omniture

Dataiku Perkenal Integrasi Dengan Snowflake untuk Mendayakan Sokongan terhadap Fungsi Data Maju

Dataiku juga mengumumkan penyertaan dalam Snowpark, pengalaman pembangun baharu daripada Snowflake
Dataiku
2021-06-11 19:15 243

NEW YORK, 11 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Dataiku, platform AI Perusahaan yang paling maju di dunia, hari ini mengumumkan satu integrasi dengan Snowpark dan fungsi takrifan pengguna (UDF) Java Snowflake, pengalaman pembangun baharu untuk Snowflake, berikutan pengumuman kedua-duanya di Sidang Kemuncak Snowflake. Dengan menambah sokongan untuk fungsi takrifan pengguna (UDF) Java yang kini disokong oleh Snowflake, Dataiku meneruskan kepemimpinannya dalam pengiraan tolak turun; dengan Snowpark, Snowflake dan Dataiku akan mendayakan jurutera data, saintis data, dan pembangun yang memilih bahasa lain untuk memanfaatkan keupayaan platform Snowflake yang kuat dan faedah Awan Data Snowflake.

Dengan integrasi UDF Java, pengguna Dataiku kini dapat memanfaatkan Snowflake dengan lebih baik untuk lebih banyak operasi – pengguna persediaan data visual kini dapat menolak turun pengiraan lebih banyak resepi visual ke enjin Snowflake, dan penskoran juga dapat berlaku secara langsung di Snowflake. Kedua-dua bidang kemudiannya dapat memanfaatkan skala Snowflake yang elastik, dan dengan itu organisasi dapat beroperasi pada set data yang lebih besar, bekerja dengan lebih pantas, dan hanya membayar untuk apa yang mereka perlukan. Tolak turun juga meminimakan pergerakan data supaya data kekal dalam Snowflake, yang meningkatkan keselamatan data dan mengurangkan kerisauan pematuhan. Dengan Snowpark, pengguna juga akan dapat melihat peningkatan dalam fungsi perkhidmatan dan lebih banyak akses untuk para pembangun – supaya lebih ramai pembangun dalam perusahaan dapat membina perkhidmatan untuk berinteraksi dengan perkhidmatan Snowflake, sambil memanfaatkan kebanyakan platform Dataiku untuk analitik maju pada skala.

"Dataiku telah direka untuk memanfaatkan kuasa mengira platform data secara natif. Pelancaran Snowpark & UDF Java Snowflake membolehkan kami untuk memperluaskan sokongan tolak turun sedia ada kami daripada SQL untuk fungsi yang lebih maju dalam persediaan data dan pemarkahan ramalan secara langsung di Snowflake. Ini memberikan pengguna kami keupayaan untuk mengoptimumkan pemprosesan aplikasi AI mereka di Snowflake," kata JC Raveneau, Pengarah Kanan, Pengurusan Produk di Dataiku.

"Snowflake kini dikenali kerana prestasi, kebolehskalaan, dan keserentakannya. Sebelum Snowpark dan UDF Java, interaksi dengan Snowflake kebanyakannya adalah melalui SQL," kata Isaac Kunen, Pengurus Produk Kanan di Snowflake. "Fungsi ini membolehkan pengguna mencipta dan mengurus lebih banyak aliran kerja secara keseluruhan dalam Awan Data Snowflake, tanpa memerlukan sistem pemprosesan tambahan – memajukan misi Snowflake untuk menggerakkan data dunia, dan memberikan keupayaan kepada lebih ramai pengguna untuk mencapai wawasan data yang berkuasa dengan Awan Data Snowflake. Bekerjasama dengan Dataiku, sebuah syarikat yang berkongsi visi untuk mendemokrasikan wawasan data, akan memberi faedah kepada pelanggan bersama dengan penyelesaian analitik yang boleh diakses dan bersepadu."

Snowpark dan UDF Java sedia untuk pratonton untuk pelanggan Snowflake dan akan tersedia untuk pratonton awam tidak lama lagi.

Latar Belakang Dataiku

Dataiku  ialah platform AI dan pembelajaran mesin yang terkemuka di dunia, menyokong ketangkasan dalam usaha data organisasi melalui AI yang kolaboratif, elastik, dan bertanggungjawab, semuanya pada skala perusahaan. Beratus-ratus syarikat menggunakan Dataiku untuk menyokong operasi perniagaan utama mereka dan memastikan mereka kekal relevan dalam dunia yang berubah, yang merangkumi model yang mendorong pengesanan penipuan, pencegahan pulangan pelanggan, penyelenggaraan ramalan, pengoptimuman rantaian bekalan, dan banyak lagi. Dataiku dibina untuk syarikat-syarikat yang berhasrat untuk mendemokrasikan AI di seluruh organisasi mereka, membawakan ketangkasan dan kebersediaan kepada perniagaan melalui penggunaan data oleh semua orang daripada penganalisa hinggalah kepada saintis data.

Source: Dataiku
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics