omniture

China Unicom dan ZTE laksanakan ujian komersial pertama industri ke atas Penyelesaian Pengorkestraan Rangkaian Radio Pintar

ZTE Corporation
2021-06-15 14:49 1483

SHENZHEN, China, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), pembekal penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna antarabangsa yang utama untuk internet mudah alih, dan China Unicom telah melaksanakan ujian komersial untuk Penyelesaian Pengorkestraan Rangkaian Radio Pintar yang pertama dalam industri, dengan pengorkestraan pengguna dan rangkaian, di Dalian, China. 

Pada awal tahun 2021, ZTE melancarkan Penyelesaian Rangkaian Radio Pengorkestraan Pintar pertama dalam industri, yang berdasarkan kepada visi ZTE dan usaha untuk pembangunan rangkaian 5G. Dikuasakan oleh kecerdasan natif stesen pangkalan, penyelesaian ini meningkatkan pengalaman pengguna dengan cara pengorkestraan pengguna dan rangkaian, memenuhi keperluan yang lebih pelbagai bagi kedua-dua perkhidmatan B2B dan B2C.

Keputusan menunjukkan bahawa pengorkestraan pengguna dapat mencapai peningkatan dalam pengalaman pengguna 5G dan nisbah camping 5G. Nisbah pengguna daya pemprosesan rendah paut naik NR dikurangkan sehingga 50% sementara penangguhan penyerahan dikurangkan sebanyak 50% dan nisbah camping 5G meningkat dengan ketara.

Tambahan lagi, apabila perkongsian spektrum dinamik 4G/5G dihidupkan, pengorkestraan rangkaian dapat melaraskan konfigurasi spektrum secara automatik menurut keperluan lalu lintas. Purata daya pemprosesan pengguna 5G meningkat sebanyak 20%-130% penyesuaian kepada konfigurasi spektrum, sementara jumlah dan lalu lintas pengguna 4G tetap tidak terjejas. Ini memberikan kemungkinan-kemungkinan baharu kepada peningkatan pengalaman pengguna NR dan pemudahan O&M dalam senario perkongsian spektrum dinamik 4G/5G.

Sehingga kini, ZTE dan China Unicom telah mencapai kemajuan besar dalam pelbagai bidang rintis inovasi. Sebagai contoh, ZTE memenangi Anugerah Penyelesaian Kecemerlangan Tahunan ICT China 2020 untuk penyelesaian perkongsian yang berasaskan teknologi rantaian bloknya yang dipercayai dalam senario perkongsian RAN 5G, dan telah dianugerahkan Anugerah Amalan Terbaik untuk Rangkaian 5G dan Koordinasi Terminal untuk rangkaian peribadi altitud rendah 5Gnya.

Bergerak ke depan, ZTE dan China Unicom akan berkolaborasi lebih jauh dengan satu sama lain dalam pengorkestraan rangkaian radio pintar bermula dengan standard, produk dan perkhidmatan hinggalah kepada memudahkan aplikasi penyelidikan, pembangunan dan komersial, bertujuan untuk membina rangkaian 5G dengan pengalaman pengguna dan kecekapan rangkaian yang dipertingkatkan.

Hubungan Media: 
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment