini dan mengembangkan seluasnya rangkaian keupayaannya untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada penggunanya di seluruh dunia.

Petal Search pada HUAWEI Mate 40 Series Dilancarkan
Petal Search pada HUAWEI Mate 40 Series Dilancarkan

Petal Search ialah enjin gelintar mudah alih berkuasa AI yang menjadikannya mudah untuk mencari hampir apa sahaja dalam talian, bermula daripada berita dan perkhidmatan berhampiran hinggalah tawaran membeli belah yang hebat, tawaran perjalanan dan banyak lagi.

Dalam jangka masa yang singkat iaitu hanya 12 bulan, Petal Search telah memenangi hati pengguna di mana-mana sahaja. Sebagai enjin gelintar natif Huawei Mobile Services (HMS), ia memanfaatkan teknologi inovatif dan perkongsian enjin gelintar Huawei serta membantu melonjakkan kumpulan pengguna dalam seluruh ekosistem HMS kepada lebih 730 juta pengguna Huawei merentas 170 negara dan wilayah di serata dunia, membantu pengguna mencari apa yang mereka perlukan daripada lebih 20 kategori termasuk membeli belah, perjalanan, berita dan banyak lagi.

Petal Search menyediakan keupayaan carian kognitif kepada penggunanya yang meningkatkan dengan ketara cara mereka meneroka dunia, memperkasa mereka untuk mencari semua yang mereka perlukan dengan mudah. Dedikasi terhadap penggunanya ini mencerminkan usaha berterusan enjin gelintar ini bagi memperkenalkan ciri-ciri dan keupayaan baharu sepanjang tahun lalu.

Strategi Semua-Senario '1+8+N' Bawakan Kebolehcapaian Lengkap

Sebagai sebahagian daripada strategi semua-senario '1+8+N' syarikat ini, pengguna Huawei juga dapat mengakses enjin gelintar melalui beberapa peranti – di Visions, tablet dan banyak lagi. Ini bererti pengguna dapat menikmati tahap keupayaan carian berkuasa yang sama tanpa mengira peranti pilihan mereka.

Petal Search
Petal Search

Di samping itu, kini Petal Search menyediakan perkhidmatan carian untuk Huawei Visions, membolehkan pengguna mencari baik kandungan tempatan mahupun dalam talian dengan mudah. Huawei akan terus berusaha ke arah memperkenalkan enjin gelintar tersebut kepada lebih banyak peranti lain dalam masa terdekat.

Petal Search Menawarkan Pengalaman Carian Semua-Dalam-Satu 

Huawei komited untuk menyampaikan pengalaman carian yang komprehensif melalui Petal Search, menawarkan kebebasan, pilihan dan kefleksibelan kepada pengguna untuk mencari apa yang mereka mahukan dengan cara yang mereka inginkan.

Bagi merealisasikan matlamat ini, Petal Search mengumpul maklumat daripada 20 vertikal dan bekerjasama dengan lebih 3,000 rakan niaga daripada pelbagai industri untuk merancang dengan teliti pengalaman carian yang dipenuhi dengan kandungan dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Hasil daripada kolaborasi ini, pengguna akan mendapati bahawa sama ada ia mencari peralatan latihan terkini atau hotel tempatan mewah untuk cuti inap, keputusan yang mereka perlukan terdapat di Petal Search.

Di samping itu, pengguna Petal Search boleh berkongsi pilihan mereka dengan enjin gelintar, bagi membolehkannya menyediakan mereka dengan cadangan yang disesuaikan hanya buat mereka. Ini bererti bahawa dengan setiap carian, Petal Search dapat memahami setiap pengguna dengan lebih baik untuk menyediakan keputusan yang semakin tepat dan relevan serta meningkatkan kecekapan carian.

Petal Search turut memperkenalkan keupayaan carian Visual dan Suara agar pengguna mempunyai lebih daripada satu cara untuk mencari apa yang mereka perlukan, meningkatkan kemudahan dan pengalaman keseluruhan dengan berlipat kali ganda.

Dengan Carian Visual, pengguna boleh mendapat keputusan yang relevan berdasarkan imej dan foto yang dikongsi, maka sementara imej biskut boleh memunculkan resipi atau kedai roti berdekatan, foto individu berpengaruh pula akan mengembalikan pautan ke laman membeli belah dengan pakaian yang tepat. Petal Search juga menawarkan ciri Carian Suara bebas tangan yang berguna khususnya apabila pengguna melakukan berbilang tugas. Maka, tanpa mengira sama ada pengguna mencari waktu operasi sebuah restoran dalam kereta atau menyemak ukuran bahan yang betul untuk resipi semasa membuat kek, Carian Suara menawarkan pengalaman Petal Search yang sama hebat kepada mereka untuk membantu memenuhi kehendak carian mereka.

Setempat dan Mudah Dengan tab 'Berhampiran' 

Di samping itu, kini pengguna boleh mencari tempat-tempat berhampiran seperti restoran, kedai dan perkhidmatan melalui tab 'Berhampiran' yang diperkenalkan baru-baru ini. Pengalaman carian ditingkatkan lagi dengan cadangan bermanfaat yang disesuaikan mengikut minat dan keutamaan pengguna, lalu membolehkan mereka melayari lokasi dan perkhidmatan teratas dengan cepat di kawasan berhampiran.

Bahkan, Petal Search merupakan teman yang baik untuk setiap pengguna ketika mereka bergerak aktif. Sama ada mencari kafe, pusat membeli belah ataupun tempat tarikan berhampiran, Petal Search akan dapat mengembalikan maklumat yang relevan kepada pengguna. Untuk memudahkan lagi proses membuat keputusan, enjin gelintar ini menawarkan gambaran seimbas lalu mengenai butiran yang diperlukan termasuk kedekatan, waktu beroperasi, ulasan keseluruhan daripada pengguna lain dan banyak lagi.

Tiada dua pengalaman Petal Search yang serupa 

Pengguna juga boleh berkongsi keutamaan mereka dengan Petal Search untuk menerima cadangan yang disesuaikan dan diperibadikan. Tab 'Petal Go' menawarkan akses gambaran keseluruhan mengenai maklumat yang relevan kepada pengguna seperti jadual dan bacaan yang disyorkan daripada dua kategori iaitu 'My Day' dan 'Moments'.

Selain itu, untuk menampung pelbagai keperluan pengguna dengan lebih baik di seluruh dunia, baru-baru ini Petal Search memperkenalkan beberapa ciri baharu dalam bentuk 'CARDS' untuk menyediakan kemudahan yang belum pernah disediakan sebelum ini bagi memperhebatkan gaya hidup digital pengguna seperti tempahan tiket, perkhidmatan CARD ekspres, kupon dan resipi. Kad-kad ini memberi maklumat tertentu dengan cara yang ringkas dan beraneka visualnya, bagi membolehkan pengguna melihat butiran yang mereka perlukan dengan sekali lihat.

Petal Search Mengkhusus untuk Pengalaman Carian Peribadi dan Selamat

Petal Search tetap berpegang kepada komitmennya untuk membantu pengguna di seluruh dunia mencari apa yang dicari oleh mereka dan merancang dengan teliti kandungan berkualiti tinggi, kesemuanya sambil memastikan data pengguna selamat, peribadi dan terjamin. Alat carian natif HMS membawa kelebihan bersama teknologi sekuriti dan keselamatan berasaskan perkakasan dengan standard privasi tiada tandingan yang ditetapkan oleh enjin gelintar privasi-mengikut-reka-bentuk Eropah yang terkemuka.

Petal Search diperakui dengan perlindungan data ePrivacyseal dan pematuhan GDPR. Di samping itu, enjin gelintar ini mematuhi dasar, undang-undang dan peraturan sekuriti di setiap negara yang menyediakannya, memastikan bahawa privasi pengguna dilindungi.

Di samping itu, Petal Search turut menawarkan fungsi Carian Selamat untuk memaparkan keputusan carian dengan selamat kepada pengguna serta memaklumkan pengguna mengenai sumber maklumat bagi memastikan hanya keputusan yang sahih dipaparkan. Pengguna boleh memilih antara tiga tetapan – ketat, sederhana atau nyahdaya – untuk memaparkan hanya keputusan yang memenuhi kehendak setiap tahap dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Huawei terus meningkatkan Pengalaman Carian Semua-dalam-Satu Petal Search untuk Pengguna dan Rakan Kongsi

Petal Search pada HUAWEI Vision
Petal Search pada HUAWEI Vision

Petal Search komited untuk meningkatkan pengalaman carian Semua-dalam-Satu baik untuk pengguna mahupun rakan kongsi, menumpukan pada beberapa hala tuju penting untuk membangunkan Petal Search generasi seterusnya. Ini termasuk memperhalusi keputusan carian melalui penyempatan selanjutnya serta mengkontekskan istilah carian berdasarkan tingkah laku pengguna untuk membawa pengalaman carian yang lebih disesuaikan secara menyeluruh.

Enjin gelintar ini juga akan berusaha untuk memperkasa pengalaman carian dengan teknologi AI bagi memudahkan keputusan carian yang lebih pantas dan lebih tepat merentas carian Vertikal, Visual, Sosial, Suara dan Bantuan. Huawei juga akan meninjau untuk membawa Petal Search ke lebih banyak medium melangkaui carian web, termasuk format seperti teks-ke-imej, video, AR/VR dan banyak lagi.

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Product Recalls