omniture

Huion Perkenal Barisan Baharu Tablet Pen, RTS-300, RTM-500 dan RTP-700 Inspiroy

Huion
2021-06-15 14:00 221

SHENZHEN, China, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Huion, salah satu pengeluar dan penyedia terbesar Tablet Grafik Digital dan Paparan Pen, mengumumkan tiga Tablet Pen baharu, iaitu RTS-300, RTM-500 dan RTP-700 Inspiroy. Dengan reka bentuk baharu, licit berkilat dan prestasi berkualiti tinggi, Tablet Pen baharu ini akan meningkatkan ciptaan digital dan memperkasa aliran kerja profesional dan peribadi sesiapa sahaja yang menjadi pengguna.

Inspiroy RTS-300/RTM-500/RTP-700
Inspiroy RTS-300/RTM-500/RTP-700

 

Inspiroy RTS-300/RTM-500/RTP-700
Inspiroy RTS-300/RTM-500/RTP-700

Reka bentuk luar

Berserta ruang kerja aktif yang ditera dengan titik bersinar-sinar untuk mengenal pasti ruang melukis dengan mudah, tablet baharu ini mempunyai penutup seakan-akan kertas yang meningkatkan geseran antara ruang kerja dan mata pen dengan ketara, menjadikan pengalaman melukis terasa lebih realistik berbanding sebelum ini. Disediakan dengan warna-warna berbeza termasuk Cosmo Black, Blossom Pink, Solar Orange dan Twilight Blue, tablet yang nipis dan kompak ini boleh dibawa ke mana-mana untuk tindakan pasang-dan-pakai yang pantas.

Prestasi lebih baik demi pengalaman pengguna yang memuaskan

Selain daripada penampilan untuk tablet ini, Pen PW400 baharu dicipta untuk Siri RT Inspiroy. Pen digital tanpa bateri, PW400 mempunyai mata pen yang lebih tahan lama dan stabil dengan kadar laporan 300 PPS, menjadikan tablet ini sebagai tablet Huion yang memberi respons terpantas setakat ini. 8192 tahap kepekaan tekanan dan sokongan kecondongan ±60° juga boleh digunakan dengan pen PW400.

Reka bentuk berfokuskan manusia untuk memenuhi keperluan berbeza dengan lebih baik

Dicipta dengan mengutamakan semua pengguna, bermula daripada pendidik dalam talian yang menulis persamaan melalui Zoom hinggalah penggemar seni yang ingin berkongsi karya seni mereka melalui media sosial, tablet pen ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin memberi sentuhan peribadi kepada kehidupan digital mereka. Kekunci Tekan / Sentuh Boleh Disesuaikan (dengan Jalur Sentuh pada RTM-500 dan RTP-700) menjadikan penyuntingan lebih mudah dan lebih cekap, memandangkan pengguna boleh memprogram pintas mereka yang paling kerap digunakan kepada kekunci bagi mencapai aliran kerja yang lancar dan diperkemas. Kesemua tablet boleh disesuaikan sama ada untuk penggunaan tangan kanan atau tangan kiri. Di samping itu, tablet pen ini juga serasi dengan peranti yang menggunakan Windows 7 atau lebih baharu, macOS 10.12 atau lebih baharu dan Android 6.0 atau lebih baharu. Tablet mesti dihubungkan kepada peranti yang serasi sepanjang masa untuk berfungsi.

Sebagai produk khas untuk saluran runcit sahaja, tablet pen ini boleh dibeli daripada penjual runcit disahkan Huion di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai tablet pen ini, sila kunjungi www.huion.com.

Source: Huion
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail New products/services