omniture

OREO mengajak rakyat Malaysia mengekspresikan diri dengan biskut OREO edisi khas cetakan timbul abjad dan emoji yang pasti menceriakan setiap detik

Eratkan hubungan dengan keluarga dan sahabat tersayang menerusi #SayItWithOREO
Mondelez International
2021-06-16 10:00 80

KUALA LUMPUR, Malaysia, June 16, 2021 /PRNewswire/ --  OREO, jenama kegemaran ramai di bawah Mondelēz International tampil mengilhamkan detik ceria dengan biskut sandwic ikoniknya. Bermula Jun ini, OREO membawakan kembali biskut cetakan timbul edisi terhad atas permintaan hangat, seperti yang rancak dipaparkan di laman sosial tahun lepas, yang mana ramai peminat bersemangat berkongsi     detik-detik kegembiraan dan idea kreatif mereka dengan biskut edisi terhad OREO. Pada tahun ini, para peminat akan lebih teruja kerana edisi terhad  tersebut muncul dengan 23 cetakan timbul abjad dan emoji yang  unik. Ia pastinya dapat mencetuskan keceriaan tatkala daya kreatif untuk 'Say  It With OREO' melangkaui tulisan dan ungkapan biasa.

Bagi tahun ini, peminat pasti lebih teruja kerana biskut edisi terhad ini kini muncul dengan 23 hiasan timbul abjad dan emoji rekabentuk baru yang unik sebagai pilihan.
Bagi tahun ini, peminat pasti lebih teruja kerana biskut edisi terhad ini kini muncul dengan 23 hiasan timbul abjad dan emoji rekabentuk baru yang unik sebagai pilihan.

"Dalam situasi sekarang, kita semua banyak berada di rumah, menikmati sajian dan snek bersama keluarga. Lantaran itu, kami berhasrat untuk membawakan kecerian dan merangsang kreativiti agar anda boleh 'Say It With OREO' dengan biskut cetakan timbul edisi terhad ini. Mari cipta mesej istimewa buat yang tersayang, reka akronim seperti   "JOM", "WALOA", atau berkongsi ungkapan tempatan – cara yang mudah tapi menarik, demi merapatkan hubungan," jelas Arpan Sur, Ketua Pemasaran (Malaysia dan Singapura) Mondelez International.

Di samping itu, khusus untuk medan e-dagang Shopee, Lazada dan Panda Mart, OREO menawarkan pek riang edisi istimewa 'Say It With  OREO' dengan setiap pembelian 4 pek-beraneka edisi 'Say It With OREO'. Pek riang ini turut disertakan dengan kad mainan Bingo dan Hangman yang boleh digabungkan bersama 23 rekabentuk khas abjad dan emoji OREO.

Selaras dengan kemunculan biskut OREO edisi terhad tersebut, kempen #SayItWithOREO turut dilancarkan di seluruh negara. Para peminat diajak menerokai daya imaginasi dan ekspresi kreatif masing-masing dengan menyertai peraduan foto di aplikasi Whatsapp. Peraduan bermula dari 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM 100,000 menanti para pemenang, antaranya komputer riba, tablet, peralatan dapur dan banyak lagi! Layari www.SayItWithOREO.com untuk keterangan lanjut.

Biskut OREO edisi terhad ini terdapat dalam variasi berperasa Asli dan Coklat di rangkaian runcit  , kedai serbaneka dan juga menerusi pembelian atas talian dalam saiz bungkusan berikut:

  • 133 gram pek individu @ RRP (Harga runcit  yang disyorkan) RM3.30
  • 256.5 gram pek beraneka @ RRP (Harga runcit yang disyorkan) RM5.89

Mengenai OREO

OREO merupakan biskut kegemaran ramai yang dinikmati oleh keluarga dan rakan taulan di lebih 100 negara di serata dunia. Ia adalah biskut paling laris di abad ke-21, dengan keuntungan  tahunan global melebihi USD2bilion. Cara menikmati OREO iaitu Putar, Rasa dan Celup kini popular di kalangan peminat biskut ikonik ini. Lebih 41 juta peminat telah menyertai komuniti Facebook OREO, merangkumi 200+ negara dan bahasa yang berbeza. OREO diiktiraf di antara lima laman Facebook jenama teratas di dunia.

Mengenai Mondelēz International (Malaysia)

Mondelēz International adalah sebahagian daripada kumpulan Mondelēz International yang memperkasakan semua untuk menikmati snek yang lazat dan berkualiti di lebih 150 negara di seluruh dunia, termasuk Asia Tenggara. Dengan keuntungan bersih 2020 USD27bilion, Mondelēz International merupakan ahli Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 dan Dow Jones Sustainability Index.

Mondelēz International menerajui pasaran dengan jenama global dan tempatan yang ikonik seperti coklat Cadbury Dairy Milk, wafer coklat Cadbury Zip, coklat Cadbury 5 Star, coklat Toblerone, biskut OREO, biskut Chipsmore, biskut Jacob's, biskut Tiger, keju Philadelphia, keju Kraft, kerepek Chachos, kerepek Chipster, Twisties dan banyak lagi. Mondelēz International telah wujud di pasaran Asia Tenggara selama lebih 70 tahun, dengan operasi di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. +7,000 rakan sekerja kami bekerja di sepuluh lokasi pembuatan - termasuk kilang di Shah Alam dan Prai - pusat teknikal penyelidikan dan pembangunan, serta rangkaian penjualan dan pemasaran. Kami komited untuk menawarkan snek yang lazat dan berkualiti, pada detik yang sesuai, serta dihasilkan dengan cara yang baik.

Layari https://www.mondelezinternational.com dan ikuti kami di media sosial: 

  • facebook.com/mondelezinternational   
  • instagram.com/mondelez_international
  • linkedin.com/company/mondelezinternational
  • twitter.com/MDLZ
Source: Mondelez International
Keywords: Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services