omniture

Penaja UEFA EURO 2020 Hisense Papar Hisense U7 TV di Perlawanan

Hisense
2021-06-16 08:25 310

QINGDAO, China, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Setelah tertunda selama setahun, UEFA EURO 2020 bermula secara rasmi di Rome, Itali, pada awal pagi 12 Jun, waktu Beijing. Kehadiran sejumlah besar unsur Cina pada banyak skrin digital yang menghadap stadium mencetuskan perbincangan yang meluas antara khalayak di seluruh China. Pada tahun 2016, Hisense, sebagai firma Cina pertama yang menjadi penaja UEFA EURO menyiarkan iklan dengan slogan "Buy TV, Choose U7" ("Beli TV, Pilih U7"), yang disaksikan oleh berjuta-juta peminat sukan bola sepak di seluruh dunia. Penajaan oleh Hisense 5 tahun lalu memberi inspirasi kepada lebih banyak syarikat Cina untuk mengikuti jejaknya dengan menjadi penaja UEFA EURO. Hasilnya, iklan-iklan daripada firma-firma Cina telah menjadi suatu pemandangan biasa di kesemua perlawanan utama Eropah.


Ia merupakan kali pertama dalam sejarah UEFA EURO bahawa selang antara perlawanan-perlawanan dilanjutkan kepada lima tahun dan bukannya empat tahun yang biasa berlaku. Tahun ini turut melambangkan ulang tahun ke-60 acara empat tahun sekali itu. Perlawanan tahun ini dinanti-nantikan khususnya oleh penonton dan peminat bola sepak di seluruh dunia memandangkan ia merupakan acara sukan bertaraf dunia yang pertama susulan berakhirnya langkah-langkah sekatan pergerakan di kebanyakan negara sejak bermulanya pandemik ini serta yang pertama membenarkan bilangan penonton tertentu menonton permainan tersebut di lapangan. Terdapat kehadiran yang besar secara dalam talian di Eropah untuk permainan pertama perlawanan ini, manakala peminat Cina, ekoran perbezaan masa, berjaga lewat malam untuk menonton permainan ini. Tiga hari pertama UEFA EURO 2020 berlangsung bertepatan dengan cuti Dragon Boat Festival di China, apabila pasukan-pasukan terkenal dari Belgium, England dan Belanda menyertai perlawanan pertamanya. Populariti ketiga-tiga pasukan ini di China dijangka memberi penarafan yang menjulang tinggi dalam kalangan khalayak.


Lima tahun yang lalu, pada tahun 2016, Hisense, penaja Cina pertama UEFA Euro dalam sejarah 56 tahun perlawanan tersebut, meninggalkan kesan yang berkekalan ke atas penonton dengan slogan "Hisense TV China's No. 1" ("Hisense TV No. 1 China"). Walau bagaimanapun, semasa perlawanan pembukaan pada tahun ini, Hisense memilih untuk kekal tidak menonjol, dengan kembali ke slogan awal iaitu "Beli TV, Pilih U7". U7 ialah siri set TV disesuaikan yang dicipta secara rasmi untuk UEFA Euro 2020 dan terbukti merupakan item dalam portfolio Hisense TV yang menggamit perhatian ramai. Sebagaimana kebanyakan pasukan bola sepak mempunyai "pemain No. 7" legenda mereka sendiri, eksekutif-eksekutif Hisense mula menyebutnya dalam mesyuarat syarikat sebagai "Pemain No. 7 Hisense" setelah mereka mula menyedari populariti siri tersebut.


Data yang disediakan secara terbuka daripada All View Cloud menunjukkan bahawa selama dua bulan berturut-turut, tiga model dalam siri Hisense U7 menjadi antara 10 teratas bagi TV baharu paling laris terjual di China. Hisense U7G-Pro, ULED XDR TV yang pertama di dunia, mempunyai kecerahan gambar puncak 1600nit, lebih 5 kali ganda daripada TV LCD biasa, lalu meningkatkan lebih banyak kejelasan imej dan tahap perincian. Kadar segar semula 144HZ ultra tinggi menghapuskan kesan calar yang menjejaskan pengalaman tontonan apabila pemain berlari atau menghantar bola. Hisense turut membangunkan mod tontonan "Super Fan" yang disesuaikan untuk UEFA Euro tahun ini yang merangkumi ciri-ciri seperti Padang Hijau AI (ciri pintar yang mengoptimumkan kesan tontonan apabila menyorot di atas rumput hijau di padang, menjadikan imej jauh lebih jelas), Tontonan AI dan Tontonan Berbilang Perspektif. Barisan ciri khas ini dengan mengutamakan peminat sukan bola sepak menjadikan U7G-Pro pilihan yang baik khususnya untuk menonton permainan UEFA EURO 2020.

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Television New products/services