omniture

Hubung Kecerdasan Industri Dengan Cekap, Nilai Baharu Bersama-sama: Huawei Lancar AirFlash Microwave

Huawei
2021-06-15 19:49 417

SINGAPURA, 15 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei melancarkan penyelesaian perusahaan AirFlash Microwave jalur-penuh. Penyelesaian ini berupaya untuk menyediakan sambungan tanpa wayar dengan daya pemprosesan tinggi pada semua jalur mikrogelombang dalam pelbagai jenis senario vertikal termasuk dalam sektor kerajaan, pendidikan, rawatan kesihatan, Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP), pengangkutan dan tenaga.

Sebagai salah satu daripada tiga sistem komunikasi yang selari dengan gentian optik dan satelit, komunikasi tanpa wayar jalur lebar mikrogelombang menyokong akses pantas ke sejumlah besar tapak maklumat dengan lebar jalur beratus-ratus Mbit/s dan penghantaran pengagregatan tulang belakang sehingga 20 Gbit/s. Menghapuskan keperluan terhadap kejuruteraan gentian dan kabel yang rumit, mikrogelombang dapat digunakan di sebarang rupa bumi dan mempunyai lebar jalur tinggi dengan kos penggunaan talian yang rendah, berserta penyesuaian perkhidmatan rangkaian persendirian yang fleksibel. Sememangnya mikrogelombang boleh dianggap sebagai "gentian optik udara" halimunan.

Dalam industri-industri vertikal, aplikasi menjadi semakin pintar dan dipacu maklumat: ini memerlukan rangkaian pembawa mempunyai kapasiti besar, liputan luas, keselamatan tinggi dan keandalan tinggi. Penyelesaian AirFlash Microwave Huawei membolehkan perusahaan untuk menampung keperluan berkenaan dengan mudah. Oleh yang demikian, ia merupakan cara yang baik untuk mencapai sambungan tanpa wayar berkapasiti besar di kawasan-kawasan di mana gentian dan sambungan berwayar yang lain adalah mahal, memakan masa untuk dibangunkan dan sukar diselenggara.

Upacara pelancaran menghimpunkan lebih daripada 693 rakan kongsi dan pelanggan daripada pelbagai industri di rantau Asia-Pasifik untuk berkongsi pandangan mengenai "Menghubungkan Kecerdasan Industri Dengan Cekap" melalui penyelesaian mikrogelombang Huawei.

Penyelesaian Perusahaan Air Flash Microwave Jalur-penuh Huawei
Penyelesaian Perusahaan Air Flash Microwave Jalur-penuh Huawei

Denver Zhang, Naib Presiden Jabatan Pemasaran & Penjualan Penyelesaian Tanpa Wayar Huawei Enterprise Business Group (EBG), merumuskan trend pembangunan yang berlaku dalam industri mikrogelombang. En. Zhang menyatakan: "Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2021 di Shanghai, Global System for Mobile Communications Association (GSMA) mengeluarkan Laporan Evolusi dan Spektrum Angkut Balik Mikrogelombangnya, menekankan peranan penting dan hala tuju teknikal mikrogelombang. Bagi perusahaan dengan infrastruktur gentian optik yang lemah, mikrogelombang merupakan penyelesaian terbaik untuk mengimbangi kos, masa pelancaran perkhidmatan dan prestasi rangkaian."

En. Zhang turut menggariskan cara Huawei menggalakkan kemajuan industri mikrogelombang. Setiap tahun, Huawei melabur kira-kira 12% daripada pendapatan mikrogelombang dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta membina sebuah pasukan yang mantap dengan lebih daripada 1100 kakitangan R&D mikrogelombang yang berdedikasi di seluruh dunia. Sepanjang tujuh tahun yang lalu, Huawei terus menerajui pasaran mikrogelombang dengan jitu lantaran komitmennya terhadap inovasi yang berterusan. Tahun lalu, bahagian pasaran mikrogelombang global Huawei mencecah 27.45%. Di samping itu, Huawei terus menyumbang kepada ekosistem mikrogelombang, membina rantaian industri dan ia membantu mewujudkan pakatan penghantaran Gelombang milimeter (mmWave) yang telah berkembang daripada 9 anggota pengasas kepada 45 anggota hari ini.

Brandon Wu, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Huawei Asia-Pacific EBG, menekankan keperluan segera untuk sambungan yang cekap bagi menangani impak pandemik yang berterusan. Penyelesaian perusahaan Mikrogelombang AirFlash Huawei menyokong penggunaan yang pantas dan menjimatkan kos serta mudah dikendalikan dan diselenggara merentas pelbagai senario industri. Justeru itu, ia boleh digunakan secara meluas untuk menyediakan liputan jalur lebar kepada pengguna di kawasan terpencil, kampung, sekolah dan kawasan kediaman. Bahagian pasaran mikrogelombang Huawei melebihi 30% di Asia-Pasifik dan produk jalur-penuh yang terkini akan memperluaskan lagi pilihan untuk industri-industri bagi memenuhi keperluan sambungan jalur lebar tanpa wayar.

Penyelesaian Perusahaan AirFlash Microwave Huawei Tingkatkan Liputan Jalur Lebar untuk Kediaman, Perusahaan, Sekolah dan Tempat Kerja Kerajaan Jarak Jauh

Harry Zhang, Pengurus Pemasaran Kanan untuk Microwave Huawei menjelaskan mengenai keupayaan produk dan senario aplikasi penyelesaian AirFlash Microwave.

  • Dalam penyelesaian sambungan jalur lebar tanpa wayar: Perangkaian Titik ke Titik (PTP) dan Titik ke Berbilang Titik (PTMP) yang fleksibel menyokong pemasangan jejak-sifar, sesuai untuk menyediakan penghantaran angkut balik yang cepat dan stabil.
  • Dalam penyelesaian pemindahan data kereta-api-ke-darat yang inovatif: Berdasarkan teknologi tanpa wayar 5G, produk mmWave menyediakan daya pemprosesan maksimum 1.7 Gbit/s, dengan sambungan automatik penuh untuk muat naik data raya kereta api ke pejabat pusat darat.
  • Menyokong saluran angkut balik 100+ Mbit/s atau tahap-1 Modul Pengangkut Segerak (STM-1) yang stabil sejauh berpuluh-puluh kilometer untuk telaga minyak luar pesisir: Penyelesaian penjejakan alur pintar luar pesisir menyesuaikan platform penjejakan alur yang inovatif kepada jalur mikrogelombang tradisional, untuk menyokong saluran angkut balik 100+ Mbit/s atau STM-1 yang stabil sejauh berpuluh-puluh kilometer untuk telaga minyak luar pesisir, menghapuskan lubang liputan perkhidmatan rangkaian mudah alih.
  • Penyelesaian E-jalur (80 GHz) jangkauan jauh menyediakan tambahan 12 dB lebih tinggi berbanding purata industri: Diperkasa oleh teknologi penjejakan alur pintar dan kuasa transit tinggi, penyelesaian ini dapat membesarkan jarak transmisi mikrogelombang E-jalur sebanyak 30% dengan kapasiti ultra-besar 10-20 Gbit/s di kawasan-kawasan yang mengalami hujan lebat di rantau Asia-Pasifik.
  • Platform Enjin Awan Rangkaian (NCE) seragam: Kecerdasan Buatan (AI) baharu dan Sistem Pengurusan Rangkaian (NMS) berasaskan awan menyokong perangkaian mikrogelombang hujung-ke-hujung dan pengurusan rentas-domain serta pintar, digabungkan dengan peranti penghala mikrogelombang, optik dan Protokol Internet (IP). Ini dapat menyediakan konfigurasi automatik dan divisualisasikan, perkhidmatan pintar serta diagnosis kesalahan.

George Wang, Pengarah Pemasaran untuk Mikrogelombang Huawei, turut mendemonstrasikan produk inovatif dan proses ujian keandalan melalui demonstrasi Realiti Terimbuh (AR), terus dari Makmal Inovasi Awan Mikrogelombang. Sorotan utama termasuk Unit Peranti Luar (ODU) 4-dalam-1, antena modular dan penggantian frekuensi, keupayaan Berbilang-Input Berbilang-Output (MIMO) yang utama dalam industri dan ujian keandalan mikrogelombang pada suhu tinggi dan rendah selain dalam semburan garam dan terowong angin.

Penyelesaian AirFlash Microwave Huawei bertujuan untuk menyediakan sambungan tanpa wayar tanpa sentuh, cekap, selamat dan andal untuk pelanggan Asia-Pasifik dalam industri-industri bagi membantu mereka merealisasikan transformasi digital dan pintar.

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu merentas empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan ekosistem, kami dapat mencipta nilai yang berkekalan buat pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkaya kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi.

Di Huawei, inovasi memfokuskan kepada keperluan pelanggan. Kami melabur dengan banyak dalam penyelidikan asas, menumpukan pada penemuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai seramai lebih daripada 194,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
https://twitter.com/HuaweiEntAPAC
https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services