omniture

Gelanggang Awam Nike Grind Pertama di Hong Kong Diperbuat Daripada 20,000 Pasang Kasut Sniker Terpakai

Nike Hong Kong
2021-06-16 20:58 306

HONG KONG, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pada bulan Jun ini, Nike memperluaskan visi globalnya untuk masa depan sifar sisa dan mengekspresikannya secara tempatan, membuat perbezaan untuk perubahan iklim dan memberi perkhidmatan kepada Shek Lei Grind Court komuniti ialah transformasi artistik lestari bagi gelanggang bola keranjang komuniti kawasan estet. Terletak dalam kejiranan kediaman Kwai Chung, permukaan gelanggang ini dilitupi dengan Nike Grind, yang diperbuat daripada 20,000 pasang kasut sniker terpakai. Bahan Nike Grind ialah palet bahan kitar semula dan terjana semula yang terdiri daripada plastik, getah, busa, gentian, kulit, tekstil dan banyak lagi.

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

 

Shek Lei Grind Court
Shek Lei Grind Court

Nike Grind jadi kenyataan dalam tahun 1992 semasa inisiatif akar umbi untuk menggunakan semula kasut-kasut lama. Selama berdekad, ia telah membangun menjadi program kelestarian global yang telah dan akan terus mengubah landskap kambus tanah secara positif selama-lamanya.

Tujuan Nike adalah untuk mentafsirkan semula potensi manusia, dan itulah yang mendorong kami untuk bekerjasama dengan mereka yang memiliki matlamat yang sama untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Dengan visi kelestarian bersama, pengilustrasi dan pereka mainan yang terkenal, James Jarvis telah dijemput untuk mencipta visual berwarna-warni di atas permukaan Nike Grind. James Jarvis akan melukis watak sfera istimewanya bermain bola keranjang di gelanggang ini, meluaskan ekspresi artistiknya ke dimensi baharu.

People's Place, sebuah pertubuhan tempatan yang diuruskan oleh GAW Capital, yang terkenal kerana usaha revitalisasinya yang menyuntik semangat dan tenaga ke dalam masyarakat setempat. Banyak daripada projeknya memberi tumpuan kepada revitalisasi pusat membeli belah dan tapak sukan tempatan dengan pengubahsuaian kreatif yang meranngkumi suasana setempat serta memupuk rasa kekitaan dalam kejiranan. Projek-projek revitalisasi sebelum ini telah membangun menjadi hab baharu untuk masyarakat mahu pun orang awam secara umumnya.

Projek seni lestari tempatan ini bukan hanya menandakan penerokaan baharu buat Nike Grind tetapi juga merangkul kesemua nilai teras Nike. Dengan mengubah dan memberi kehidupan kedua kepada gelanggang ibubapa anak ini, Nike akan melibatkan dan menghubungkan masyarakat melalui aktiviti sukan dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyerlahkan potensi mereka sepenuhnya melalui sukan. Shek Lei Grind Court menyediakan platform kepada Jadikan Sukan Tabiat Harian sambil menghayati suasana kreatif penceritaan, menjadikannya pengalaman emosi bertenaga yang akan berlanjutan melangkaui batasan.

Projek ini juga menjadikan kempen Made To Play Nike menjadi tindakan yang berkesan. Estet Shek Lei telah dipilih secara strategik kerana kejiranannya yang miskin yang dikelilingi oleh lebih daripada 10 sekolah rendah dan menengah. Dalam komuniti akar umbi ini, kanak-kanak mungkin memiliki akses yang terhad kepada gaya hidup sukan yang sihat kerana terdapat kawasan santai yang kecil dan ruang tempat tinggal yang sangat sesak. Gelanggang bola keranjang kanak-kanak dan standard sebelah menyebelah yang baru direka ini akan melayani dan akan bertindak sebagai hab komuniti sukan yang boleh diakses oleh kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Source: Nike Hong Kong
Keywords: Art Entertainment Sports Sports Equipment & Accessories Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility New products/services