KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Jenama pembayaran antarabangsa UnionPay telahpun bekerjasama dengan penyedia tempat letak kenderaan tanpa tunai terkemuka Sonicboom Solutions Sdn Bhd untuk melancarkan Frictionless Parking kepada pelanggan GoPayz UnionPay untuk meletakkan kenderaan di bandar tanpa menggunakan wang tunai, kad atau mengambil tiket letak kenderaan. UnionPay telah menjadi rangkaian pembayaran global pertama yang mendayakan Frictionless Parking di Malaysia dan di Asia Tenggara.
Dengan pelancaran ini, meletakkan kenderaan di Desa Sentul Commercial Park dan Metro Point Complex di kawasan Lembah Klang benar-benar menjadi lancar memandangkan pelanggan GoPayz UnionPay hanya perlu mendaftar maklumat plat nombor kereta mereka dalam aplikasi GoPayz untuk menikmati kemudahan meletakkan kenderaan tanpa tunai dan tanpa sentuh di kedua-dua lokasi ini. Ini bererti pemandu dapat memasuki struktur letak kenderaan dengan mudah - pemandu tidak perlu mengambil tiket letak kenderaan apabila masuk ke gantri tempat letak kenderaan, memandangkan sistem tersebut dapat mengecam secara automatik plat nombor kereta pra-daftar semasa masuk. Jalan keluar dari tempat letak kenderaan juga akan menjadi pantas dan mudah memandangkan pemandu tidak perlu mencari mesin bayaran automatik, Kod QR untuk mengimbas atau membayar menggunakan tunai atau kad memandangkan caj meletakkan kenderaan yang bergantung pada penggunaan sebenar akan ditolak secara automatik daripada Kad Maya UnionPay dalam aplikasi GoPayz. Caj tersebut akan muncul pada masa sebenar dalam sejarah transaksi aplikasi GoPayz untuk mendapatkan resit.
Frictionless Parking menggunakan teknologi Pengecaman Plat Nombor Sonicboom, satu senario penggunaan di UnionPay International Content & Service Platform (UCSP) yang mana apabila memasuki tempat letak kenderaan, plat nombor kenderaan akan dirakam secara automatik dan dicam semasa keluar. Pembayaran untuk bayaran letak kenderaan akan hanya ditolak daripada akaun UnionPay pra-daftar mereka berdasarkan bayaran letak kenderaan sebenar yang dikenakan.
"Selaras dengan usaha untuk membawa perkhidmatan pembayaran yang lebih lancar, bersepadu dan mudah kepada pelanggan kami, UnionPay International dengan sukacitanya bekerjasama dengan Sonicboom dan GoPayz untuk memperkenalkan Frictionless Parking kepada pelanggan Malaysia kami. Kami percaya bahawa Frictionless Parking akan meningkatkan pengalaman pembayaran untuk pelanggan kami terutamanya pengguna Malaysia yang sibuk yang sentiasa aktif. Pada masa depan, kami berharap dapat memperkenalkan lebih banyak senario penggunaan di bawah UCSP untuk meningkatkan lagi pengalaman pembayaran mudah alih," kata Huiming Cai, Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara
Selain daripada perintis Frictionless Parking ini, UnionPay juga bekerjasama dengan Sonicboom untuk mengaktifkan kemudahan meletakkan kenderaan UnionPay Contactless di lokasi-lokasi seluruh Kuala Lumpur, termasuk Tun Razak Exchange 106 (TRX), Pavilion Shopping Mall, Plaza Arkadia, Desa Park City, The Majestic Hotel dan merancang untuk berkembang ke lebih banyak tapak dalam tempoh dua tahun akan datang. Pada masa depan, pelanggan UnionPay akan dapat meletakkan kenderaan di sekitar Klang Valley hanya dengan melambai kad UnionPay mereka semasa masuk dan keluar. Tanpa surcaj dan pra-kebenaran, semua orang boleh menikmati kemudahan meletakkan kenderaan tanpa tunai.
"Sonicboom gembira dapat bekerjasama dengan UnionPay International untuk membawa teknologi Frictionless Parking kepada pemandu Malaysia. Teknologi ini benar-benar memperkasa pemandu di sini untuk meletakkan kenderaan tanpa sebarang masalah. Mendayakan pembayaran tanpa sentuh untuk UnionPay di tempat letak kenderaan adalah sangat munasabah semasa pandemik ini, ia bukan sahaja mengurangkan penggunaan tunai, tetapi juga mewujudkan pengalaman memandu yang mesra alam dan selamat," kata Desiree Chow, Ketua Bahagian Komunikasi dan Perkongsian, Sonicboom Solutions Sdn Bhd.
Mengulas mengenai pelancaran teknologi Frictionless Parking baharu serta Cashless Parking, Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, U Mobile Sdn Bhd berkata, "GoPayz by U Mobile berbesar hati untuk bekerjasama dengan UnionPay International dan Sonicboom untuk membolehkan pelanggan menjadi antara yang pertama di Malaysia menikmati dan mengalami teknologi Frictionless Parking. GoPayz adalah segala-galanya mengenai pendayaan perkhidmatan kewangan digital dan gaya hidup yang berpatutan, boleh dicapai dan inklusif, maka inisiatif terkini ini benar-benar sejajar dengan matlamat berkenaan. Pengguna GoPayz kini sememangnya wajar untuk menggunakan kad UnionPay maya mereka dalam kehidupan harian mereka."
UCSP mengintegrasikan pelbagai senario pembayaran mudah alih ke dalam ekosistem pembayaran mudah alih, meningkatkan pengalaman pembayaran pengguna untuk pembelian harian. Senario penggunaan termasuk transit, tempat letak kenderaan, faedah, kupon, bayaran balik cukai dan lain-lain.
Sila klik di hiperpautan di bawah untuk melihat bagaimana Frictionless Parking berfungsi:
https://fb.watch/62Z-iHyz8T/