omniture

Johnson Controls Sokong Seruan untuk G7 Percepatkan Peralihan Adil

Johnson Controls
2021-06-14 08:34 115
  • WEF Alliance of CEO Climate Leaders menghantar surat terbuka kepada G7 menggesa pemecutan ke arah sifar bersih
  • Tindakan berani diperlukan di seluruh sektor awam dan swasta
  • Johnson Controls berkata syarikat-syarikat bersedia "bergerak pantas" dan meningkatkan pelaburan ke arah masa depan lestari

CORK, Ireland, 12 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Johnson Controls (NYSE: JCI), peneraju global untuk bangunan yang pintar, sihat dan lestari, telah menyertai seruan untuk tindakan pada malam menjelang Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Cornwall, UK. Memberi sokongan kepada surat terbuka yang dikeluarkan oleh Alliance of CEO Climate Leaders, Johnson Controls menggesa G7 dan pemimpin-pemimpin global yang lain untuk mempercepatkan peralihan yang adil dalam perlumbaan menuju sifar bersih dan daya tahan iklim, selain menyeru komitmen, dasar dan tindakan yang berani untuk menggelakkan impak perubahan iklim yang paling teruk.

Johnson Controls Logo

Perikatan tersebut, iaitu sebuah kumpulan tidak rasmi yang dibantu oleh Forum Ekonomi Dunia, yang mana Johnson Controls merupakan ahlinya, ialah komuniti terbesar yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif di dunia yang komited terhadap tindakan iklim – mewakili 21 negara dan 13 industri dengan pendapatan tergabung mencecah $2.4 trilion. Dalam suratnya kepada G7, ia menyatakan bahawa trajektori semasa untuk emisi gas rumah hijau membawa dunia menuju "hasil semasa dan tidak dapat diubah" dan berkata bahawa hanya berbaki lima bulan sebelum COP26 pada bulan November, "tindakan berani" dalam sektor-sektor swasta dan awam diperlukan.

"Kita tidak boleh berlengah-lengah lagi dalam menangani perubahan iklim. Teknologi telahpun wujud hari ini yang dapat meletakkan kita dengan kukuh di laluan menuju sifar bersih menjelang tahun 2050. Kita sedia maklum bahawa penyahkarbonan bangunan merupakan sebahagian daripada penyelesaian memandangkan bangunan mewakili kira-kira 40% daripada emisi global. Pengurangan pembaziran tenaga daripada bangunan juga dapat menjimatkan wang, maka sememangnya wajar untuk mempercepatkan tindakan," kata George Oliver, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Johnson Controls. "Sidang Kemuncak G7 merupakan peluang yang sangat penting untuk negara-negara kaya menunjukkan kepimpinan yang diperlukan, namun ia perlukan usaha kolektif. Kerajaan-kerajaan boleh mempercepatkan tindakan selanjutnya daripada syarikat-syarikat, perniagaan-perniagaan bersedia untuk bergerak pantas dan meningkatkan pelaburan bagi mewujudkan masa depan lestari."

Surat Perikatan tersebut menyatakan bahawa ahli-ahlinya telah menyatakan komitmen yang jelas dan berusaha untuk mengubah perniagaan mereka menuju sifar bersih. "Kolaborasi yang lebih besar antara perniagaan dan kerajaan bagi mencapai cita-cita sifar bersih kita dapat membantu mempercepatkan proses ini demi faedah ekonomi dan masyarakat kita," menurutnya.

Johnson Controls telahpun menetapkan sasaran pengurangan emisi yang bercita-cita tinggi yang diluluskan baru-baru ini oleh Science Based Targets Initiative - sebuah organisasi bebas yang menilai dakwaan kelestarian korporat. Sebagai sebahagian daripada komitmen kelestarian alam sekitarnya, Johnson Controls menyasarkan untuk menurunkan emisi operasi sebanyak 55 peratus dan mengurangkan emisi pelanggan sebanyak 16 peratus sebelum tahun 2030. Platform OpenBlue untuk mengoptimumkan kelestarian bangunan akan menjadi tumpuan bagi memenuhi matlamat ini dan akhirnya mewujudkan persekitaran untuk orang yang sihat, tempat yang sihat dan planet yang sihat.

Syarikat ini turut menyertai kempen Business Ambition for 1.5°C dan merupakan penandatangan The Climate Pledge, satu inisiatif pemimpin-pemimpin perniagaan yang bersama-sama diasaskan oleh Amazon dan Global Optimism. Para penandatangan ikrar tersebut menyatakan komitmen untuk mencapai emisi karbon sifar bersih menjelang tahun 2040 - sepuluh tahun menjelang matlamat Perjanjian Iklim Paris.

Johnson Controls terus menjalankan kepimpinannya dalam tindakan iklim melalui Business Roundtable, dengan George Oliver menyertai organisasi ini sebagai kursi Jawatankuasa Tenaga & Alam Sekitar pada bulan Januari. Business Roundtable ialah sebuah persatuan yang terdiri daripada ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat yang terkemuka di Amerika. Jawatankuasa Tenaga & Alam Sekitarnya berdedikasi untuk memajukan dasar yang menggalakkan inovasi dan menyokong masa depan yang lestari dari segi alam sekitar dan ekonomi.

Sebagai peneraju bagi bidang bangunan selama lebih daripada 135 tahun, Johnson Controls telah menjadi perintis dalam kelestarian. Ia tersenarai dalam 12 peratus teratas syarikat-syarikat kepimpinan iklim di seluruh dunia oleh CDP dan baru-baru ini dinamakan sekali lagi dalam Senarai Penerima Kehormat World's Most Ethical Companies® dan salah sebuah Syarikat Paling Lestari Global 100 Corporate Knights.

Klik di sini untuk butiran penuh mengenai surat terbuka Alliance of CEO Climate Leaders kepada G7. Untuk membaca lebih lanjut mengenai komitmen Johnson Controls terhadap kelestarian, sila kunjungi: https://www.johnsoncontrols.com/corporate-sustainability/environment

Latar Belakang Johnson Controls:

Di Johnson Controls (NYSE:JCI) kami mengubah persekitaran di tempat orang ramai menetap, bekerja, belajar dan bermain. Sebagai peneraju global bagi bangunan pintar, sihat dan lestari, misi kami adalah untuk memperbaharui prestasi bangunan demi menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai, tempat dan planet ini.

Dengan sejarah inovasi selama lebih daripada 135 tahun, Johnson Controls menyampaikan rangka tindakan masa depan untuk industri-industri seperti rawatan kesihatan, sekolah, pusat data, lapangan terbang, stadium, pengilangan dan selanjutnya melalui penawaran digital komprehensifnya, OpenBlue. Dengan pasukan global yang terdiri daripada 100,000 pakar di lebih 150 negara, Johnson Controls menawarkan portfolio terbesar di dunia bagi teknologi bangunan, perisian serta penyelesaian perkhidmatan bersama beberapa nama yang paling dipercayai dalam industri ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols di Twitter.

Source: Johnson Controls
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Environmental Policy Trade show news