omniture

Risen Energy Perkenal NewT@N di SNEC 2021, Modul Kuasa Berkecekapan Tinggi 700W Dikeluarkan Secara Besar-besaran Pertama dalam Industri

Modul NewT@N perkasa revolusi tenaga hijau global dan membawakan era pelepasan sifar bersih
Risen Energy Co., Ltd
2021-06-15 15:02 161

NINGBO, China, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Di tengah-tengah kesesakan SNEC 2021, Risen Energy Co., Ltd ("Risen Energy"), pengeluar Tahap 1 yang terkemuka bagi produk fotovoltan solar berprestasi tinggi, menarik perhatian pempamer dan hadirin dengan pelancaran NewT@N, modul solar pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran dalam industri dengan output sehingga 700W.

Dilancarkan pada 3 Jun, modul NewT@N menandakan ketibaan era PV 7.0 dan menjanjikan prestasi yang lebih stabil dan penjanaan kuasa yang lebih tinggi dalam satu wafer silikon bersaiz 210mm. NewT@N ialah nama singkat daripada teknologi Penerowongan osida/amorfus-Si Baharu (@) Jenis-N (New Tunneling oxide/amorphous-Si (@) N-type). '@' bermaksud gabungan pasif oksida (o) dan amorfus-Si (a). Melalui teknologi NewT@N, Risen Energy dapat menyelesaikan isu kadar gabungan semula permukaan yang tinggi sel PERC tradisional pada kawasan logam yang meningkatkan kecekapan Voc dan sel. NewT@N ialah contoh terkini bagaimana Risen Energy memanfaatkan teknologi modulnya yang terkemuka dalam industri untuk memenuhi peningkatan permintaan global untuk revolusi tenaga hijau dan melaksanakan peranannya untuk mencapai matlamat pelepasan sifar bersih.

"Tatkala dunia meneruskan perjalanannya menuju masa depan neutral karbon, kapasiti tenaga hijau terpasang berkembang pada kadar yang pesat. Ratusan syarikat baharu telah muncul dalam pasaran, dan industri PV sedang berdepan dengan lonjakan peluang dan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini. Di Risen Energy, institusi penyelidikan saintifik peringkat nasional dan makmal yang diperakui di peringkat antarabangsa kami telah membolehkan kami berada di barisan hadapan transformasi ini. Dengan modul PV terkini kami yang berasaskan kepada platform wafer silikon 210mm, kami dapat mengurangkan kos per kilowatt-jam dengan berkesan, menjana pendapatan tertinggi untuk pelanggan sebaik mungkin, dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon global," kata Syarikat.

Modul solar berkuasa tinggi 700W NewT@N menggunakan teknologi canggih, seperti penghirisan sel solar setengah potongan tanpa musnah, busbar berbilang (MBB) dan pembungkusan berkepadatan tinggi, untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan risiko keretakan dan titik panas sel dengan berkesan. Tambahan lagi, modul ini menggabungkan kelebihan, dan melengkapi, kedua-dua teknologi sel solar TopCon dan HJT generasi akan datang. Hasilnya, NewT@N menawarkan keseluruhan kecekapan modul sebanyak 22.5 peratus, dengan kos yang terkawal di bawah standard pengeluaran besar-besaran.  

NewT@N juga ialah contoh yang menyerlah bagi siri voltan rendah berarus tinggi baharu Risen Energy. Produk voltan rendah, seperti wafer silikon bersaiz 210mm, dapat membawa beban yang lebih tinggi dan menyimpan lebih banyak kapasiti terpasang. Berdasarkan kepada anggaran yang dibandingkan dengan modul bersaiz 182mm tradisional dengan output 540W, NewT@N meningkatkan penjanaan kuasa dan mengukuhkan prestasi dengan ketara sambil mengurangkan kos. Modul ini memberikan pengurangan sebanyak 6.6 peratus dalam ruang lantai dan 29.63 peratus peningkatan dalam kapasiti terpasang – mengurangkan keseluruhan kos BOS antara 6.68 dan 8.95 peratus, dan kos LCOE antara 4.84 dan 6.16 peratus. 

Dengan era PV 7.0 yang semakin hampir, pelancaran NewT@N bersedia untuk mendorong industri menuju ke tahap baharu. Menuju masa depan, Risen Energy akan terus memanfaatkan teknologi penerajunya untuk terus mengikuti perkembangan dengan outlet penjanaan kuasa semasa, mempromosi pengurangan kos LCOE, dan akhirnya memberikan faedah yang lebih besar kepada pelanggan. Pada masa yang sama, syarikat akan terus melabur dalam R&D untuk memenuhi keperluan revolusi tenaga hijau dan membawa era pelepasan sifar bersih global.

Latar Belakang Risen Energy

Risen Energy ialah pengeluar produk fotovoltan solar berprestasi tinggi dan pembekal penyelesaian perniagaan lengkap untuk penjanaan kuasa yang bertaraf kredit "AAA", Tahap 1, yang terkemuka di peringkat global. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara awam pada tahun 2010, membawakan penjanaan nilai untuk pelanggan globalnya. Inovasi komersial teknologi, yang disokong oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, menggolongkan penyelesaian perniagaan PV Solar lengkap Risen Energy antara yang paling berkuasa dan berkesan kos dalam industri. Dengan kehadiran pasaran setempat, dan status kebolehbankan kewangan yang kuat, kami komited, dan mampu, membina kolaborasi strategik dan saling bermanfaat bersama rakan kongsi kami, ketika bersama-sama kami memanfaatkan nilai tenaga hijau yang semakin meningkat.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news